Senarai keperluan
1.Peralatan – tiada
2.Tempat – kawasan lapang
3.Bilangan kanak-kanak :Setiap kumpulan mengandungi 3 orang. Tiada had bilangan kumpulan.
Peraturan permainan.
1.Setiap kumpulan mengandungi 3 orang kanak-kanak.Dua orang daripada 3 tadi perlu menjadi sangkar dan seorang lagi menjadi burung.
2.Setiap kali burung terbang keluar mereka tidak boleh masuk ke dalam sangkar asal mereka , tetapi mesti mencari masuk ke dalam sangkar lain.
Cara Bermain
1.Dua orang kanak- kanak menghadap antara satu sama lain berpegangan tangan untuk menjadi sangkar.
2.Seorang kanak-kanak lagi menjadi burung berdiri di dalam sangkar.
3.Terdapat juga beberapa burung di luar sangkar yang tidak mempunyai sangkar.
4.Apabila guru menyebut , “burung terbang” ataupun membunyikan wisel semua burung perlu terbang di luar sarang , termasuk burung yang tidak mempunyai sangkar.
5.Apabila guru menyebut “Burung Pulang” atau pun menbunyikan wisel semua burung perlu mencari sangkar yang kosong.
6.Burung tidak boleh masuk ke dalam sangkar asal mereka dan mesti bertukar sangkar lain.
7.Permainan boleh diulang beberapa kali.
8.Kanak-kanak yang menjadi sangkar tadi boleh bertukar menjadi burung pula.
Burung masuk ke dalam sangkar |
No comments:
Post a Comment