Social Icons

-

Monday, August 6, 2012

Gabungan Pelajar Semenanjung Malaysia


MUKADIMAH
Kemunduran bangsa Melayu dalam bidang ekonomi, sosial, dan politik menjadi pendorong yang kuat ke arah penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 14 dan 15 Ogos 1948. Atas hasrat untuk mengatasi kemunduran tersebut maka berkumpullah beberapa orang pelajar Melayu Maktab Raffles dan Maktab Perubatan Singapura untuk menaja penubuhan badan pelajar Melayu peringkat kebangsaan yang bertujuan menggabungkan badan pelajar yang sedia wujud ketika itu.

Kesedaran orang Melayu khususnya dalam kalangan pelajar tentang kemunduran dalam tiga (3) lapangan hidup tersebut bermula sejak awal tahun 1900 lagi. Sekitar  tahun 1906 percubaan radikal untuk merubah cara fikir dan nilai-nilai hidup yang dianggap merugikan orang Melayu seperti halangan kepada anak gadis untuk bersekolah dan sikap yang tidak menggalakkan anak-anak muda yang terdidik di Timur Tengah. Tokoh pelajar yang terkemuka ialah Syed Al Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Syed Salim Al-Kalali.

Dalam bidang ekonomi pula, pemikir muda iaitu Zainal Abidin Ahmad (Za’aba) menulis rencana khas tentang kemiskinan orang Melayu yang tersiar dalam Al Ikhwan 16 Mac 1927. Manakala dalam bidang politik telah bangkit pula angkatan pelajar dari Sultan Idris Training College (SITC) yang bekerja keras untuk membebaskan negara daripada belenggu penjajahan. Melalui asuhan semangat dari guru muda seperti Abdul Hadi Hassan dan Harun Aminurashid, pelajar tersebut yang diketuai Ibrahim Haji Yaacob meneroka perjuangan siasah secara kolektif.

Walau bagaimanapun, semua tuntutan dan perjuangan tersebut  menjadi semakin berkesan hanya setelah tamatnya Perang Dunia Kedua. Ketika itu timbul kesedaran nasionalisme menjadi gerakan sosial (social force) sebagai akibat daripada penyebaran idea tentang kemerdekaan dan pembangunan. Kemenangan Jepun dalam peperangan tersebut dan hasrat Inggeris untuk menjadikan Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara jajahan melalui konsep “Kesatuan Malaya” menyuburkan secara spontan peribadi Melayu yang mementingkan rasa ketuanan di negara sendiri.

Sebenarnya GPMS telah pun melalui empat  peringkat masa iaitu dengan penubuhan beberapa kumpulan pelajar Melayu yang dengan sedar meningkatkan kualiti pelajaran dan pendidikan orang Melayu.

Peringkat Pertama ialah pada tahun 1937 di mana tertubuhnya “Malay Boys League” di Penang Free School; Kedua, pada tahun 1945 dengan tertubuhnya “Kesatuan Penuntut Melayu Victoria Institution”; Ketiga, pada tahun 1947 iaitu dengan tertubuhnya “Kesatuan Penuntut Melayu Selangor”; dan Keempat, pada tahun 1948 apabila tertubuhnya “Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)”.


MALAY BOYS LEAGUE 1937
Penang Free School adalah sekolah yang pertama didirikan di Tanah Melayu iaitu pada tahun 1816. Sejak dari tahun tersebut hingga tahun 1937 pelajar Melayu sentiasa ketinggalan dalam hal persekolahan. Pada setiap tahun hanya pelajar bukan Melayu menduduki tempat tertinggi dalam setiap peperiksaan yang dijalankan. Walau bagaimanapun, tradisi kejayaan pelajar bukan Melayu dapat dipecahkan oleh seorang pelajar Melayu, Abdul Wahab Mohamed Ariff setelah beliau berjaya menjadi pelajar terbaik dalam peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1937 dan dianugerahkan Penang Free School Centenery Gold Medal pada tahun 1938. Kejayaan tersebut merupakan rekod kejayaan pertama dicapai oleh seorang pelajar Melayu.

Kejayaan Abdul Wahab Mohamed Ariff menakjubkan teman sebangsanya. Sebagai akibat dari peristiwa tersebut beliau diminta oleh teman-temannya menunjukkan teknik untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. (Abdul Wahab Ariff adalah penuntut terbaik dalam peperiksaan Standard VI, VII, Junior Cambridge dan Senior Cambridge). Beliau menyahut seruan teman-temannya dan memberikan bimbingan pelajaran kepada mereka.

Memandangkan teman-teman terlalu bergantung harapan yang tinggi kepadanya, maka pada tahun 1937 Abdul Wahab Ariff mengambil inisiatif menubuhkan Malay Boys League yang bertujuan menyediakan dan melahirkan lebih ramai pelajar Melayu yang berjaya mendapat pingat emas. Belia

dipilih sebagai Kapten Liga tersebut. Beberapa ketika setelah penubuhan liga, Abdul Wahab diminta oleh guru besarnya untuk membubarkan Liga yang dipimpinnya dan dalam keadaan yang terpaksa, Abdul Wahab Ariff mematuhi arahan tersebut meskipun luahannya,

‘…..in my blood I still felt much concerned for the educational betterment of my fellow Malay students.’ meskipun begitu, ‘….Outside school I managed to organize another Malay Student League which was more of an educational and social organization.’ 3

Begitulah Abdul Wahab Ariff anak muda yang ketika itu berumur 18 tahun berjaya merintis penubuhan perkumpulan pelajar yang menjalankan usaha sendirian untuk meninggikan kualiti pelajaran dan pendidikan teman-temannya. Usahanya terpaksa dimatikan pada tahun 1939 apabila beliau dipilih melanjutkan pelajaran di King VII College of Medicine, Singapura.
KESATUAN PENUNTUT MELAYU VICTORIA INSTITUTION 1945
 
Penggunaan Bahasa Inggeris dan pemusatan sekolah di bandar menjadi ciri utama dalam sistem persekolahan menengah dan tinggi kolonial Inggeris di Tanah Melayu. Sebagai akibat daripada keadaan ini terdapatnya kelompok pelajar Melayu yang amat kecil pada kedua-dua peringkat persekolahan tersebut.
 
 
Pengasas
Aminuddin Baki

Aminuddin Baki (6 Januari 1926 - 25 Disember 1965) ialah "Bapa Pendidikan Malaysia" serta
bekas Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan)
yang paling muda ketika berusia 36 tahun. Beliau mempertingkatkan mutu pelajaran di negara
ini, termasuk menyusun Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Laporan Pendidikan Razak pada
tahun 1956, dan Laporan Abdul Rahman Talib pada tahun 1960. Banyak sekolah dan institusi
di Malaysia telah dinamakan sempena namanya.
 
Dilahirkan di sebuah kampung di Chemor, Perak, Aminuddin memulakan pendidikan awalnya di
Sekolah Melayu Chemor pada tahun 1932. Selepas lulus peperiksaan darjah lima pada tahun
1936, beliau meneruskan pelajarannya di Sekolah Anderson yang merupakan sekolah Inggeris
yang terbaik di Ipoh ketika itu. Beliau tamat persekolahan menengahnya pada tahun 1941.

Pada sekitar tahun 1945, Aminuddin mula menunjukkan minat dalam persatuan pelajar ketika
berasa amat kagum dengan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu yang ditubuhkan pada 20
November 1945 di Institusi Victoria, Kuala Lumpur, walaupun persatuan itu hanya mempunyai
11 orang ahli. Persatuan ini kemudian bertukar nama kepada Kesatuan Kesuratan
Penuntut-penuntut Melayu pada 11 Februari 1946, dengan tujuan menyatukan semua
persatuan pelajar di Tanah Melayu. Aminuddin dilantik sebagai setiausaha dan kemudian,
menubuhkan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) di Perak pada April 1946. Namun
begitu penglibatannya hanya sementara kerana pada Oktober 1947, Aminuddin diterima
sebagai pelajar di Kolej Raffles, kini merupakan sebahagian Universiti Nasional Singapura
sejak 8 Oktober 1949.
 
Pada masa ini, UMNO yang telah ditubuhkan bagi menentang penubuhan Malayan Union
menggalakkan pemimpin-pemimpin persatuan pelajar untuk berusaha ke arah pencapaian
matlamat mereka. Oleh itu, Aminuddin dan pemimpin pelajar lain mengambil keputusan untuk
menubuhkan sebuah persatuan yang lebih kuat. Tujuh persatuan telah bersidang selama dua
hari di Jalan Tambun, Ipoh. Hasil daripada persidangan itu terbentuklah Gabungan
Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 15 Ogos 1948.Walau bagaimanapun pada
tahun 1949, Aminuddin terpaksa menghentikan kegiatan persatuan pelajarnya kerana
ditawarkan ke Universiti Malaya, Singapura.
 
Pada ketika itu, beliau hanya mengikuti perkembangan persatuan dari jauh. Semasa di
universiti, Aminuddin berminat mengajar dan untuk menimba pengalaman, beliau mendaftar
sebagai guru sambilan di Sekolah Malam Anglo-Melayu. Beliau mengajar di sekolah itu dari
tahun 1949 hingga 1951. Pada tahun 1950, beliau bergiat aktif semula dalam GPMS dan
dilantik sebagai Yang Dipertua persatuan itu. Dalam tahun yang sama, beliau lulus peperiksaan
Sarjana Sastera dan pada tahun berikutnya, memperoleh Ijazah Sarjana Sastera dengan
Kepujian.
 
SEKELUMIT SEJARH
Sekitar tahun 1945 hingga 1946, Aminuddin Baki mula menunjukkan minat terhadap persatuan
pelajar. Beliau sangat kagum dengan Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu yang ditubuhkan pada
20 November 1945 di Victoria Institution, Kuala Lumpur walaupun persatuan itu hanya
mempunyai 11 orang ahli. Persatuan ini kemudiannya bertukar nama kepada Kesatuan
Kesuratan Penuntut-Penuntut Melayu yang ditubuhkan pada 11 Februari 1946, dengan tujuan
menyatukan semua persatuan pelajar di Tanah Melayu. Manakala, Aminuddin pula telah
dilantik sebagai setiausaha.
 
Pada masa yang sama, beliau telah menubuhkan persatuan pelajar di Perak yang dikenali
sebagai Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Insaf (PERMI) pada April 1946. Namun begitu
penglibatannya hanya sementara kerana pada Oktober 1947, beliau telah diterima sebagai
pelajar di Kolej Raffles yang kini merupakan sebahagian daripada Universiti Nasional Singapura

sejak 8 Oktober 1949.
Di sinilah Aminuddin telah bertemu dengan Abdul Wahab Mohamed Ariff apabila mereka tinggal
sebilik. Abdul Wahab pada ketika itu adalah Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Kolej
Perubatan dan Kolej Raffles, Singapura dan sangat mengambil berat tentang jumlah
pelajar-pelajar Melayu di pusat Pengajian Tinggi. Jadi, mereka selalu berbincang mengenai
pergerakan pelajar dan akhirnya mereka melahirkan idea menubuhkan Gabungan Pelajar
Melayu Semenanjung. Antara mereka yang turut memberi sokongan kepada idea ini ialah
Mohd. Nor Marahakim, Abdullah Majid dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.
Jawatankuasa Sementara 1948Bermula dengan persidangan yang membabitkan tujuh
kesatuan pelajar di Jalan Tambun, Ipoh, satu konvensyen pelajar Melayu dari seluruh
Semenanjung Tanah Melayu telah diadakan di Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Ogos 1948. Di
sinilah satu ketetapan dibuat untuk bersetuju menubuhkan Gabungan Pelajar Melayu
Semenanjung atau lebih dikenali dengan singkatan GPMS.
Penubuhan GPMS digerakkan oleh lima orang mahasiswa dari Kolej Raffles dan Kolej
Perubatan King Edward di Singapura (kolej ini kemudiannya menjadi Universiti Malaya,
Singapura selepas bergabung dengan Kolej Raffles). Mereka yang bertanggungjawab
mengadakan konvensyen dan menubuhkan Jawatankuasa Sementara GPMS dibarisi oleh
Aminuddin Baki (Presiden GPMS 1950-1951 dan 1952-1953), Datuk Paduka Prof. Abdul
Wahab Mohamed Ariff (Presiden GPMS 1948-1949), Mohd. Nor Marahakim, Abdullah Majid
dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.
 
GPMS adalah satu-satunya persatuan pelajar kebangsaan yang pertama ditubuhkan di negara
ini hasil dari kesedaran akan pentingnya bidang akademik di kalangan anak-anak Melayu.
GPMS memperkenalkan konsep kelas bimbingan sejak tahun 1950-an lagi. Kegiatan kelas
bimbingan ini mendapat sambutan yang cukup baik daripada pelajar dan masyarakat pada
masa itu. Mulai tahun 1960-an, pertubuhan belia negara ini mula menjadikan kelas bimbingan
sebagai aktiviti persatuan.
 
Dalam tahun 1958, GPMS mula meneroka aktiviti-aktiviti baru dengan mengadakan kursus
untuk pelajar. Dalam kursus ini, konsep perkhidmatan masyarakat mula diperkenalkan. Ahli-ahli
GPMS khususnya dari Universiti Malaya bergerak mendampingi masyarakat dan meniupkan
kesedaran ke dalam diri mereka akan peri pentingnya pelajaran sebagai kunci kemajuan
bangsa. Sebagai susulan daripada kejayaan program itu, projek Gerakan Obor pula
dipergiatkan. Pada tahun 1971, GPMS melancarkan Operasi Pembangunan Masyarakat di
beberapa buah tempat di tanah air.
 
Sejak tahun 1970-an, GPMS berusaha membantu pelajar melalui program siri Ceramah Teknik
Menjawab Soalan Peperiksaan SPM Dan STPM. Zaman terus berlalu, GPMS ikut merintis
program-program baru seperti Ceramah Motivasi, Seminar Teknik Pembelajaran Secara
Berkesan, Seminar Bimbingan Kerjaya, Peluang Melanjutkan Pelajaran, Kem Pendidikan dan
Kem Kerjaya. Segala aktiviti yang menjurus kepada pendidikan mencerminkan perjuangan
utama dan iltizam GPMS. GPMS sentiasa bekerjasama dengan badan dan organisasi lain yang
berusaha meninggikan taraf pendidikan anak-anak bangsa Melayu.

Dalam usianya sudah mencecah 60 tahun, perjuangan GPMS berhasil memperkasakan
perjuangan pelajar Melayu yang tidak pernah kunjung padam. GPMS yang mempunyai
cawangan dan badan gabungan di seluruh semenanjung berusaha tanpa jemu untuk
kecemerlangan pendidikan pelajar-pelajar Melayu demi maruah bangsa dan negara.
Berbekalkan moto ‘Belajar Terus Belajar’, GPMS terus memperjuangkan dan membela nasib
pelajar-pelajar Melayu. Mudah-mudahan usaha murni ini demi memartabatkan agama Islam,
bangsa Melayu dan bumi Malaysia yang tercinta ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan
daripada Allah s.w.t. 

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara