KUALA
LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan terus
menyediakan pendidikan yang berpatutan dan berkualiti tinggi kepada
pelajar, di samping mengimbangi keperluan rakyat dengan memupuk bakat masa
hadapan.
Katanya pendidikan yang baik adalah penting bukan
sahaja kerana orang ramai perlu diberi peluang mengembangkan pengetahuan
mereka, tetapi juga kerana tenaga kerja mahir semakin diperlukan dalam ekonomi
masa kini yang kian berkembang dan diterajui oleh teknologi maklumat.
"Peranan kerajaan dalam membantu pelajar mendapatkan
pendidikan tinggi ternyata jelas. Atas sebab itulah biasiswa Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) ditawarkan secara rutin kepada pelajar yang layak
bagi membantu mereka mencapai impian untuk melanjutkan pelajaran ke tahap
universiti atau kolej ternama," katanya dalam entri blog terbaru di laman www.1malaysia.com.myhari
ini.
Jelasnya, pelajar yang tidak layak mendapat biasiswa
pula ditawarkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
sebagai alternatif.
Perdana Menteri berkata PTPTN yang ditubuhkan pada 1997
bagi memudahkan pelajar yang memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan
pelajaran bagaimanapun tidak lari daripada kritikan.
Ini termasuk gesaan supaya sistem yang telah beroperasi
lebih dari sedekad setengah itu digantikan dengan sistem pendidikan tinggi
percuma untuk semua sebagai langkah mengurangkan beban pembayaran balik ke atas
pelajar.
"Kami telah mempertimbangkan kebaikan dan
keburukan cadangan ini – walaupun pemansuhan menawarkan penangguhan segera bagi
pelajar-pelajar yang masih membayar balik pinjaman PTPTN mereka, terdapat
faktor-faktor lain yang perlu diambil kira oleh pihak kerajaan.
"Pertama, pemansuhan akan menyebabkan kerajaan
menanggung kos sebanyak RM43 bilion dalam bentuk pinjaman tertunggak. Wang ini
tentunya boleh digunakan untuk menjalani projek-projek yang dapat membantu
rakyat. Selain itu, penubuhan universiti teknikal yang menawarkan pendidikan
percuma memerlukan sumber yang besar," katanya.
Perdana Menteri perkata prinsip subsidi 100 peratus
terhadap yuran kolej dan universiti pula jarang diamalkan oleh mana-mana
negara.
Katanya ijazah yang baik adalah batu loncatan kepada pendapatan yang lebih
baik, dan cukai daripada isi rumah berpendapatan rendah dalam masyarakat turut
menyumbang kepada batu loncatan tersebut.
Menyedari beban perhutangan telah menjadi isu penting
bagi rakyat Malaysia terutama para graduan, Najib berkata kira-kira 85 hingga
95 peratus daripada kos pendidikan telah disubsidi oleh kerajaan manakala
perbelanjaan sara hidup pelajar pula difaktorkan ke dalam pinjaman PTPTN.
Perdana Menteri berkata kerajaan juga sentiasa berusaha
membantu pelajar mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan pengajian, dan mereka
yang masih menganggur pula tidak dipaksa untuk membayar balik pinjaman PTPTN
tersebut.
"Sebaliknya kami menggalakkan pelajar tersebut
untuk meneruskan pelajaran mereka, dan kami akan menyediakan bantuan sekiranya
mereka ingin belajar di luar negara sebagai alternatif," katanya. -
Bernama
No comments:
Post a Comment