Social Icons

-

Tuesday, August 7, 2012

Kejohanan Golf MSSM



PERATURAN PERTANDINGAN GOLF
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA2012
1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
1.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang ‘R & A Rules Limited and USGA dan ‘Local Rules’ Kelab Golf di mana pertandingan dijalankan.
1.2Pertandingan ini adalah tertakluk kepada Peraturan Am MSSM.
1.3Pemain yang didapati merokok, minum minuman keras akan dikenakan ‘DQ’ manakala menggunakan telefon bimbit semasa pertandingan akan diberi amaran keras. Jika ingkar kali kedua, penalty 2 pukulan dan kesalahan seterusnya akan dkenakan tindakan buang padang.
1.4Jika berlaku bencana alam atau masalah cuaca dimana pertandingan tidak dapat dilangsungkan, skor hari pertama akan diambil kira atau tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Penganjur.

2.PENDAFTARAN PEMAIN
2.1L& P 18 TKB lahir pada 1 Januari 1994 dan selepas.
2.2L& P 15 TKB lahir pada 1 Januari 1997 dan selepas.
2.3L& P 12 TKB lahir pada 1 Januari 2000 dan selepas.
2.4Setiap Kontinjen dikehendaki menghantar sejumlah maksimum 18 pemain terdiri daripada 3 pemain setiap kategori. (3 x 6 Kategori)
2.5Semua pertukaran peserta perseorangan atau pasukan boleh dibuat dengan persetujuan dan kelulusan Jawatankuasa Pengelola dalam masa mesyuarat Pengurus Pasukan.
2.6Penyertaan ke kejohanan hendaklah dibuat melalui borang Penyertaan Individu RO1 dan MO1 serta borang Pasukan RO2 dan MO2.
2.7Semua peserta hendaklah mempunyai butiran diri dan sertakan 1 salinan dokumen seperti berikut:
2.7.1Satu salinan kad pengenalan atau sijil lahir.
2.7.2Satu keping gambar berukuran passport antarabangsa.

3.SISTEM PERTANDINGAN
3.1‘Stroke Play’ bagi 54 lubang -3 hari berturut-turut.
3.2Pertandingan akan mengguna sistem ‘ Short Gun ‘ Start.
3.3Siren panjang akan dibunyi menandakan pertandingan dimulakan.
3.4Semua peserta tidak dibenarkan menggunakan khidmat Caddy.
3.5Kategori Lelaki 18 dan 15 tahun akan menggunakan ‘Blue Tee Box’. Kategori Perempuan 18 dan 15 tahun akan menggunakan ‘White Tee Box’ dan Kategori 12 tahun Lelaki dan Perempuan akan menggunakan ‘ Red Tee Box’.

4.PENENTUAN KEPUTUSAN
4.1Acara Individu – Gross Lelaki dan Perempuan.
Pemain yang mendapat skor gross terendah 54 lubang adalah juara diikuti oleh skor seterusnya untuk kedudukan berikutnya. Jika terdapat keputusan seri, penentuan pemenang akan dibuat dengan kiraan semula dalam 18 lubang terakhir, 9 lubang terakhir, 6 lubang terakhir dan 3 lubang terakhir, mengikut susunan di atas. Penentuan juara dikira melalui Sistem OCB.
4.2Acara Berpasukan
Pertandingan ini akan ditentukan berdasarkan kedudukan pemain-pemain dalam acara individu. Pasukan / negeri pemenang dikira daripada jumlah kutipan mata berdasarkan kutipan pingat dalam semua kumpulan pertandingan seperti berikut :
Pingat
Emas
Perak
Gangsa
Ke-4
Ke-5
Ke-6
Kedudukan
1
2
3
4
5
6
Mata
10
7
5
3
2
1
Jika terdapat keputusan seri, penentuan pasukan pemenang akan dibuat berdasarkan jumlah kutipan pingat mengikut susunan iaitu Emas, Perak dan Gangsa.

5.PAKAIAN
5.1Semasa pertandingan, peserta dikehendaki memakai pakaian golf yang sesuai. Kemeja-T tanpa kolar, Seluar Jean/trek adalah DILARANG.
5.2Semua menghadiri upacara rasmi, peserta dikehendaki memakai pakaian ‘Track-suit’ dan berkasut. Topi di larang.

6.GELANGGANG PERTANDINGAN
Penentuan gelanggang pertandingan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Negeri yang telah diberi kuasa oleh MSSM.

7.KELEWATAN
Peserta-peserta mesti melaporkan diri kepada pegawai pelepas (Starter) 10 minit sebelum “Tee Off”. Peserta akan dikenakan penalti 2 pukulan mengikut Peraturan
33.7jika gagal berbuat demikian tanpa sebab-sebab yang munasabah.

8.MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH
Peserta yang membuat “NR” atau didapati bersalah oleh Jawatankuasa Pertandingan kerana melanggar Undang-undang serta displin pertandingan dikira kalah dalam acara berpasukan.

9.BANTAHAN
9.1Sila rujuk Peraturan Am (12) MSSM
9.2Sekiranya ada bantahan, hanya pengurus pasukan dibenarkan mengambil tindakan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 200.00 ( Ringgit Malaysia Dua Ratus) tunai untuk individu dan RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus) tunai untuk berpasukan.
9.3Wang pertaruhan tidak dikembalikan jika bantahan yang dikemukakan itu didapati tidak berasas dan bertolak.
9.4Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola dalam masa tiga puluh minit (30) selepas pertandingan.
9.5Juri Rayuan hendaklah mengadakan mesyuarat selepas Jawatankuasa Pengelola Pertandingan mendapati bantahan yang dibuat perlu dipertandingan selepas bantahan diterima.
9.6Keputusan Juri Rayuan hendaklah disampaikan secara rasmi kepada pasukan dan MSS Malaysia.

10.LEMBAGA JURI RAYUAN
10.1Sila rujuk Peraturan Am (13) MSSM
10.2Perlantikan Juri Rayuan terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pengelola, wakil MSSM, Pengadil Pertandingan dan 3 Pengerusi Teknik Golf yang tidak terlibat dengan kes bantahan.
10.3Semua keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.

11.LEMBAGA TATATERTIB
11.1Sila rujuk Peraturan Am (14) MSSM.

12.INSURANS
Semua peserta MSS Negeri yang menyertai Pertandingan ini hendaklah dilindungi insurans yang dibiayai oleh penganjur.

13. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN.
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad. Sila rujuk Peraturan Am MSSM.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara