Sebenarnya terdapat banyak cara untuk download dan save video dari dari streaming site seperti youtube, dailymotion, metacafe dan sebagainya. Banyak video dari stereaming site ini sangat bermanfaat untuk dikongsi bersama atau digunakan di dalam P&P.
Kali ini saya ingin berkongsi satu cara mudah untuk save video dari Youtube, antara streaming site yang terpopular pada masa kini tanpa perlu memasang sebarang software ke dalam komputer atau sebarang add-on mahupun plugins. Melalui cara ini korang boleh gunakan mana-mana komputer yang mempunyai akses internet. Korang boleh terus mendownload mana-mana video yang korang suka.
Mula-mula, kenalpasti URL video youtube yang hendak didownload terlebih dahulu. (Contohnya:-http://www.youtube.com/watch?v=9pBe2_tbPUE )
Kemudian korang boleh convert atau save secara online di laman web www.keepvid.com
Di situ pada ruangan URL, masukkan url video dari youtube yang korang nak tu. Dah siap masuk, tekan “DOWNLOAD” (lihat gambar di bawah)
Tunggu beberapa saat (bergantung kepada saiz video) sehingga page akan reload.
Sebaik sahaja proses tersebut selesai, korang boleh pilih samada nak simpan file tadi dalam bentuk .flv (kualiti rendah) ataupun .mp4 (kualiti tinggi). Klik kanak pada pilihan dan pilih “save link as..”
Jadi selepas ini korang boleh download mana-mana video dari youtube yang korang suka tanpa perlu memikirkan tentang software yang sesuai.
Sekian dan selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment