KUALA
LUMPUR - Permohonan bagi biasiswa khas anak perantau (SPDC) daripada kerajaan
India untuk mengikuti kursus peringkat ijazah di universiti di India bagi sesi
2012/2013, kini dilanjutkan mulai Ahad 10 Jun sehingga Isnin 18 Jun.
Kenyataan Suruhanjaya Tinggi India di sini hari ini menyebut biasiswa itu bagi kursus dalam bidang kejuruteraan, seni bina, teknologi, ilmu kemanusiaan, seni liberal, perdagangan, pentadbiran perniagaan, pengurusan perniagaan, aplikasi komputer, kewartawanan, pengurusan hotel, pertanian, penternakan haiwan, sains dan undang-undang.

Pemohon mesti berusia antara 17 dan 21 tahun setakat 1
Okt tahun ini dan pendapatan keluarga pula berjumlah tidak melebihi US$2,250
(RM7,052) sebulan.
Pemilihan akan dibuat berdasarkan markah yang diperoleh
calon dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau 'A' Levels atau peperiksaan
yang setara.
Pemohon mesti memperoleh markah agregat 60 peratus atau
gred yang setara di peringkat persekolahan tinggi seperti yang diiktiraf oleh
Association of Indian Universities.
Mereka juga mesti mengikuti pengajian dalam subjek asas
seperti yang ditetapkan di peringkat peperiksaan kelayakan untuk melanjutkan
pelajaran dalam kursus pengajian tertentu.
Menurut kenyataan itu lagi borang permohonan dan maklumat lanjut
dapat diperoleh dengan melayari laman web suruhanjaya tinggi itu di www.indianhighcommission.com. my/spdc.php atau dari Sayap Pendidikan,
Suruhanjaya Tinggi India, Tingkat 28, 1Menara Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
sebelum 18 Jun. - Bernama
No comments:
Post a Comment