Balik Pulau: Seorang ustazah terkejut apabila menemui sebahagian
daripada naskhah al-Quran dibakar di atas lantai dalam kelas di sebuah sekolah
menengah di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9.50 pagi itu, wanita terbabit memasuki kelas
pelajar Tingkatan Lima untuk memulakan sesi pengajaran sebelum ternampak satu
naskhah kitab suci terbuka di atas lantai.
Dia kemudian mengambil naskhah berkenaan untuk disimpan di tempat
sesuai, tetapi terkejut melihat tiga helaian dalam al-Quran itu terbakar selain
turut menemui tiga batang mancis tidak jauh dari situ. Kejadian kemudian
dilaporkan kepada polis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 298A
Jurucakap polis berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun
Keseksaan kerana berniat melukakan perasaan agama seseorang serta sengaja
menyebabkan suasana tidak harmoni dengan siasatan awal mendapati kali terakhir
kelas itu digunakan ialah 3 September lalu untuk ujian percubaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM).
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta
Md Zain, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit, namun
enggan mengulas lanjut.
No comments:
Post a Comment