Sebelum kanak-kanak mampu menulis sendiri dengan baik dan kemas, kanak-kanak biasanya dibimbing dengan titik-titik huruf. Latihan seumpama ini sememangnya membantu kanak-kanak untuk membiasakan diri dengan bentuk-bentuk huruf dan jarak antara setiap perkataan. Contoh latihan seperti di bawah.
Latihan di atas dibentuk hanya dengan menggunakan Microsoft Word 2010 dengan font tambahan yang perlu di installterlebih dahulu:
- PrintClearly_TT
- PrintDashed_TT
(Klik ikon DOWNLOAD untuk muat turun font)
Cara install font:
1. Pastikan extract dahulu bahan download di atas.
2. Untuk Window 7 dan keluarganya:
- Klik kanan mana-mana fail .ttf dan pilih Install
- Selesai
atau
- Klik kiri dua kali pada fail .ttf untuk preview kemudian pilih Install
- Selesai
3. Untuk Window XP dan keluarganya:
- Buka Control Panel dari menu Start
- Klik dua kali (kiri) pada folder Font
- Pada menu File klik Install New Font
- Pointkan pada drive dan folder yang mengandungi fail .ttf yang telah dimuat turun di atas.
- Tekan OK
- Selesai
Lazimnya untuk membentuk latihan seperti di atas, beberapa laman web menyediakan “generator” atau “maker” yang memudahkan proses guru-guru membina latihan untuk murid masing-masing.
Antara contoh-contoh laman web yang menyediakan “dotted font generator“
Klik pada gambar untuk ke laman berkenaan (Tetingkap baharu akan dibuka)
SOFTSCHOOLS.COM
- Boleh tulis sehingga 1o baris jadi boleh lah letak sepuluh perkataan atau sepuluh ayat dalam baris berbeza.
- Banyak ketetapan yang boleh diubah seperti arahan, saiz huruf, orientasi kertas, saiz kertas dan boleh letak frame kalau nak.
- Latihan boleh diubahsuai sendiri, sekiranya mahu kanak-kanak menulis semula ayat hanya kosongkan line ruangan line seterusnya. (contoh: tulis “ayah beli lori” di Line 1, kosongkan Line 2. Ayat seterusnya di Line 3)
- Perlu save segera sebaik sahaja generate, jadi tak dapat review dahulu.
HANDWRITINGWORKSHEETS.COM
- Terhad kepada satu baris sahaja, jadi sesuai untuk latihan menulis ayat.
- Latihan yang dibentuk hanya terhad kepada mengikut titik-titik, tiada penulisan sendiri.
KIDZONE.WS
- Boleh pilih bentuk tulisan samada block, script atau cursive
- Bina 4 baris perkataan/ ayat.
- Latihan yang dibentuk hanya terhad kepada mengikut titik-titik, tiada penulisan sendiri.
TOOLSFOREDUCATORS.COM
- Sebelum boleh guna, kena download dan install dulu font yang disediakan di web.
- Sesuai untuk latihan menulis yang ada gambar (seperti contoh di atas), jadi tak perlu susah-susah cari gambar sendiri.
- Gambar-gambar diasingkan mengikut kategori (pelbagai kategori)
- Ada pilihan untuk membentuk latihan bagi kanak-kanak tulis sendiri.
No comments:
Post a Comment