Social Icons

-

Saturday, September 15, 2012

SURAT PEKELILING IKHTISAS

DASAR DAN GARIS PANDUAN SURAT PEKELILING IKHTISAS 
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.         PENYATAAN DASAR

1.1       Bahagian Sekolah-Sekolah telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas seawal tahun 1968.

1.2        Telah menjadi amalan Surat Pekeliling Ikhtisas untuk makluman semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dikeluarkan oleh Bahagian Sekolah-Sekolah.

1.3       Di bawah penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2008, telah ditetapkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian selaku bahagian yang menjadi agensi penyelaras bagi semua Surat Pekeliling Ikhtisas yang hendak dimaklumkan kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan serta semua Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
  
2.         TUJUAN

2.1       Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan satu bentuk dokumen rasmi yang memperincikan perkara-perkara yang diwartakan di dalam Akta Pendidikan dan dikeluarkan oleh mana-mana Bahagian di bawah Kementerian Pelajaran untuk edaran kepada Bahagaian-Bahagian dan Jabatan-Jabatan Pelajaran Negeri di Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan adalah dalam bentuk arahan pentadbiran yang mengandungi peraturan, garis panduan, tatacara dan kaedah bagi melaksanakan sesuatu program, aktiviti sama ada dalam bentuk kurikulum atau bukan kurikulum mengikut seksyen yang termaktub di dalam Akta Pendidikan dan Peraturan-Peraturan  Pendidikan.

2.2         Surat Pekeliling Ikhtisas merupakan punca kuasa dan sumber rujukan yang harus digunapakai dalam menentukan kewajaran dan kesesuaian pelaksanaan setiap program atau aktiviti yang hendak dilaksanakan khususnya yang melibatkan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran.

2.3       Status  atau taraf Surat Pekeliling Ikhtisas ini adalah sama  seperti  Surat Pekeliling Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan pelanggaran atau ketidakakuran kepada Surat Pekeliling Ikhtisas boleh dikenakan tindakan tatatertib.


3.         PENYEDIAAN SURAT PEKELILING IKHTISAS

3.1        Sebelum sesuatu Surat Pekeliling Ikhtisas diedarkan untuk digunapakai oleh semua institusi pendidikan, Bahagian-Bahagian yang berkenaan hendaklah mengemukakan draf awal Surat Pekeliling Ikhtisas tersebut ke Sektor Pengoperasian Dasar dan Keurusetiaan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian yang bertindak sebagai penyelaras kepada semua Surat Pekeliling Ikhtisas. Sektor ini akan membuat semakan secara terperinci berdasarkan kepada faktor kewajaran dan kesesuaian dalam pelbagai aspek bersama-sama dengan Jawatankuasa Teknikal Surat Pekeliling Ikhtisas.

3.2         Setelah dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasa Teknikal Surat Pekeliling ini, draf tersebut akan diajukan kepada Penasihat Undang-Undang Kementerian Pelajaran Malaysia bagi tujuan menyelaraskan aspek-aspek perundangan jika berkaitan, seterusnya dibentangkan di dalam Mesyuarat Profesional, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapat kelulusan. Setelah diluluskan, Sektor Pengoperasian Dasar dan Keurusetiaan, Bahagian Pengurusan sekolah Harian akan menyediakan Surat Pekeliling Ikhtisas tersebut untuk ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan diedarkan kepada Bahagian-Bahagian dan Jabatan-Jabatan Pelajaran negeri untuk diimplementasikan dan seterusnya didokumenkan.


4.         PENGOPERASIAN DAN PELAKSANAAN DI PERINGKAT JABATAN PELAJARAN NEGERI, PEJABAT PELAJARAN DAERAH DAN SEKOLAH

4.1       Bagi tujuan pengoperasian dan pelaksanaan di peringkat negeri, Sektor Pengoperasian Dasar dan Keurusetiaan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian merupakan sektor yang bertanggungjawab sepenuhnya memastikan semua Jabatan Pelajaran Negeri mematuhi dan akur kepada Surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan dalam menangani apa juga perkara yang berkaitan peraturan dan penguatkuasaan. Jabatan Pelajaran Negeri pula akan bertindak memastikan semua Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah yang berada di bawah kawalan pentadbiran negeri berkenaan sentiasa merujuk, melaksana dan akur kepada Surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan dalam mengambil sebarang tindakan.


5.         DASAR TERKINI PENGEMASKINIAN SURAT PEKELILING IKHTISAS

5.1        Dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar-dasar pendidikan oleh semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, Sektor Pengoperasian Dasar dan Keurusetiaan bertanggungjawab sepenuhnya memastikan semua Surat Pekeliling Ikhtisas sentiasa dikemaskinikan. Sektor ini bertanggungjawab untuk mengenalpasti, menyemak, menyelaras dan mengemaskini Surat Pekeliling Ikhtisas bersama wakil-wakil daripada semua Jabatan Pelajaran Negeri di dalam beberapa siri Mesyuarat Penyelarasan Surat Pekeliling Ikhtisas agar dapat digunapakai mengikut perubahan, kehendak  semasa dan tidak terpesong daripada apa yang termaktub di dalam Akta Pendidikan.

5.2          Pembatalan dan pemansuhan Surat Pekeliling Ikhtisas adalah berasaskan kepada kehendak semasa atau sekiranya surat Pekeliling Ikhtisas itu tidak lagi relevan atau berlaku pertindihan mengenai sesesuatu perkara yang sama, ia dilakukan dengan kelulusan daripada pejabat KPPM.


No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara