Social Icons

-

Saturday, September 15, 2012

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH


1.         PENYATAAN DASAR

Dasar Pendidikan Pencegahan Dadah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian adalah dasar mengenai keperluan murid, guru, kakitangan dan ibu bapa untuk menerima pendidikan pencegahan dadah bagi memastikan institusi pendidikan bebas dadah yang merupakan salah satu objektif Dasar Dadah Negara.  Dasar ini dilaksanakan melalui empat pendekatan utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.


2.        TUJUAN

2.1    Pendidikan Pencegahan Dadah dilaksanakan bertujuan untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhi dan berupaya menentang ancaman dadah. Pelaksanaan pendidikan pencegahan dadah ini juga dilaksanakan bagi mencapai objektif-objektif berikut:

i.       Meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran Pendidikan   Pencegahan Dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.

ii.      Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi dalam kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.

iii.      Membentuk budaya sihat, tingkah laku positif dan amalan nilai-nilai murni di kalangan murid sekolah.

iv.     Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.

v.      Menyediakan alternatif-alternatif yang berfaedah supaya dapat menyekat murid sekolah daripada terlibat dengan dadah.


3.       PELAKSANAAN DASAR

3.1    Pada 19 Februari 1983, Y.A.B. Perdana Menteri telah mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara semasa melancarkan Hari Anti Dadah Kebangsaan. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah juga berasaskan kepada perkara-perkara berikut :

3.1.1    Arahan Y.A.B. Perdana Menteri No. 1 tahun 2004 - Jentera Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Membanteras Gejala Dadah Negara seperti peruntukan dalam Lampiran A bagi perenggan berikut:

      • Kementerian Pelajaran
      • Merangka perancangan tahunan program pendidikan pencegahan dadah di peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, maktab perguruan dan kolej di bawah tanggungjawab kementerian;
      • Mengemukakan perancangan tahunan berkenaan kepada AADK untuk semakan dan perakuan bagi pertimbangan dan kelulusan Kementerian Kewangan;
      • Melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah yang telah diluluskan;
      • Memantau dan menilai pelaksanaan program pendidikan pencegahan dadah yang dilaksanakan dan mengenal pasti isu-isu pelaksanaan serta memperakukan cadangan penyelesaiannya.

3.1.2    Surat Arahan Bil. KP (BS/HEP)8543/041/JldIV(1) bertarikh 1 Jun 2005 (Lampiran 1) kepada Pengarah Pelajaran Negeri telah meminta mulai 1 Jun 2005, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah diperbesarkan tanggungjawab melaksanakan program-program pendidikan pencegahan rokok, alkohol, dadah, dan HIV/AIDS meliputi murid-murid sekolah rendah, menengah, guru dan ahli-ahli PIBG.

3.2    Pendidikan Pencegahan Dadah menyokong usaha untuk membangunkan sumber manusia yang mempunyai nilai modal manusia dan modal sosial yang tinggi. Tugas ini merangkumi usaha-usaha pendidikan pencegahan rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/AIDS terhadap kumpulan sasaran melalui strategi-strategi berikut:

i.       Pencegahan
Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan melindungi murid daripada terlibat dengan dadah. Para murid perlu diberi pengetahuan, kesedaran dan kemahiran yang boleh mencegahnya daripada pengaruh dadah. Strategi pencegahan juga memberi penekanan kepada usaha membina kekuatan diri yang mencegah murid terlibat dengan dadah walaupun bekalan pelbagai jenis dadah sukar dihapuskan. Di peringkat kebangsaan, terdapat 7 program dijalankan iaitu :

      • Nafas Segar (murid Tahun 5)
      • Kolokium Kepimpinan Pendidikan Pencegahan DadahTingkatan 4) 
      • Program Gerak Sedar Bersepadu (PROGRES) (murid Tingkatan 2) 
      • Jambori Skim Lencana Antidadah (SLAD) (murid Tingkatan 2)
      • Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (Menengah dan Rendah) 
      • Tunas Pendidikan Pencegahan Dadah (murid Tahun 6)
      • Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah (murid Tingkatan 6 Rendah)
      • Sahabat Pendidikan Pencegahan Dadah @ Petronas (menengah dan rendah)

ii.      Bimbingan dan Pemulihan
Strategi ini memberi perhatian kepada murid yang mempunyai masalah, berada dalam keadaan berisiko dan dikesan baru mencuba dadah atau inhalan. Murid dalam kategori tersebut perlu melalui proses kaunseling, bimbingan dan pemantauan yang berterusan supaya tidak mengalami ketagihan terhadap dadah. Terapi psikologi seperti runding cara dan bimbingan secara berterusan akan mencegah tabiat ketagihan dadah dan menggalakkan proses sosialisasi murid berkenaan di sekolah.

iii.     Pembangunan dan Kemajuan Sumber Tenaga Manusia
Keberkesanan strategi dan Pendidikan Pencegahan Dadah di peringkat kebangsaan, negeri, daerah/bahagian dan sekolah berkait rapat dengan adanya sumber tenaga manusia yang cukup dan terlatih. Perhatian utama perlu diberikan untuk menyediakan secukupnya sumber tenaga manusia yang terlatih dalam pengetahuan yang praktis, kemahiran kerja dan rangkaian kerja PPDa. Latihan lanjutan dalam pelbagai disiplin adalah perlu dalam menentukan keberkesanan kos pengurusan dan kemajuan tenaga manusia. Antara latihan yang dilaksanakan pada setiap tahun ialah :
      • Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah Pentadbir Sekolah
      • Kursus Jurulatih Utama Pendidikan Pencegahan Dadah Sekolah Rendah dan Menengah
      • Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah untuk Ibu Bapa
      • Kursus Jurulatih Utama Sahabat PPDa-PETRONAS
      • Kursus Fasilitator Sahabat PPDa-PETRONAS

iv.       Penerbitan dan Publisiti
Penerbitan dan Publisiti amat penting dalam usaha untuk menyebarkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran kepada murid, guru dan ibu bapa. Penerbitan bahan seperti video, buletin, pamplet, risalah, dan buku panduan akan dapat menyebarkan segala maklumat tentang PPDa. Antara bahan penerbitan yang telah diterbitkan ialah :

      • Panduan Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah.
      • Tatacara Tindakan ke Atas Kes-kes Penggunaan Dadah di Kalangan Murid di Sekolah.
      • Buku Log Skim Lencana Antidadah
      • Buku Log Pemantauan PPDa (Murid Terlibat Dadah)
      • Buku Perancangan Strategi 5 Tahun 2007-2011
      • Modul PROSIDAR (2008)

Selain daripada penerbitan, Pusat Sumber dan bilik pameran pendidikan pencegahan dadah perlu diwujudkan di peringkat Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah/Bahagian dan sekolah.

v.        Penyelidikan dan Penilaian
Penyelidikan dan kajian akan menjadi pemangkin kepada pemantapan dan keberkesanan strategi Program Pendidikan Pencegahan Dadah. Kajian epidemiologikal atau perkembangan masalah dadah semasa akan menghasilkan rumusan terbaik ke arah modifikasi strategi bagi mencapai sasaran yang ditetapkan. Antara kajian yang akan diterbitkan ialah seperti berikut:

      • Kajian Tentang Tingkah laku Sosial Pelajar di Kawasan
      • Kajian Mengenai Keterlibatan/Ke fungsian PIBG dalam PPDa di
      • Kajian Sejauh mana Kefahaman Pelajar Tentang HIV/AIDS
      • Kajian Masalah Guru PPDa dalam Melaksanakan Program PPDa di Sekolah
      • Mengkaji Sejauh mana Kefahaman Pentadbir Sekolah Berkaitan PPDa di Peringkat Sekolah
      • Kajian Masalah Penagihan Alkohol dalam Kalangan Pelajar

Di samping itu, penilaian keberkesanan program juga dilaksanakan bagi setiap program yang dilaksanakan ke arah penambahbaikan kepada program sedia ada.

vi.     Permuafakatan / Penyelarasan
Pengurusan dan pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah memerlukan kerjasama yang bersepadu dengan melibatkan pelbagai agensi dan pertubuhan. Berikut adalah antara agensi yang terlibat dalam perkongsian pintar program-program pendidikan pencegahan dadah iaitu :

      • PETRONAS  -    Program Sahabat PPDa-PETRONAS.
      • Agensi Antidadah Kebangsaan
-          Ujian Urin
-          Program Intervensi Pelajar
-          Program Sekolah Gemilang AADK (SEGAK)
-          Kem Kecemerlangan Intelek Murid (INTIM)
-          CD Pintar Interaktif
-          TUNAS

      • Bahagian Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia -  Ceramah Kenali Ubat-ubatan
      • Universiti Malaysia -  Langkah ke Menara Gading

Usaha-usaha penyelarasan dipertingkatkan di semua peringkat pelaksanaan program supaya aktiviti yang dilaksanakan dapat mencapai objektif yang ditetapkan. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia turut menjadi ahli bagi jawatankuasa-jawatankuasa berikut :
      • Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD)
      • Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Kebangsaan
      • Jawatankuasa Bertindak Pendidikan Pencegahan dan Publisiti (JPPP) yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran.


4.      KAEDAH PELAKSANAAN

4.1       Secara umumnya program PPDa dilaksanakan secara bersepadu melalui empat pendekatan utama seperti yang dinyatakan dalam Buku Panduan Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah.

4.1.1        Pengurusan dan Kepimpinan

      • Penubuhan Jawatankuasa PPDa di
      • Perancangan dan pelaksanaan
      • Pemantauan dan kajian
      • Perkembangan
      • Penyelidikan dan
      • PPDa di televisyen dan
      • Gerak Sedar Bersepadu (PROGRES).
      • Ujian Urin di sekolah menengah bersama AADK.

4.1.2        Kurikulum

      • Mesej Jauhi Dadah.
      • PPDa dalam KBSM.
      • Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR) - PPDa melalui Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
      • Ceramah dan pameran antidadah.

4.1.3        Kokurikulum

      • Skim Lencana Antidadah (SLAD).
      • Aktiviti perkhemahan.
      • Karnival PPDa:
II.                 
I.                 
        • 1.Deklamasi sajak antidadah
        • 2.Boria antidadah
        • 3.Nasyid antidadah
        • 4.Dikir barat antidadah
        • 5.Melukis poster antidadah
        • 6.e-PPDa

4.1.4        Pembangunan Sahsiah Antidadah

      • Program keibubapaan bersama PEMADAM dan AADK.
      • Program Waja Diri bagi pelajar lelaki dan perempuan yang berisiko di sekolah rendah dan di sekolah menengah.
      • Program Intervensi Pelajar (PIP) bersama AADK.
      • Jambori SLAD.
      • Seminar PPDa Tingkatan 6 Rendah.
      • Latihan personal dan interpersonal bersama AADK.
      • Sahabat PPDa / Petronas.


5.          TARIKH KUATKUASA
 Tarikh kuatkuasa adalah pada 19 Februari 1983, selaras dengan pengisytiharan “Dadah   Musuh Utama Negara” oleh Jawatankuasa Kabinet Antidadah pada tarikh tersebut.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara