Social Icons

-

Saturday, September 15, 2012

PENGURUSAN ADUAN


1.        PENGENALAN DASAR
1.1 Setiap aduan yang diterima perlu diberi layanan dan maklum balas kepada semua pihak yang berkepentingan bagi memastikan integriti Kementerian Pelajaran dipertingkatkan dan diperkukuhkan.

1.2   Dasar pengurusan aduan  adalah berpandukan kepada arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa seperti berikut :

a.         Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam 
i.  Pekeliling Kemajuan Pentadbiran 1/2009 : PenambahbaikanProses  Pengaduan Awam
ii.     Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 2002 : Meningkatkan Keberkesanan Pengurusan Pengaduan Awam.
 iii.   Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 20/1998 Tindakan Segera Terhadap Aduan Awam

b.         Arahan Menteri Pelajaran Malaysia

i.        Penubuhan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin
ii.       Pewujudan saluran melalui  talian bebas tol : 1 800 88 4774,
e-mail (  adudisiplin@moe.gov.my), faksimili dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS @ 33238 atau 33ADU)
iii.        Penubuhan Urus Setia Adu disiplin, 2 orang pegawai, seorang Pembantu Tadbir (N17) dan Pembantu Tadbir Rendah (N11).
iv.        Pewujudan  talian Khidmat Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia (03-77237070) dan talian

c.         Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) 
        1.  Pemeriksaan institusi pendidikan oleh Ketua Pendaftar (Seksyen 99 dan 100)
        2.  Kesalahan dan Penalti (Seksyen 136)

 2.        TUJUAN
     
Mewujudkan pengurusan aduan dan pengendalian siasatan  yang lebih efisien dan efektif bagi menjamin semua pihak yang terlibat mendapat pembelaan yang sewajarnya supaya :

    1. dapat mengurangkan aduan yang berulang-ulang terhadap perkhidmatan awam. 
    1. dapat meningkatkan mutu perkhidmatan melalui tindakan pembetulan dan penambahbaikan terhadap sistem pengurusan kualiti.
    2. kadar penyelesaian aduan yang diterima daripada orang awam dapat dikurangkan.

 3.         PELAKSANAAN DASAR

3.1    Penetapan Petunjuk Prestasi Ketua Pengarah Pelajaran  Malaysia 2009 
Piagam Pelanggan
Memastikan maklum balas pertanyaan atau aduan pengurusan sekolah dan disiplin murid menepati tempoh-tempoh berikut :
    1. Akuan penerimaan dalam tempoh 1 hari bekerja
    2. Maklum balas awal dalam tempoh 10 hari bekerja
    3. Laporan status aduan dalam tempoh 14 hari bekerja

3.2.      Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 dan PK 04   Pengurusan Aduan
 i.     Prosedur ini bertujuan untuk memastikan proses pengurusan aduan dilaksanakan dengan cekap dan teratur supaya tindakan penambahbaikan terhadap sistem pengurusan kualiti dapat dilaksanakan secara berkesan dan berterusan. Setiap aduan diurus dalam tempoh 14 hari bekerja.
 ii.    Prosedur ini diguna pakai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat    Pelajaran Daerah.

3.3      Kategori aduan yang disediakan berdasarkan kepada kategori yang digunakan untuk tujuan pelaporan aduan  mengikut Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (SPKPA) Bil. 1 Tahun 2002 telah disemak semula dan dipinda. Kategori aduan adalah seperti berikut :

  • Kelewatan Atau Tiada Tindakan 
  • Tindakan Tidak Adil  
  • Kekurangan Kemudahan Awam  Kepincangan Perlaksanaan Dasar Dan Kelemahan Undang- undang 
  • Salah guna Kuasa/Penyelewengan 
  • Salah laku Anggota Awam 
  • Kegagalan Mengikut Prosedur Yang Ditetapkan 
  • Kegagalan Penguatkuasaan 
  • Kualiti Perkhidmatan Yang Tidak Memuaskan Termasuk Kaunter dan Telefon 
  • Pelbagai Aduan

3.4     Terhad dalam Bidang Kuasa dan Kawalan  Kementerian Pelajaran Malaysia tidak termasuk perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar Kerajaan yang telah ditetapkan dan perkara-perkara yang berada di bawah bidang kuasa Badan Pencegah Rasuah, Biro Bantuan Guaman, Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Pengurusan Kerajaan dan Jawatankuasa Kira-Kira Awam . Perkara tersebut adalah seperti berikut:

i.     Salah laku Pengurusan dan Pentadbiran/ Penjawat Awam/Murid 
ii.    Berlaku dalam institusi pendidikan, pegawai perlu menjalankan siasatan dan tindakan.  
iii.   Kes dalam siasatan polis, pegawai perlu mendapatkan maklumat status kes berkaitan dan tindakan pihak institusi pendidikan berkenaan. 
iv.   Kes bukan dalam siasatan polis di luar institusi pendidikan, pegawai perlu mendapatkan kerjasama pihak-pihak yang berkaitan.

4.       KAEDAH PELAKSANAAN
·          
    • Aduan diterima melalui saluran telefon, e-mel, datang sendiri, laman web, surat rasmi, surat layang dan faksimili.
    • Mengeluarkan Surat Akuan Terima kepada pengadu yang memberi butiran lengkap  dalam tempoh 1 hari dari tarikh surat diterima.
    • Menjalankan siasatan dalam  tempoh 14 hari bekerja dari tarikh surat aduan  diterima.
    • Menyediakan laporan hasil siasatan  dan mendapatkan ulasan dan pengesahan ketua  jabatan untuk tindakan lanjut
    • Memberi maklum balas kepada pengadu dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan  diterima
    • Menyediakan analisis aduan setiap bulan dan dilaporkan dalam  Mesyuarat Pengurusan untuk tindakan penambahbaikan
    • Mengambil tindakan pembetulan untuk menyelesaikan aduan dan mengemukakan   laporan kemajuan mengenai tindakan-tindakan pembetulan yang diambil dari  semasa ke semasa
    • Menyimpan rekod mengenai semua aduan yang mengandungi maklumat asas seperti tarikh aduan diterima, tarikh surat akuan dikeluarkan, status  aduan,  keputusan Jawatankuasa dan tindakan pembetulan yang telah atau sedang diambil.

5.     Tarikh Kuatkuasa 
·          
    • Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 4 1992 
    • Akta Pendidikan berkuatkuasa pada Tahun 1996 
    • April 2004 ( Urus Setia Adu Disiplin)

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara