PENDEKATAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Mata pelajaran ini
menekankan bidang pembacaan secara talaqi dan musyafahah
untuk membolehkan murid-murid khatam al-Quran serta membaca dengan lancar dan
bertajwid. Murid-murid akan dibimbing
sehingga boleh menguasai keseluruhan bacaan al-Quran dengan sempurna sesuai
dengan kemampuan murid-murid sekolah
rendah. Murid-murid dan guru hendaklah menggunakan naskhah al-Quran Rasm Uthmani Berwarna dan
Bertajwid untuk memudahkan pembacaan.
Pengajaran dan Pembelajaran
j-QAF yang mengandungi mata pelajaran
Khatam al-Quran perlu diurus dengan teratur dengan menggunakan pendekatan dan kaedah yang
sesuai. Perkara inii sangat penting bagi
memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
Khatam al-Quran serta menarik minat murid-murid
untuk terus belajar dan membaca al-Quran bukan sahaja sehingga khatam tetapi juga turut membudayakannya
dalam kehidupan seharian.
Selain pendekatan
pengajaran dan pembelajaran, aktivitii kokurikulum
seperti Kem Bina Juara, Majlis Khatam al-Quran
peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan hendaklah dilaksanakan bagi menggalakkan murid-murid
lebih berminat dan cenderung kepada
aktiviti tilawah al-Quran dan pembinaan peribadi
dan adab mulia.
SKOP
Mata Pelajaran Khatam al-Quran ini merangkumi pembacaan al-
Quran dari juzuk 1 hingga 30.
MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran
khatam al-Quran adalah untuk menghasilkan
murid yang khatam al-Quran semasa berada di
sekolah rendah lagi dan mengamalkan bacaan dengan betul dan bertajwid.
OBJEKTIF
Setelah mengikuti mata
pelajaran Khatam al-Quran, murid-murid dapat:
1. Membaca ayat-ayat al-Quran mengikut makhraj huruf yang betul.
2. Membaca ayat-ayat al-Quran dengan
menggunakan hukum tajwid yang betul.
3. Membaca ayat-ayat
al-Quran dengan lancar dan fasih.
4. Khatam al-Quran di peringkat sekolah
rendah.
No comments:
Post a Comment