Social Icons

-

Saturday, September 15, 2012

Permohonan Agensi Luar

DASAR DAN GARIS PANDUAN PENGLIBATAN PIHAK LUAR DENGAN INSTITUSI PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.         PENYATAAN DASAR
Institusi pendidikan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah
dipertanggungjawabkan secara langsung kepada Kerajaan Persekutuan. Maka segala program / aktiviti yang dilaksanakan di institusi pendidikan adalah mengikut   perancanga Kementerian Pelajaran Malaysia.  Sebagai agensi pelaksana, semua kakitangan kerajaan di institusi pendidikan perlu melaksanakan tanggungjawab dan mematuhi dasar dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.         TUJUAN

Institusi pendidikan sebagai sebuah institusi masyarakat perlu memberi pertimbangan yang sewajarnya dalam penglibatan dengan pelbagai pihak / agensi. Bagi memastikan kesemuanya itu dapat berjalan dengan baik serta mengelakkan kesan yang tidak diingini, maka garis panduan yang dinyatakan di bawah ini hendaklah dijadikan asas pertimbangan dan tindakan anggota sesebuah institusi pendidikan.

3.         PELAKSANAAN DASAR 
3.1  Kemasukan/Kehadiran Pihak Luar Ke Institusi Pendidikan

Mereka yang bertanggungjawab untuk mengawal selia institusi pendidikan adalah pegawai yang diperturunkan kuasa oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Hanya mereka yang mempunyai kuasa atau yang diberi kuasa mengikut mana-mana undang-undang bertulis negara dibolehkan untuk memasuki kawasan tersebut. Oleh itu, pihak awam hanya dibolehkan  memasuki kawasan institusi pendidikan dengan kebenaran.
Bagi tujuan ini Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1984 - Ruj. KP (BS) 8591 / Jld. II/(21) bertarikh. 6 April 1984  - Peraturan  Mengenai Masuk Ke Kawasan Sekolah Untuk Membuat Tinjauan / Pemerhatian / Siasatan / Temuduga Dengan Guru -guru Dan Murid-murid Di Sekolah Serta Mendapat Maklumat-Maklumat Sekolah Oleh Organisasi / Individu Luar hendaklah dirujuk.
       Tarikh Berkuatkuasa           :           Tahun 1984

             3.2       Mengundang Pihak Luar Untuk Hadir Ke Majlis Rasmi Sekolah

Bagi memastikan semua undangan yang melibatkan pihak luar dibuat mengikut  peraturan, maka semua pekeliling yang dinyatakan di bawah ini hendaklah dipatuhi:

3.2.1   Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/1988 - Ruj. KP(BS)8591/Jld.III/(34) bertarikh 18 Julai 1988 - Keberangkatan DYMM Sultan/Raja Atau TYT Yang Di Pertua Negeri Menghadiri Majlis-Majlis Rasmi Sekolah.

3.2.2    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1989 - Ruj. KP(BS)8591 /Jld.IV/ (25) bertarikh 5 Oktober 1989 - Aturcara Majlis Rasmi Sekolah.

3.2.3    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1991 - Ruj. KP(BS)8591/Jld.V/(95) bertarikh 16 Mei 1991 - Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah / Institusi Pendidikan

3.2.4    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1991 - Ruj. KP(BS)8591/Jld.VI/(3) bertarikh 12 September 1991 - Permohonan Mengundang Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah / Institusi Pendidikan.

3.2.5    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil: 3/2008 - Ruj. KP(BS-Dsr)201/002/1(1) bertarikh 31 Mac 2008 - Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah Dan Penggunaan Premis Sekolah Oleh Pihak Luar.

            Tarikh Berkuatkuasa           :           Tahun 1988 dengan pindaan 2008


3.3       Hadir Ke Mesyuarat / Program / Majlis Anjuran Kerajaan Negeri Atau Pejabat Daerah

Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah adalah merupakan         
agensi kerajaan pusat yang berada di peringkat negeri yang  bertanggungjawab      
bagi merealisasikan dasar -dasar pendidikan negara.
Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan di peringkat Negeri dan      Daerah untuk memastikan setiap mesyuarat, program atau majlis rasmi anjuran
Kerajaan Negeri atau Pejabat-Pejabat Daerah dihadiri oleh ketua jabatan  atau
wakil-wakil yang terdiri daripada pegawai kanan dari Jabatan Pelajaran Negeri
atau Pejabat Pelajaran Daerah.
Namun begitu, dalam merealisasikan segala dasar-dasar dan perancangan   negara, ketua jabatan  institusi pendidikan, perlu membuat pertimbangan atas  kemunasabahan dan  kewajaran untuk memberi komitmen dalam  mesyuarat,    program atau majlis rasmi yang dianjurkan oleh kerajaan negeri atau pejabat daerah. Untuk itu Surat Pekeliling di bawah ini perlu dipatuhi:

3.3.1    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2005 - Ruj. KP(BS-Dsr)8787/008/2/(11) bertarikh 20 Julai 2005 -Tanggungjawab Pengarah Negeri Untuk Menghadiri Mesyuarat / Program Majlis Anjuran Kerajaan Negeri Atau Pejabat Daerah.

Tarikh Berkuatkuasa           :           Tahun 2005

3.4       Penglibatan Guru Dan / Atau Murid Dalam Program Anjuran Agensi Luar

Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil maklum bahawa terdapat agensi-agensi kerajaan di bawah kementerian lain yang menganjurkan program atau aktiviti yang melibatkan guru dan murid-murid sekolah di bawah Kementerian Pelajaran. Sebagai kementerian yang diamanahkan terhadap kebajikan dan keselamatan guru dan murid-murid sekolah seluruh negara, semua penyertaan guru dan murid-murid sekolah dalam program serta aktiviti anjuran pihak luar hendaklah mematuhi peraturan-peraturan dan arahan-arahan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas sedia ada.

3.4.1    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2004 - Ruj. KP(BS)8691/Jld.XVIII/ (9) bertarikh 16 Sept.2004 : Panduan Penglibatan Murid-Murid Sekolah Dalam Program Atau Aktiviti Anjuran Agensi-Agensi Selain Daripada Agensi Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.4.2    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1988 - Ruj. KP(BS)8591/Jld.III(9) bertarikh 10 Mac 1988 - Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Atau Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Atau Badan Induk Sukan.

3.4.3    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998 - Ruj. KP(BS) 8591  / Jld.XIV/(24) bertarikh10 Okt.1998 - Penglibatan Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran Agensi Kerajaan Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

3.4.4    Arahan Ketua Setiausaha Negara bertarikh 5 Ogos 1999 (PM(s)11287 Jld. 3) yang bertajuk: Penglibatan Pegawai-Pegawai Kerajaan Dalam Politik.

3.4.5    Perintah Am Bab D - Peraturan 4(1) dan Peraturan 21, 
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

3.4.6    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/1999 - Ruj.KP(BS)8591/Jilid XV/(5) bertarikh 11 Mei 1999 - Larangan Terhadap Penglibatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Staf Sokongan Dan Murid Sekolah Dalam Kegiatan Politik Anti-Kerajaan.

3.4.7    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2000 - Ruj. KP(BS)8591/Jld.XV1(16) bertarikh13 November 2000 - Salah Laku Memasukkan Unsur Politik Dalam Soalan Peperiksaan / Ujian Di Sekolah Dan Perbuatan Menghasut / Meracuni Fikiran Pelajar Membenci Kerajaan.

Tarikh Berkuatkuasa           :           Tahun 1988 dengan pindaan 2004

 3.5       Kerjasama Pihak Luar Dengan Institusi Pendidikan
                    
Kementerian Pelajaran Malaysia sememangnya menggalakkan agensi-agensi di  bawahnya memupuk jalinan kerjasama dengan badan korporat, badan berkanun,
badan bukan kerajaan, agensi kerajaan yang lain, dan individuperseorangan
dalam  mempertingkatkan lagi usaha pembangunan modal insan negara.
Sungguhpun begitu jalinan kerjasama itu adalah tertakluk kepada Surat Pekeliling  Ikhtisas berikut:

3.5.1    Surat Pekeliling Ikhtisas  Bil. 3/1972 - Ruj. K.P.8591-6/(2) bertarikh  17hb.Mac. 1972 - Mengatasi Masalah Keciciran

3.5.2    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1979 -Ruj.KP(BS)8548/1/A/Jld.V/(49) bertarikh 1hb.Ogos.1979 dan Ruj.KP.8591/(95) bertarikh 21hb. Ogos 1982.

3.5.3     Surat Pekeliling Ikhtisas Bi. 2/1982 : Ruj. Fail:KP.8591/(95) bertarikh 21 Ogos 1982 : Kempen Anti Denggi Di Sekolah-Sekolah.

3.5.4     Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1983 : Ruj. KP(BS)8591/Jld.11/(6) bertarikh 23 April 1983 : Larangan Bermain Bahan-Bahan Letupan.

3.5.5    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 - Ruj. KP(BS) 8591/Jld.II(29) bertarikh 2hb. Januari 1985 : Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar  Sekolah.

3.5.6    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 : Ruj. KP.8591-11(32) bertarikh  2hb. Februari 1985 : Penubuhan Jawatankuasa SEKOLAH SEBAGAI  INSTITUSI MASYARAKAT.

3.5.7    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1986 : Ruj.KP(BS)8548/8/1/(29) bertarikh 29 Disember 1986 : Penyalahgunaan Inhalan.
           
3.5.8    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1988 : Ruj. KP(BS)8591/Jld.III/(2)
bertarikh 21 Januari 1988 : Penyakit-Penyakit Demam Kepialu (Tifoid), Taun (Kolera), Penyakit Kuning (Hepatitis A) dan Keracunan Makanan.

3.5.9    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1998 : Ruj.KP (BS)8591/Jld.XIV(6) bertarikh 31 Mac 1998 : Menjaga Kesihatan Pelajar Di Sekolah.

3.5.10  Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1999 - Ruj. KP(BS)8591/Jilid   
XV/(8) bertarikh 10 Jun 1999 - Keselamatan Diri Murid Dalam    Perjalanan Pergi Dan Balik Sekolah

3.5.11  Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 19/2000 : Ruj. KP(BS) 8591/Jld.XVI(19) bertarikh. 9 Disember 2000 : Panduan Menggalakkan Kerjasama dan Sumbangan Pihak Luar Dalam Program Teknologi Maklumat dan Komunikasi Di Sekolah.

3.5.12  Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2001 : Ruj. KP(BS)8591/Jld.XVII(8) bertarikh 19 Julai 2001 : Pemantapan Pengurusan Disiplin Di Sekolah.

3.5.13 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2002 : Ruj. KP(BS)8591/Jld.XVII (4) bertarikh 14 Jun 2002 - Pelaksanaan Program Sekolah Selamat.

                        Tarikh Berkuatkuasa           :           Tahun 1972 dengan pindaan 2002

3.6       Penggunaan Kemudahan Sekolah Oleh Pihak Luar

Bagi tujuan penggunaan kemudahan-kemudahan  yang ada di sekolah, Surat-     

Surat Pekeliling Ikhtisas yang dinyatakan di bawah ini perlu dipatuhi sebelum          

sesuatu premis institusi itu boleh dibenarkan untuk kegunaan pihak awam.
   
3.6.1    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1991 - Ruj. KP(BS)8591/Jld.VI/(29) bertarikh 12 Sept.1991 - Penggunaan Kemudahan Sekolah Oleh Pertubuhan dan Persatuan Belia.

3.6.2    Surat Pekeliling Bahagian Kewangan Bil. 5/2005 - Ruj. KP 1574/1/R/B/B-1( 62) bertarikh 2 September 2005 - Kadar Caj Atau Sewaan Dan Peraturan Bagi Penggunaan Kemudahan-Kemudahan Di Sekolah, Maktab Perguruan, Institut Aminuddin Baki, Kolej Matrikulasi Dan Pusat Sumber Pelajaran Negeri(PSPN).

3.6.3    Cabutan  Minit Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Bagi Mengurangkan Kerenah Birokrasi Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 1 Tahun 2008 bertarikh 24 Mac 2008 - Perutusan Pengerusi Perkara 1.3.

 “Sebarang parti politik tidak boleh menggunakan premis sekolah sebagai tempat menyampaikan agenda politik parti-parti tertentu. Logo dan bendera parti politik tidak boleh diletakkan di dalam premis sekolah”.


                  Tarikh Berkuatkuasa           :           Tahun 1991 dengan pindaan 2008

3.7       Protokol Di Premis Institusi Pendidikan

Semua  institusi pendidikan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah merupakan premis yang ditadbir urus mengikut tatacara yang telah ditetapkan. Oleh itu semua kegiatan yang melibatkan penyusunan kelengkapan premis tersebut perlu mematuhi segala arahan yang telah ditentukan seperti yang dinyatakan di bawah ini:

3.7.1    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1975 - Ruj.K.P.8609/1(79) bertarikh 8 September 1975 :  1.   Menyanyi Lagu Kebangsaan / Lagu Negeri / Mengibar Bendera Persekutuan / Bendera Negeri di Sekolah-sekolah / Maktab-Maktab Perguruan.
           
3.7.2    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1984 - Ruj.KP(BS)8591/Jld.11/(24) bertarikh 14hb.Jun,1984 : Perhimpunan Sekolah.


No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara