Social Icons

-

Saturday, September 15, 2012

PENEMPATAN MURID BUKAN WARGANEGARA (WARGA ASING)


1.0 PENYATAAN DASAR
Mengurus proses bagi kelulusan permohonan kemasukan murid bukan warganegara ke sekolah kerajaan / bantuan kerajaan yang diterima daripada Jabatan Pelajaran Negeri.

2.0 TUJUAN
Menentukan kemasukan dan penempatan murid bukan warganegara yang layak dan menepati syarat-syarat masuk ke sekolah kerajaan / bantuan kerajaan setelah melalui proses kelulusan.

3.0 PELAKSANAAN DASAR
Akta Pendidikan 1996
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid Ke Sekolah, Penyimpanan Daftar Dan Syarat Bagi Pengekalan murid Belajar Di  Sekolah) 1998
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penerimaan  Murid  Masuk Ke Sekolah, Penyimpanan Daftar Dan Syarat bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah) (Pindaan) 2007

3.1  Berdasarkan kepada:
Perkara 5     Penerimaan masuk murid bukan warganegara ke sekolah
(1) Kategori murid yang berikut yang bukan warganegara boleh diterima masuk  ke sekolah:
(a) anak kakitangan kedutaan asing;
(b) anak yang ibu bapanya adalah juga bukan warganegara, yang bekerja  dalam perkhidmatan atau agensi kerajaan,  badan berkanun atau  mana-mana tempat lain dengan permit kerja yang sah;
(c) anak yang ibu bapanya adalah pemastautin tetap Malaysia; atau
(d) kanak-kanak yang dipilih oleh Kerajaan kanak-kanak itu untuk melanjutkan pelajarannya di Malaysia menurut mana-mana Memorandum Persefahaman atau Perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan negara kanak-kanak itu.
3.2 Murid yang disebut dalam subperaturan (1) sebelum diterima masuk ke sekolah  
hendaklah;

(a) memiliki pas pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen;
(b)  membayar fi yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan; dan
(b) mengemukakan borang sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual       Pertama

3.3       Tafsiran Bukan Warganegara Mengikut Pandangan Penasihat Undang-
Undang,  Kementerian Pelajaran Malaysia
(a)  tiap-tiap orang yang lahir di Malaysia dan ibu dan bapanya bukan
warganegara;
(b)  tiap-tiap orang yang lahir di luar Malaysia dan bapa Penduduk Tetap dan ibu
bukan warganegara;
(c)  tiap-tiap orang yang lahir di luar Malaysia dan bapa Penduduk Tetap dan ibu
warganegara Malaysia;
(d) tiap-tiap orang yang lahir di luar Malaysia dan bapa bukan warganegara  dan ibu warganegara Malaysia;
(e) tiap-tiap orang yang lahir di luar Malaysia dan ibu bapa Penduduk Tetap
3.4 Kemasukan murid bukan warganegara ke sekolah kerajaan perlu di kategori seperti perkara berikut:
a.  Murid bukan warganegara yang melebihi kohort umurnya tidak diluluskan
kemasukan ke sekolah kerajaan.
b.  Murid bukan warganegara yang berada di sekolah rendah yang ingin
meneruskan ke sekolah menengah perlu mengisi B
orang P.U (A) 275 dan
memenuhi syarat  di Perkara 5(Akta Pendidikan 1996).
c.  Murid bukan warganegara yang datang dari luar negara yang hendak
bersekolah di sekolah kerajaan perlu membuat permohonan semula dengan  
mengisi borang P.U(A) 275 dan memenuhi syarat di Perkara 5 (Akta
Pendidikan 1996)

3.5       Surat Pekeliling
3.5.1    Rujukan:  IMI 101/G/789/24/2/97  bertarikh   5 Jun 1997  (Jabatan Imigresen  Malaysia
3.5.2    Rujukan:  Pekeliling Imigresen Malaysia Bil. 3/ 95  (7 Februari 1995)
3.5.3    Rujukan:   Pekeliling Bahagian Kewangan Bil. 4/2000

4.0       KAEDAH  PELAKSANAAN
Pemohon dikehendaki mengisi 3 salinan  borang permohonan  P.U(A)
275 "Jadual Pertama  (Perenggan 5(2) (c) ) ( Subperenggan 7(3) )  Akta
Pendidikan 1996 ".
4.1.1     Ibu bapa bukan warganegara yang datang ke Malaysia untuk bekerja dan
mempunyai pas pekerjaan atau pas pengajian (bagi ibu bapa yang melanjutkan pelajaran di Malaysia), anak-anak mereka dibenarkan belajar di sekolah bantuan kerajaan dengan syarat mengisi borang permohonan dan menyertakan dokumen sokongan untuk pertimbangan.
4.1.2 Ibu bapa yang mempunyai  Pas Pekerjaan Sementara (Temperory Employment),           anak-anak mereka tidak dibenarkan bersekolah di sekolah kerajaan/ bantuan kerajaan.  Begitu juga bagi anak yang ibu bapa bukan warganegara yang tidak bekerja dalam perkhidmatan  atau agensi kerajaan atau tidak bekerja dengan badan berkanun atau mana-mana tempat lain dan tidak mempunyai permit kerja yang sah.
4.1.3 Bagi ibu bapa yang pulang ke negara asal dan tidak dapat dikesan, anak
yang ditinggalkan kepada ibu bapa angkat di negara ini,  maka ibu bapa angkat perlu mendapatkan surat hak penjagaan anak atau surat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau perintah mahkamah.  Kes-kes seperti ini perlu dirujuk terlebih dahulu ke Kementerian/ Pegawai Undang-Undang(LA) KPM untuk mendapat keputusan yang sewajarnya.
4.1.4 Semakan dokumen perlu dilakukan secara teliti untuk memastikan       keputusan yang diambil tidak bercanggah dengan peraturan sedia ada.  Sijil Kelahiran adalah   penting untuk mengesahkan status murid.  Maklumat  lain yang perlu disemak seperti nama penjaga, status anak dengan penjaga, kewarganegaraan dan tarikh tamat tempoh perjalanan dalam pasport murid / ibu bapa/ penjaga.

4.2      Tempat Memohon
Borang  permohonan   boleh   didapati  di Jabatan  Pelajaran  Negeri. Borang
permohonan hendaklah di kemukakan kepada Pengarah Pelajaran Negeri di mana
murid berkenaan hendak belajar.  Permohonan hendaklah disertakan dengan
dokumen-dokumen  sokongan berikut bersama-sama borang tersebut:

·          
o   Salinan sijil kelahiran murid yang dikeluarkan oleh negara berkenaan
o   Kad Pengenalan / Pasport Murid (tempoh terkini)
o   Salinan kad pengenalan ibu, bapa dan murid
o   Salinan surat hak penjagaan anak
o   Salinan surat nikah
o   Salinan pasport ibu bapa
o   Rekod persekolahan/ Sijil peperiksaan akhir
o   Dokumen-dokumen sokongan yang lain yang telah disahkan.
o    
4.3       Bayaran  Fee
Sebagaimana mengikut Peraturan-peraturan Pendidikan  (Fee Yang Diluluskan)
(Kehadiran Murid Asing) 1995, kadar bayaran setahun ditetapkan:
- RM 120 ( sekolah rendah )
- RM 240 ( sekolah menengah )
Fee yang dikutip adalah hasil kerajaan Malaysia dan hendaklah dipungut sebagai
tambahan kepada semua jenis yuran yang dikenakan oleh sekolah.
Ini selaras dengan Pekeliling Bahagian Kewangan Bil. 4/2000 Peraturan Kutipan
Fee Sekolah Yang Dikenakan Kepada  Murid Asing.

4.4       Pas Pelajar
Pas Pelajar ke atas murid bukan warganegara adalah berpandukan:-
Garis panduan menentukan murid-murid yang dilahirkan di dalam dan di luar Malaysia pada dan selepas Hari Malaysia sama ada memerlukan Pas Pelajar atau tidak untuk belajar di Sekolah Kerajaan/ Bantuan Kerajaan.

4.5     Pertukaran sekolah
(a)     Jikamurid  yang  bukan  warganegara  berhasrat  untuk  bertukar  sekolah,  dia hendaklah membuat suatu permohonan baru bagi kemasukan ke sekolah yang
dia pohon itu.

(b)      Permohonan di bawah subperaturan (2) itu hendaklah dibuat dalam borang sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Pertama dengan syarat-syarat yang
berikut:
·          
    • pemohon telah menjelaskan fi kepada Kerajaan Malaysia;
    • pas pelajar baru telah dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen; dan
    • ada kekosongan tempat di sekolah baru yang dia pohon.
(c)   Guru Besar atau pengetua hendaklah menempatkan seseorang murid yang telah
diluluskan pertukaran sekolahnya ke dalam kelas mengikut umur murid itu.

5.0       TARIKH KUATKUASA DASAR
Peraturan-peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid Ke Sekolah,
Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di sekolah) 1998 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 23 Julai 1998

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara