Social Icons

-

Sunday, September 9, 2012

PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI KEROHANIAN SELEPAS UPSR DAN PMR SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2012



PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI KEROHANIAN SELEPAS UPSR DAN PMR SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TAHUN 2012M/1433H

1. PENGENALAN

Panduan Pelaksanaan Aktiviti Kerohanian Selepas UPSR dan PMR Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2012 diwujudkan bagi memberikan pendedahan kepada pihak sekolah mengenai cadangan aktiviti-aktiviti kerohanian yang boleh dilaksanakan bagi memenuhi kelompangan masa khususnya bagi para pelajar yang telah selesai menjalani peperiksaan UPSR dan PMR.

2. OBJEKTIF

i.      Menerapkan nilai-nilai murni di kalangan para pelajar dengan pengaplikasian aktiviti-aktiviti kerohanian.

ii.    Melahirkan generasi pelajar yang mampu mengamalkannya serta menghayati setiap ilmu dan pengetahuan tentang agama Islam dalam kehidupan harian mereka.

iii.   Mengukuhkan aspek kerohanian dalam diri para pelajar terutama dalam menggarap aspek syukur dan cinta kepada agama Islam.

3. SASARAN

Para pelajar lepasan UPSR (bagi sekolah rendah) dan lepasan PMR (bagi sekolah menengah).

4. TEMPAT

Premis sekolah atau kawasan sekitar yang bersesuaian.


5. CADANGAN AKTIVITI

UPSR
PMR
1. Qiyamullail
2. Khemah Ibadat
3. Kerja-kerja kebajikan (lawatan)
4. Pertandingan tilawah
5. Gotong-royong perdana
6. Ceramah awal remaja
7.Pertandingan mencipta buku skrap
8. Lukisan mural
9.Tayangan video kisah para nabi/ kisah teladan
1. Qiyamullail
2. Khemah Ibadat
3. Kerja-kerja kebajikan (lawatan)
4. Pertandingan tilawah
5. Gotong-royong perdana
6. Kursus/ seminar ;
      i. Perundangan syarak
      ii. Perkahwinan
ii.                  iii. Amali haji
iii.                 iv. Sembelihan
iv.                 v. Pengurusan jenazah
v.                  vi. Solat ketika peperangan (Khauf)
7. Pertandingan mencipta buku skrap
8. Lukisan mural
9.Tayangan video kisah para nabi/ kisah teladan

(Sila rujuk kepada Lampiran 1)

6. KAEDAH PELAKSANAAN

Pelaksanaan dijalankan selepas peperiksaan UPSR dan PMR.

7. PELAPORAN

Semua laporan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah perlu diisi dalam Borang Maklum Balas dan hendaklah dihantar ke Bahagian ini untuk perhatian Ustaz Mohd Zamri bin Mohamed Noor (Tel : 03-83217276 / 013-9212082 Fak : 03-83217337) atau e-mail zamri.noor@moe.gov.my

(Sila rujuk kepada Lampiran 2)
8. PERKARA YANG DIPOHON

Bahagian ini memohon semua Guru Besar sekolah rendah dan Pengetua sekolah menengah seluruh Malaysia mengambil maklum dan bekerjasama untuk melaksanakan serta menjayakan Pelaksanaan Aktiviti Kerohanian Selepas UPSR dan PMR Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2012. Diharap pihak sekolah terutamanya para pelajar dapat manfaat yang paling maksima daripada pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut.

Disediakan oleh :

Unit Pengukuhan Budaya dan Nilai Islam
Sektor Pembangunan Nilai dan Akhlak
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pelajaran Malaysia


















                                                                                                Lampiran 1

1. QIAMULLAIL

Masa : 30 minit
Objektif :
1.            Melatih pelajar bermunajat untuk bangun malam.
2.            Pelajar dapat menghayati kepentingan zikir-zikir munajat.
3.            Melahirkan rasa rendah diri kepada Allah di kalangan pelajar.
Kaedah Pelaksanaan :
1.            Pelajar membuat saf di surau dalam kumpulan yang ditetapkan oleh fasilitator.
2.            Ketua fasilitator mengajak semua peserta muhasabah diri tentang kesalahan lalu.
3.            Pelajar bersama-sama berzikir taubat sambil dipesan mengingati kesalahan dan dosa yang telah dilakukan.
4.            Ketua fasilitator memberi taklimat cara menunaikan solat taubat dan tujuannya.
5.            Bersama-sama mendirikan solat taubat dan menyambung zikir munajat.
6.            Ketua fasilitator memberi taklimat cara menunaikan solat witir dan tujuannya.
7.            Bersama-sama menunaikan solat witir serta berzikir sambil menunggu azan Subuh.


2. KHEMAH IBADAT
Masa : 2 hari 1 malam
Objektif :
1.            Melahirkan pelajar yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.
2.            Memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi anatar mereka di samping meningkatkan tahap keyakinan diri.
3.            Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan mampu memikul tanggungjawab serta boleh memimpin.
Kaedah Pelaksanaan :
1.            Para pelajar mengikuti aktiviti perkhemahan di padang sekolah atau di mana-mana kawasan rekreasi.
2.            Pelajar di dedahkan dengan pelbagai aktiviti dengan bantuan para fasilitator.
Cadangan tentatif program :
HARI PERTAMA
            8.00 pg           - Pendaftaran
            8.30 pg           - Taklimat Program/ Pembahagian Kumpulan
            9.00 pg           - Ice Breaking
            10.15 pg         - Minum pagi
            10.30 pg         - Ceramah 1 (Konsep bersuci dalam perspektif Islam)
            11.45 pg         - Bengkel 1(Amali Istinjak)
            12.45 tgh       - Makan tengahari/ Solat Zuhur
            2.00 ptg          - Bengkel 2 (Amali wuduk)
            3.30 ptg          - Bengkel 3 (amali Tayammum)
            4.30 ptg          - Minum petang/ Solat Asar
            5.00 ptg          - Latihan Malam Kesenian Islam
            6.00 ptg          - Riadah
            7.10 mlm        - Solat Maghrib/ Kuliah
            9.15 mlm        - Persembahan Malam Kesenian Islam
            11.15 mlm      - Muhasabah diri
            12.00 mlm      - Tidur

            HARI KEDUA
            4.30 pg           - Qiyamullail/Solat Subuh/ Kuliah
            7.00 pg           - Riadah
            8.15 pg           - Solat sunat Dhuha
            8.30 pg           - Ceramah 2 (Falsafah solat : Pembentukan peribadi Muslim)
            9.30 pg           - Bengkel 4 (Azan dan Iqamah)
            10.30 pg         - Minum pagi
            10.45 pg         - Bengkel 5 (Amali solat)
            11.45 pg         - Bengkel 6 (Amali mandi wajib)
            12.45 tgh       - Makan tengahari
            1.15 ptg          - Solat Zuhur/ Kuliah
            2.00 ptg          - Khidmat masyarakat
            3.30 ptg          - Majlis penutup
            4.30 ptg          - Bersurai

3. KERJA-KERJA KEBAJIKAN (LAWATAN)

Masa : 1 hari
Objektif :
1.            Mewujudkan hubungan yang erat antara pelajar dengan anggota masyarakat.
2.            Mendedahkan pelajar kepada kerja-kerja amal dan aktiviti kebajikan.
Kaedah Pelaksanaan :
1.            Pelajar di bahagikan kepada beberapa kumpulan yang akan bergerak ke beberapa lokasi berbeza seperti hospital, rumah orang-orang tua, rumah anak yatim dan sebagainya.
2.            Setiap kumpulan bergerak dengan bas ke setiap lokasi pilihan dan melaksanakan kerja-kerja kebajikan di lokasi tersebut.
3.            Setiap pelajar perlu merekodkan setiap aktiviti yang dilaksanakan di lokasi tersebut dan menyatakan impak yang boleh diperolehi daripada pelaksanaan setiap aktiviti tersebut.


4.            PERTANDINGAN TILAWAH

Masa : 1 hari
Objektif :

1.            Melahirkan pelajar yang bukan sahaja menguasai bidang akademik tetapi juga mahir dalam pembacaan ayat-ayat suci al-Quran.

2.            Mewujudkan suasana menghayati ayat-ayat al-Quran dan kandungannya dalam diri pelajar.
Kaedah Pelaksanaan :
1.            Pihak sekolah menganjurkan Pertandingan Tilawah al-Quran peringkat kelas/ tingkatan dan terbuka (turut melibatkan guru dan kakitangan sekolah)

 





5.            GOTONG-ROYONG PERDANA

Masa : 1 hari
Objektif :
1.            Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih untuk pelajar.
2.            Melahirkan suasana kondusif untuk para pelajar menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran.
3.            Memupuk minat pelajar untuk menjaga kebersihan khususnya di kawasan sekolah.
Kaedah Pelaksanaan :
1.            Pihak sekolah menganjurkan Gotong-royong Perdana dengan melibatkan para guru, pihak Pertubuhan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta agensi awam dan agensi swasta yang berkaitan.
2.            Pihak sekolah menyarankan agar semua pelajar turut menjemput ibu bapa mereka untuk sama-sama menjayakan Gotong-royong Perdana ini.

 


6.            CERAMAH/KURSUS/SEMINAR

Masa : 2 jam (ceramah) dan 1 – 2 hari (kursus/ seminar)
Objektif :

1.            Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran alaf akan datang.

2.            Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang sesuatu isu yang perlu mereka tahu sebagai persediaan untuk menghadapi hari mendatang.

3.            Melahirkan kesedaran kepada para pelajar terhadap sesuatu isu yang dibincangkan dalam ceramah/ kursus/ seminar.
Alatan : alat tulis, kertas
Kaedah Pelaksanaan :
1.            Penceramah ditetapkan oleh pihak sekolah.
2.            Disarankan agar diadakan soalan kuiz (ceramah) dan pelaporan (kursus/ seminar).

7.            PERTANDINGAN MENCIPTA BUKU SKRAP

Masa : 1 minggu
Objektif :

1.            Menonjolkan nilai kreativiti dan inovasi dalam diri pelajar.

2.            Menerapkan nilai kerjasama antara pelajar dalam kumpulan.

Alatan : alat tulis, kertas
Kaedah Pelaksanaan :

1.            Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mencipta buku skrap.

2.            Tema bagi buku skrap yang dihasilkan itu ditetapkan oleh pihak sekolah.
3.            Setiap kumpulan diberikan tempoh masa seminggu untuk menyiapkan buku skrap tersebut.

 


8.            PERTANDINGAN LUKISAN MURAL

Masa : 2 minggu
Objektif :

1.            Menonjolkan nilai kreativiti dan inovasi dalam diri pelajar.

2.            Menerapkan nilai kerjasama antara pelajar dalam kumpulan.
Alatan : Peralatan melukis mural
Kaedah Pelaksanaan :

1.            Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melukis mural.

2.            Lokasi untuk melukis mural tersebut adalah di sekitar kawasan sekolah dan ia ditetapkan oleh pihak sekolah.
3.            Setiap kumpulan diberikan tempoh dua seminggu untuk menyiapkan lukisan mural tersebut.





9.            TAYANGAN VIDEO KISAH PARA NABI/KISAH TELADAN

Masa : 2 minggu
Objektif :

1.            Memaparkan kepada pelajar tentang kisah para nabi/ kisah teladan untuk dijadikan renungan bersama dan diambil iktibar daripadanya.

Alatan : Video kisah para nabi/ kisah teladan
Kaedah Pelaksanaan :

1.            Video tentang kisah para nabi/ kisah teladan di pilih oleh pihak sekolah.

2.            Pelajar diminta untuk menyenaraikan semua unsur teladan yang boleh diperolehi daripada kisah-kisah tersebut.























Lampiran 2
Borang Maklum Balas
Pelaksanaan Aktiviti Agama Selepas UPSR dan PMR
Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2012

1.    Nama Sekolah         : .......................................................................................
2.    Alamat Sekolah        : .......................................................................................
3.    No. Telefon               : .......................................................................................
4.    E-mail Sekolah         : .......................................................................................

Bil
Aktiviti
Tarikh Pelaksanaan
Jumlah Pelajar Terlibat
Catatan













Cadangan/Komentar
...................................................................................................................................................................................................................................................................
Tandatangan Guru Besar/Pengetua                              

.........................................                                                                              
(                                       )                                                                 Cop sekolah
Tarikh : ............................
Nota : Sila isi dan kembalikan ke Sektor Pembangunan Nilai dan Akhlak, Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk perhatian Ustaz Mohd Zamri bin Mohamed Noor (Tel : 03-83217276 / 013-9212082 Fak : 03-83217337) atau e-mail zamri.noor@moe.gov.my

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara