Social Icons

-

Saturday, September 15, 2012

KEMUDAHAN ICT


1.0       PENGENALAN DASAR

1.1       Dasar Pelaksanaan Inisiatif ICT  di Kementerian adalah di bawah bidang kuasa Jawatankuasa  Pemandu ICT (JPICT) Kementerian Pelajaran yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan).

1.2       Peranan Unit ICT di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian adalah untuk mengurus, menyelaras dan melaksana program pengumpulan data, maklumat dan pengkomputeran dan program Sekolah Bestari bagi Pendidikan Asas dan program perluasan komputer E-Pendidikan dan Teknologi Maklumat dan komunikasi (TMK) dan sumbangan serta kerjasama agensi luar.

1.3       Unit ICT di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian turut berperanan untuk mengurus, menyelaras dan melaksanakan Program-Program Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian antara Bahagian-bahagian KPM dan agensi-agensi luar.

2.0      TUJUAN

2.1       Untuk memberi ruang dan peluang kepada pelajar bagi literasi komputer dan mendedahkan pelajar kepada ICT dalam pendidikan. Ia juga berperanan memudahkan guru dalam pengajaran berbantukan komputer bagi mempercepatkan proses penyampaian bahan Pengajaran dan Pembelajaran kepada pelajar.

2.2       Untuk memberikan peluang kepada warga pendidik mencapai kemudahan internet bagi urusan Pengajaran dan Pembelajaran.

2.3       Untuk memberikan ruang dan peluang kepada pelajar untuk mengakses maklumat melalui internet.

2.4       Untuk membantu guru-guru yang mengajar subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris, membina bahan-bahan courseware atau memudahkan guru membuat persediaan sebelum memasuki kelas.

  
3.0      PELAKSANAAN DASAR

3.1       Dasar Pelaksanaan Inisiatif ICT  di Kementerian adalah di bawah bidang kuasa            
            Jawatankuasa  Pemandu ICT (JPICT) Kementerian Pelajaran yang
            dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan).

3.2      Dibahagikan kepada 2 iaitu:
 3.2.1 ICT untuk Pengurusan dan Pentadbiran : kategori ini adalah meliputi          
        semua program dan projek ICT sama ada di sekolah atau bahagian di            
        Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Penyelaras bagi kategori ini adalah
        Bahagian Pengurusan Maklumat. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh TKSU    
        (Pengurusan).
 3.2.2  ICT untuk Pengajaran dan Pembelajaran : kategori ini adalah meliputi        
       semua inisiatif ICT yang melibatkan proses Pengajaran dan Pembelajaran.
       Jawatankuasa ini dipengerusikan bersama oleh TKPPM (Dasar) dan TKPPM
       (Operasi). Urusetia kepada jawatankuasa ini adalah Bahagian Teknologi
       Pendidikan.

3.3       Semua inisiatif ICT yang hendak dilaksanakan di sekolah, atau bahagian mesti     dibawa dan diselaraskan di bawah Jawatankuasa ini. Inisiatif ini termasuklah     pembinaan aplikasi (Sistem), program pembekalan perkakasan ICT ke sekolah-sekolah, latihan ICT atau apa-apa yang berkaitan dengan ICT.

3.4       Tidak semua peralatan ICT tertakluk kepada kelulusan JPICT antaranya ialah kelengkapan bahan habis guna, kamera digital, CD kosong, Mobile storage, TV dan sebagainya.

3.5       Setelah kelulusan diperolehi dari Jawatan Kuasa ini barulah inisiatif ICT berkenaan boleh dibawa ke Jawatankuasa ICT Kementerian bagi tujuan perolehan dan pelaksanaan.

4.0      DASAR SEDIA ADA BERKAITAN DENGAN INISIATIF-INISIATIF ICT DI SEKOLAH

4.1      Makmal Komputer di bawah projek Pengkomputeran makmal Komputer Sekolah

4.1.1   Projek pengkomputeran yang dirancang  oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE) bermula pada Mac 2000.

4.1.2    Dimulakan dengan projek rintis sebanyak 18 buah sekolah dan    seterusnya pelaksanaan projek dalam  tiga (3) fasa iaitu:

Fasa 1 (2001),
Fasa 2 (2004 )
Fasa 3 (a), 3(b) 3(c) pada tahun 2005
Fasa 4 (a) bermula November 2008
Fasa 4 (b) bermula Ogos 2009

4.1.3    Tujuan : Untuk memberi ruang dan peluang kepada pelajar bagi literasi komputer dan mendedahkan pelajar kepada ICT dalam pendidikan. Ia juga berperanan memudahkan guru dalam pengajaran berbantukan komputer bagi mempercepatkan proses penyampaian bahan Pengajaran dan Pembelajaran kepada pelajar.

4.2      Projek Pusat Akses Sekolah

4.2.1    Projek ini adalah dibawah Projek RMK9. Ia mula dilaksanakan pada tahun 2007 sehingga 2009 sebanyak 3500 buah sekolah menerima projek Pusat Akses.

4.2.2  Tujuan : Untuk memberikan peluang kepada pelajar untuk mengakses maklumat melalui internet.

4.3         SchoolNet

4.3.1    Merupakan inisiatif kerajaan membekal kemudahan jalur lebar kepada semua sekolah di seluruh negara.

4.3.2    Dasar utama projek ini adalah memberikan kemudahan capaian internet kepada semua sekolah.

4.3.3    Tujuan : Untuk memberikan peluang kepada warga pendidik mencapai kemudahan internet bagi urusan pengajaran dan Pembelajaran.

4.3.4    Projek SchoolNet ini diuruskan oleh Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (kini Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) bermula 2004. Syarikat Goverment Intergrated Tecnology Network atau GITN adalah merupakan syarikat pembekal yang bertanggungjawab dalam urusan pelaksanaan projek schoolnet ini. Manakala pengurus projek peringkat Kementerian Pelajaran adalah Bahagian Pengurusan Maklumat.

4.4       Pembekalan Peralatan ICT Untuk PPSMI 

4.4.1    Dasar pembekalan peralatan ICT PPSMI adalah memberikan notebook setiap seorang guru yang mengajar subjek PPSMI setelah memenuhi kriteria iaitu mengajar subjek PPSMI sekurang-kurang 3 waktu dalam tempoh 3 tahun berturut-turut.

4.4.2    PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002.

4.4.3    Semua sekolah layak menerima pembekalan berdasarkan jumlah kelas dan subjek PPSMI.

4.4.4   Tujuan : untuk membantu guru-guru yang mengajar subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris, membina bahan-bahan kosware atau memudahkan guru membuat persediaan sebelum memasuki kelas.

4.5      Inisiatif pihak Swasta

4.5.1    Program ini dilaksanakan melalui Perkongsian Pintar di antara KPM dan  syarikat-syarikat swasta.

4.5.2    Prosedur dan garis panduan yang perlu dipatuhi - Semua inisiatif mesti perlu mendapat kebenaran dari KPM atau JPN.

4.5.3    Perlu ada Terma Rujukan bagi setiap inisiatif. Sehingga kini banyak sekolah terlibat dalam program dengan pihak swasta.

4.5.4    Walaupun pihak kementerian sangat menggalakkan program perkongsian ini semua penganjur perlu mematuhi prosedur yang telah ditetapkan.

5.0         KAEDAH PELAKSANAAN

   5.1     Peraturan sedia ada mengenai ICT

5.1.1   Kelulusan perolehan ICT : Bagi mempercepatkan kelulusan perolehan peralatan ICT bagi agensi-agensi di bawah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), JPN telah diarah menubuhkan JPICT JPN yang dipengerusikan oleh Pengarah atau diturun kuasa kepada Timbalan Pengarah dan diurusetiakan oleh Sektor ICT di JPN Arahan ini dijelaskan melalui surat KP.BTMK(S)1/07/001/01 Jld 15 (1) bertarikh 29 Oktober 2007 “Kuasa Menimbang Dan Meluluskan Perolehan ICT Agensi Di bawah Jabatan Pelajaran Negeri”.

5.1.2     Bagi tujuan perolehan peralatan ICT melebihi RM1 juta hendaklah mendapat kelulusan dari MAMPU.

5.1.3    Penggubalan Dasar, Strategi dan Perancangan Inisiatif ICT. Apa-apa dasar dan strategi baru yang hendak dicadangkan ataupun apa-apa dasar dan strategi yang sedia ada yang hendak dibuat penambahbaikan yang berhubung dengan sesuatu inisiatif ICT sama ada untuk P&P atau P&T hendaklah terlebih dahulu di bincang, di rumus dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Penyelarasan Inisiatif ICT yang berkenaan sama ada Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran atau Jawatankuasa Pengajaran dan Pembelajaran, sebelum perkara tersebut dibawa kepada Mesyuarat JPICT untuk mendapat keputusan muktamad.

5.1.4     Penyelarasan dan Pemantauan Kemajuan Pelaksanaan Inisiatif ICT - Kedua-dua Jawatankuasa Penyelarasan Inisiatif ICT yang ditubuhkan itu perlu menyelaras dan menentukan pemilik projek bagi setiap inisiatif ICT masing-masing. Pemilik projek adalah bertanggungjawab bagi setiap peringkat pelaksanaan sesuatu inisiatif iaitu pra pelaksanaan, pelaksanaan dan pasca pelaksanaan.

5.1.5     Mana-mana isu pelaksanaan yang tidak boleh diselesaikan di peringkat Jawatankuasa Penyelarasan Inisiatif ICT masing-masing hendaklah dibawa ke Mesyuarat JPICT untuk mendapatkan keputusan.
              5.2     Makmal Komputer di bawah projek Pengkomputeran Makmal Komputer Sekolah

5.2.1    Sekolah Rendah, Sekolah Harian Biasa, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Berasrama Penuh:

5.2.1.1   Model 1 - Model I  : 10 komputer, 1 pencetak, 1 lcd projektor  bagi bilangan sekolah yang mempunyai pelajar dalam lingkungan 399 atau kurang dari 399. (<399)

5.2.1.2  Model II  : 22 komputer, 1 pencetak, 1 lcd projektor bagi sekolah yang mempunyai bilangan 400 - 799 pelajar.

5.2.1.3  Model III  : 42 komputer, 2 pencetak, 2 lcd projektor bagi sekolah yang mempunyai bilangan melebihi 800 pelajar. (> 800)

* Dasar sedia ada adalah bermula projek RMK9 tiada lagi sekolah menerima bekalan untuk model 1.
* sehingga Januari 2009 jumlah sekolah yang mempunyai makmal komputer adalah sebanyak 6987 sekolah

5.2.2    Sekolah Kurang Murid

5.2.2.1   Kurang dari 30 pelajar dibekalkan 3 unit komputer.

5.2.2.2   Antara 31- 60 pelajar dibekalkan 5  unit komputer.

5.2.2.3   Bilangan pelajar antara 61 hingga 99 dibekalkan 8 unit komputer.

5.2.3    Prasekolah

5.2.3.1     Berdasarkan kepada bilangan sekolah yang mempunyai kelas prasekolah.

5.2.3.2     Semua sekolah yang mempunyai prasekolah dibekalkan dengan 5 unit komputer setiap kelas. Ia tidak bergantung kepada bilangan pelajar. Peralatan hanya meliputi komputer peribadi, pencetak dan tiada sistem rangkaian.


5.3  Projek Pusat Akses Sekolah

5.3.1    Bilangan peralatan yang dibekalkan adalah 10 unit komputer dan 1 unit pencetak bersama sistem rangkaian dalaman dan meluas.

5.3.2    Sambungan ke internet adalah melalui rangkaian schoolnet. Bagaimanapun terdapat sekolah yang menggunakan kemudahan streamyx bagi tujuan sambungan ke internet.

5.3.3    Kriteria pemilihan sekolah adalah :

5.3.3.1  Sekolah-sekolah luar bandar yang mempunyai kemudahan makmal, bagaimanapun atas dasar kepentingan dalam pendidikan terdapat juga sekolah-sekolah bandar yang menerima kemudahan ini.
5.3.3.2  Sekolah mempunyai kemudahan talian schoolnet.
5.3.3.3  Sekolah mempunyai bilik khas yang boleh menempatkan 10 unit komputer

5.4         Schoolnet

5.4.1    Dasar sedia ada adalah membekalkan jalur lebar ke semua sekolah. Oleh itu tidak ada kriteria pemilihan sekolah.

5.4.2    Teknologi schoolnet yang diguna pakai  - terdapat 3 bentuk teknologi iaitu Asymmetrical Digital Subscriber Line (ADSL) 1 Mbps - 5465 sekolah Wireless Technology 1 Mbps - 635 sekolah dan  Very Small Aperture Terminal (VSAT) 1 Mbps  - 2973 sekolah. (VPN Bonding 4 Mbps 591 buah sekolah)

5.4.3    Jumlah sekolah yang mempunyai kemudahan SchoolNet sehingga Mac 2009 adalah sebanyak 9664  buah sekolah.

5.4.4    Sekolah boleh memasang talian streamyx dengan syarat semua kos adalah ditanggung oleh pihak sekolah.

5.5        Pembekalan Peralatan ICT untuk PPSMI

5.5.1  Projek ini bermula pada tahun 2002 dengan guru-guru Tahun 1 dan Tingkatan 1, yang mengajar subjek PPSMI menerima pembekalan.

5.5.2    Tahun pembekalan :
(a) Fasa 1 - pada tahun 2002
(b) Fasa 2 - pada tahun 2003
(c) Fasa 3 - pada tahun 2004
(d) Fasa 4 - pada tahun 2005
(e) Fasa 5 - pada tahun 2006
(f) Fasa 6 - pada tahun 2007

Bagi fasa 2 hingga fasa 5 semua pembekalan diuruskan oleh pihak Time System Intergration manakala bagi Fasa 6 oleh Syarikat MIMOS Berhad dan KUB Berhad.

5.5.3    Dasar pembekalan peralatan ICT PPSMI adalah : memberikan notebook setiap seorang guru yang mengajar subjek PPSMI setelah memenuhi kriteria iaitu mengajar subjek PPSMI sekurang-kurang 3 waktu dalam tempoh 3 tahun berturut-turut.

5.5.4    Semua sekolah layak menerima pembekalan berdasarkan jumlah kelas dan subjek PPSMI.

6.0    NORMA AGIHAN PERALATAN KOMPUTER BAGI TUJUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DI KPM

6.1         Gred 41 dan ke atas
        1 PC : 1 Pegawai

6.2          Gred 38
1 PC : 1 Pegawai


7.0    NORMA AGIHAN PERALATAN KOMPUTER BAGI TUJUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DI SEKOLAH

7.1      Semua Sekolah Menengah

7.1.1      Semua guru berjawatan atau di luar norma kadar adalah 1PC:1 pegawai
7.1.2      Semua Bidang yang ada adalah 1PC:5 pegawai
7.1.3      Kecuali SMT 1PC:3 pegawai
7.1.4      Gred 22 hingga 26  adalah 1PC: 1 pegawai
7.1.5      Gred 17 adalah 1 PC:3 kakitangan bergantung kepada fungsi dan tugas; jika mengurus dan mentadbir sistem aplikasi layak untuk 1PC:1Kakitangan          
                
7.2    Semua Sekolah Rendah kecuali sekolah kurang murid
7.2.2     Semua guru berjawatan atau di luar norma kadar adalah 1PC:1 pegawai
7.2.3     Pengguna aplikasi atau sistem adalah 1PC:1 pegawai
                     7.2.4     Lain-lain gred sama seperi sekolah menengah.

8.0       PENYATAAN KEMUDAHAN ICT DI DALAM PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010 (PIPP)
           
8.1    Usaha KPM untuk melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT dan menghadapi cabaran baru kesan globalisasi dan perkembangan Teknologi Maklumat melalui projek dan aktiviti-aktiviti ICT:

8.1.1      Dinyatakan di dalam Teras kedua : Membangunkan Modal Insan ,    perkara 2.16, PIPP.
8.1.2      Bentuk projek & aktiviti telah dinyatakan di dalam perkara 2.26, PIPP.
8.1.3      Dinyatakan di dalam Teras ketiga : Memperkasakan sekolah kebangsaan, perkara 3.10, PIPP.
8.1.4      Dinyatakan di dalam Teras ketiga , perkara 3.24, PIPP.
8.1.5      Peruntukan kewangan projek berkaitan ICT :
Rujuk jadual 3.2 (Agihan Peruntukan Pembangunan RMKe-9 , PIPP)

9.0       TARIKH KUATKUASA DASAR

9.1   Mengikut Surat Pekeliling dan Surat Siaran yang telah dikeluarkan oleh KPM.            
            9.2  Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP).

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara