GEORGETOWN: Kementerian Pelajaran disaran mengemas kini sukatan mata
pelajaran Sejarah terutama bagi pelajar Tingkatan Enam supaya selaras penemuan
teori terkini dan penambahan maklumat oleh sejarawan negara.
Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Abu Talib Ahmad, berkata beberapa tahun kebelakangan ini banyak aspek yang tercicir dalam subjek Sejarah dibangkitkan ahli sejarah melalui penyelidikan mereka.

“Sebagai contoh sudah sekian lama kita percaya bangsa Melayu berasal
dari Yunan tetapi hasil kajian terkini mendapati bangsa itu datang dari Taiwan
berkembang di Borneo seterusnya Palembang sehinggalah beranak-pinak di
Semenanjung,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Seminar
Antarabangsa Perantauan Sumatera-Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak Pusat
Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CEnPRIS) di kampus USM di sini,
semalam.
Abu Talib berkata, penekanan fakta
sejarah juga perlu melihat daripada semua aspek termasuk sosial, agama, budaya,
makanan dan sebagainya, bagi membantu pelajar memahami ilmu sejarah dengan
lebih terperinci dalam konteks yang lebih luas.
Sementara itu, Sasterawan Negara, Prof Emeritus Muhammad Salleh berkata, tema dalam sukatan mata pelajaran juga perlu diperluas bagi menarik perhatian generasi muda kerana subjek Sejarah itu adalah kunci bagi memupuk semangat nasionalisme kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Kurikulum di sekolah menggalakkan
penghafalan menyebabkan kebanyakan pelajar menjauhi mata pelajaran itu kerana
ia membosankan. Sebenarnya Sejarah itu lebih menarik jika watak dan kerangka
waktu dalam subjek dilakonkan semula,” katanya.
Seminar tiga hari bermula semalam menghimpunkan 26 pembentang dari institusi pengajian tinggi tempatan dan Indonesia bagi mengupas 23 kertas kerja mengenai perkembangan susur galur bangsa Melayu dan menggalakkan kerjasama intelektual bangsa serumpun di rantau ini. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment