Peralatan:Pundi kacang dan bakul
Cara Bermain:
Pemain A dikehendaki membaling pundi kacang ke arah belakang dan disambut oleh pemain B.Seterusnya B ke C dan C ke D.Pemain E dikehendaki memegang bakul untuk menyambut pundi kacang yang dibaling oleh D.Masa yang diberikan ialah 5 minit.Markah dikira berdasarkan bilangan pundi kacang yang terbanyak. Pasukan mengutip pundi kacang yang terbanyak dalam acara ini akan menjadi pemenang.
Peraturan:-
Pemain hendaklah membaling pundi kacang kepada orang dibelakangnya. Contohnya, pemain A mestilah membaling pundi kacang kepada pemain B dan bukan kepada pemain C,D atau E.Setiap pemain hendaklah menghadap ke hadapan semasa membaling atau menyambut pundi kacang.Pemain tidak boleh menoreh kepala ke belakang semasa membaling pundi kacang.Jika pemain membaling pundi kacang dan pemain di belakangnya tidak dapat menyambut pundi kacang itu, maka permainan perlu dimain semula dari pemain A.Markah tidak akan diambil kira sekiranya terdapat salah satu pemain daripada kumpulan itu gagal menyambut pundi kacang.
No comments:
Post a Comment