Social Icons

-

Monday, August 27, 2012

Pusat Kegiatan Guru (PKG)


Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah merupakan sebuah unit yang ditubuhkan di bawah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) atau sekarang dikenali sebagai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan di dalam rangkaian Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan memberi khidmat sokongan dan latihan kepada guru-guru dalam penggunaan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

PKG berkonsepkan perkhidmatan kelompok yang menyediakan khidmat sokongan kepada guru-guru daripada beberapa buah sekolah yang berdekatan. Oleh itu, kebiasaannya terdapat lebih daripada sebuah PKG dalam satu-satu Daerah Pendidikan.
Dari Segi sejarahnya, gerakan kearah penubuhan Pusat Kegiatan Guru berlaku secara beransur-ansur, bermula dengan penubuhan :
§  Pusat Sumber Tempatan (1978)
§  Pusat Media Daerah (1981)
§  Pusat Sumber Pendidikan Daerah (1986)
Pusat-pusat ini diwujudkan bagi mengatasi serta memperbaiki ketidakseimbangan pencapaian pendidikan di antara Bandar dengan luar Bandar.Tujuannya pada masa itu hanya untuk memberi perkhidmatan pinjaman alatan serta menyediakan kemudahan membina bahan pengajaran dan pembelajaran kos rendah.

PSPD ditukar namanya kepada Pusat Kegiatan Guru dengan singkatannya PKG pada 14 April 1990 dan diberikan peranan yang lebih luas. Pusat Kegiatan Guru merupakan jalinan rancangan prasarana pendidikan dan pemangkin untuk merangsang pembangunan profesional guru-guru khususnya bagi meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan dan pengurusan pusat sumber sekolah. Ia selaras dengan matlamat pendidikan bestari dan Falasafah Pendidikan Kebangsaan.

Antara fungsi PKG
Fungsi 1: Memantau Sekolah Dan Memberi Khidmat Bantu Tentang Penggunaan Teknologi Pendidikan Dan Media
1.1 Memantau Sekolah:
1.1.1 Memantau dan menambah baik
§  Program Pembangunan Pusat Sumber Sekolah
§  Galakan Membaca
§  Program Literasi Maklumat
1.1.2 Memantau penggunaan dan keberkesanan bahan pelbagai media pengajaran dan pembelajaran
§  Bahan dan peralatan sedia ada
§  Bahan Inovasi
1.1.3 Memantau pelaksanaan aktiviti Pembestarian Sekolah di Sekolah Bestari (Projek Rintis)
§  Aplikasi WSMS dan LCMS
1.1.4 Memantau pemasangan dan pelaksanaan Pusat Akses Sekolah
1.1.5 Memantau pelaksanaan aktiviti TVP & RP (Sabah / Sarawak)
§  Penggunaan
§  Koleksi
§  Pengurusan
1.1.6 Memantau pelaksanaan SchoolNet
1.1.7 Memantau Makmal komputer sekolah
1.1.8 Memantau aktiviti PPSMI
1.2 Memberi khidmat bantu tentang penggunaan teknologi pendidikan dan media.
1.2.1 Khidmat Bantu Penggunaan dan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
§  Bengkel Pengurusan Bahan PSS
1.2.2 Program Galakan Membaca dan Literasi Maklumat
a. Bengkel Pengurusan Program Galakan Membaca

1.2.2 Penggunaan Teknologi Pendidikan dan Media di sekolah
§  TVP
§  Lain-lain jenis media
1.2.3 Dasar Pembestarian Sekolah
§  Pusat Akses
§  Schoolnet
§  Makmal Komputer Sekolah
§  PPSMI
§  Aplikasi Pengurusan
§  Bahan P&P
1.2.4 Projek Inovasi berteraskan Teknopen di sekolah
§  Perancangan
§  Pelaksanaan
§  Dokumentasi

Fungsi 2: Menjadi Pusat Rujukan Penggunaan Teknologi Pendidikan, Media dan ICT
2.1 Memberi bimbingan dan nasihat kepada Guru Perpustakaan dan Media (Guru Penyelaras PSS) tentang penggunaan dan pengurusan:
§  Pusat Sumber Sekolah
§  Pelaksanaan Program NILAM
§  Literasi Maklumat
2.2 Memberi bimbingan dan nasihat penggunaaan/pengurusan:
§  CDRI
§  Makmal Komputer
§  Schoolnet
§  Pusat Akses Sekolah
§  PPSMI
§  Aplikasi Bestari
2.3 Memberi bimbingan dan nasihat penggunaan bahan pelbagai media:
§  TVP/RP
§  Media-media lain
§  Projek Inovasi sekolah
2.4 Memberi bimbingan dan nasihat aspek teknikal perkakasan ICT dan media


Fungsi 3: Melapor Kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
3.1 Melapor pelaksanaan aktiviti pemantaun sekolah
§  PSS
§  Program Membaca
§  Projek Rintis Sekolah Bestari
§  Makmal Pengkomputeran
§  Teknologi pendidikan dalam P&P
§  PPSMI
§  Pusat Akses
§  Schoolnet
§  TV / Radio Pendidikan
3.2 Melapor prestasi kewangan PKG dengan mematuhi peraturan pekeliling kewangan yang sedang berkuatkuasa.
3.3 Premis: Melapor dan menyelaras
§  penggunaan
§  kemudahan
§  keceriaan
§  keselamatan
3.4 Melapor hal-hal perjawatan dan perkhidmatan Staf PKG
3.5 Menyedia laporan:
§  Pencapaian Bulanan SKT PKG
§  Menyedia laporan semakan pencapaian SKT PKG
§  setengah tahun
§  akhir tahun
3.6 Mengumpul dan melapor maklum balas dan aduan sekolah terhadap produk dan perkhidmatan BTP, BTPN, PTPB dan PKG.
3.7 Menyediakan data dan maklumat sekolah.

Pengurusan PKG
§  PKG ditadbir oleh seorang Ketua Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP DGA32), seorang pembantu PTP DGA29, seorang Pembantu Tadbir (N17) dan seorang Juruteknik Komputer (FT17)


No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara