55 TAHUN PEMBANGUNAN MELALUI PERPADUAN
Pembangunan pesat di Malaysia mampu untuk membuatkan
kita berbangga mengenainya. Ekonomi negara juga kini sedang berkembang pesat
dan menjadi semakin stabil tatkala kebanyakan negara lain sedang bergelut
dengan prestasi ekonomi mereka yang semakin merudum. Ketika pasaran global
menjadi tidak menentu, pasaran modal di dalam negara dicatatkan pada rekod
tertinggi. Dengan FGVH dan IHH Healthcare tersenarai pada kedudukan kedua dan
ketiga terbesar di dunia. Kita juga berjaya memperbaiki kedudukan global
apabila menduduki tangga ke-15 terbaik dunia dalam pasaran barangan paling
berkesan, menduduki tempat ke-26 dari segi pembangunan infrastruktur dan ke-18
sebagai ekonomi paling berdaya saing di dunia.
Kesemua kejayaan kita itu adalah hasil perjuangan para
perjuang kemerdekaan negara dan kita patut berterima kasih kepada mereka.
Bersama-sama dengan tentera British, mereka berjuang habis-habisan menentang
komunis serta gejala ekstremis yang mampu menggugat kehidupan rakyat di negara
ini. Mereka kemudiannya berjaya memerdekakan negara dari cengkaman penjajah
yang sekali gus memberi kita kuasa sepenuhnya untuk mengurus sendiri sumber
kekayaan negara yang menyumbang kepada perkembangan ekonomi seperi getah, bijih
timah, kelapa sawit dan bjih besi. Komoditi-komoditi ini menjadi sangat penting
kepada perkembangan industri eksport negara yang membolehkan kita melabur untuk
pembangunan infrastruktur serta industri. Kebanyakan kawasan tempat kita
membesar juga dahulunya hanya merupakan pekan-pekan kecil tetapi kini telah
menjadi bandar besar. Pada 1996, pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) menjadikan Malaysia sebagai hub pelancongan antarabangsa. Dua
tahun kemudiannya, pembinaan Menara Kembar Petronas (KLCC) pula mula menjadi
ikon pencakar langit dalam negara dan lebih dari dua dekad selepas itu,
bangunan yang menempatkan gedung beli belah popular dan dikenali sebagai Suria
KLCC itu masih merupakan menara kembar paling tinggi di dunia.
Tahun demi tahun kita terus membuat pelaburan untuk
meningkatkan kualiti kehidupan rakyat di negara ini. Sebagai contoh, adalah
kewujudan Koridor Raya Multimedia (MSC) serta pembinaan Lebuhraya Utara
Selatan. Dari bidang teknologi hinggalah ke hiburan segala apa yang kita ada
hari ini merupakan simbol pembangunan negara dan kita semua patut berbangga
dengan kejayaan yang telah telah dikecapi ini.
Dengan kejayaan yang membanggakan ini, ia juga sudah
pasti memberi keuntungan kepada negara. Bidang perniagaan mampu untuk menjadi
lebih baik kerana kita mementingkan perkembangan teknologi tidak kira sama ada
talam talian atau sebaliknya. Bidang pertanian dan komoditi utama juga
berkembang dengan pesat selain bidang perlancongan serta perdagangan
antarabangsa negara yang juga turut meningkat. Apabila ekonomi berada dalam keadaan
baik, ia sudah pasti turut memberi impak sosial yang baik. Kualiti pendidikan
yang menjadi semakin baik dan mula boleh dinikmati oleh setiap rakyat dari
segenap lapisan masyarakat. Kemudahan sumber elektrik dan air di kawasan
pendalaman kini bertambah baik. Dengan perniagaan dan penyediaan perkhidmatan
yang semakin berkembang, rakyat tidak perlu lagi perlu berjalan jauh untuk
membeli-belah, membuat pembayaran bil ataupun untuk menonton filem di pawagam.
Bersempena dengan perayaan kemerdekaan ke-55 negara,
saya berharap rakyat Malaysia dapat melihat apa yang pernah di alami oleh
negara satu ketika dahulu. Banyak perkara yang boleh kita pelajari daripada apa
yang pernah diperjuangkan oleh para perjuang kemerdekaan negara. Marilah kita
sama-sama tidak lupa yang kejayaan kita pada hari ini adalah hasil perpaduan
daripada masyarakat Melayu, Cina sera India terdahulu dan tidak ada satu pun
bangsa di negara ini yang menyokong perjuangan komunis. Kita juga seharusnya
tidak lupa yang kejayaan ini juga adalah hasil perpaduan kita dengan etnik
Sabah dan Sarawak seperti Iban, Dayak dan Kadazan Dusun. Adalah mustahil untuk
kita mengecapi kejayaan seperti hari ini secara bersendirian. Sudah pasti ia
didorong oleh kepelbagaian lapisan masyarakat yang mempunyai kelebihan
masing-masing hingga menjadikan kita mampu bersaing di peringkat global. Dengan
itu, marilah kita meraikan hari Merdeka tahun ini dengan bersama-sama
memperingati jasa pejuang kemerdekaan yang telah memberi kita sebuah negara
berdaulat seperti hari ini.
Pada saya, segala-galanya telah dilakukan dalam
semangat 1Malaysia hingga ia telah menjadi simbol kepada kejayaan negara hari
ini. Tidak kira perbezaan etnik, fahaman agama mahupun bangsa, saya menyeru
supaya rakyat Malaysia terus mengekalkan semangat perpaduan. Ini kerana, dengan
hanya melalui perpaduan sahaja seperti semangat 1Malaysia sahaja yang
membolehkan negara menjadi semakin baik di masa akan datang. Ingatlah, selama
ini kita telah bersama-sama merempuh segala dugaan dan cabaran bersama sejak 55
tahun lalu. Tidak mungkin ada negara lain yang mampu menyatukan rakyatnya dari
pelbagai etnik untuk bersama-sama menikmati teh tarik di kedai mamak sambil
menonton aksi atlit negara di Sukan Olimpik dan meraikan kejayaan negara
seperti mana yang kita boleh lihat di negara ini.
No comments:
Post a Comment