Pertandingan Kandungan Multimedia Kreatif
Sempena
MyGOSSCON 2012
Sempena
MyGOSSCON 2012
PENGENALAN
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Malaysia (MAMPU) akan menganjurkan satu Pertandingan Kandungan Multimedia Kreatif dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pertandingan ini dianjurkan bagi mempergiatkan perisian sumber terbuka (OSS) dan sekaligus dapat memperluaskan penggunaannya di kalangan murid-murid sekolah menengah, guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan pelajar-pelajar di Kolej Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Pertandingan ini dijalankan bersempena persidangan Malaysian Government Open Source Software Conference (MyGOSSCON) 2012 yang akan diadakan pada 30 – 31 Oktober 2012 di Putrajaya Marriott Hotel.
TEMA
Tema untuk pertandingan ini adalah TERBUKA.
OBJEKTIFObjektif pertandingan ini adalah seperti berikut:
- Menggalakkan penghasilan isi kandungan multimedia yang berasaskan pendidikan dan yang boleh digunapakai di sekolah dan IPG.
- Meningkatkan tahap kesedaran mengenai Perisian Sumber Terbuka (OSS)
- Menggalakkan dan memberi insentif di atas bakat dan kreativiti murid dan guru pelatih dalam penggunaan Perisian Sumber Terbuka berasaskan multimedia.
- Memperkembangkan bakat dan kreativiti modal insan Sektor Awam khasnya di sekolah dan IPG.
KATEGORI
Pertandingan ini terbuka kepada dua (2) kategori iaitu:
a) Kategori Sekolah - Semua Sekolah Menengah
b) Kategori Institusi - Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi di Malaysia.
KONSEP PERTANDINGAN
Pertandingan ini terbuka kepada dua (2) kategori iaitu:
a) Kategori Sekolah - Semua Sekolah Menengah
b) Kategori Institusi - Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi di Malaysia.
KONSEP PERTANDINGAN
- Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah menengah dan Institut Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi
di seluruh Malaysia. - Setiap kumpulan bagi kategori Sekolah Menengah boleh terdiri dengan maksimum dua (2) orang murid dan dua orang (2) guru. Setiap kumpulan bagi kategori IPG dan Kolej Matrikulasi terdiri daripada dua (2) orang hingga empat (4) orang.
- Tajuk projek atau tugasan multimedia adalah terbuka mengikut kreativiti dan isi kandungan yang berasaskan pendidikan.
- Pembangunan projek haruslah menggunakan aplikasi berasaskan perisian Sumber Terbuka contohnya gimp, inkscape, kino, LMMS (Linux Multimedia Studio), dan lain-lain.
- Setiap penyertaan projek perlu menyatakan senarai perisian yang digunakan secara terperinci
- Peserta perlu membuat slaid pembentangan (10 – 15 ) menggunakan perisian OpenOffice.org versi 3.2.
- Pembentangan perlu merangkumi elemen-elemen kreatif dengan menggunakan teks, audio, animasi, grafik dan lain-lain.
- Mesti menggunakan sekurang-kurangan satu platform Perisian Sumber Terbuka.
PENILAIAN
Penilaian pertandingan terbahagi kepada dua peringkat:
1. Penilaian Peringkat Pertama
Penilaian pertandingan terbahagi kepada dua peringkat:
1. Penilaian Peringkat Pertama
- 10 kumpulan dari kategori Sekolah Menengah dan kategori institusi (IPG dan Kolej Matrikulasi) telah disenaraipendekkan (5 kumpulan dari setiap kategori)
- Akan dijalankan pada 7 – 22 Oktober 2012 oleh KPM
2. Penilaian Peringkat Kedua
- Pemilihan pemenang dari setiap kategori
- Akan dianjurkan pada 29 Oktober 2012 oleh MAMPU
PENGADILAN
- Panel pengadil dilantik daripada MAMPU, KPM, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan komuniti OSS.
- Masa yang diberikan kepada setiap kumpulan ialah 20 minit untuk membentangkan konsep dan idea serta diikuti dengan sesi soal jawab.
- Kriteria yang akan diambil kira untuk mengadili pertandingan adalah seperti berikut:
- Inovasi
- Isi kandungan projek
- Kreativiti dalam menghasilkan projek
- Cara pembentangan
- Markah Bonus akan diberikan sekiranya terdapat kriteria seperti berikut:
- Kualiti dari segi teknikal, rekabentuk dan struktur.
- Teknik persembahan
- Keberkesanan isi kandungan
- Pemahaman Mengenai Topik
PENGHANTARAN PROJEK
Sekolah dan IPG yang terlibat hendaklah menghantar Kertas Laporan dan Hasil Projek melalui email kecmcc2012@oscc.org.my atau CD dan dihantar ke alamat:
Sekolah dan IPG yang terlibat hendaklah menghantar Kertas Laporan dan Hasil Projek melalui email kecmcc2012@oscc.org.my atau CD dan dihantar ke alamat:
Bahagian Pengurusan Maklumat
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3 & 4, Blok E11, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya.
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3 & 4, Blok E11, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya.
Setiap penyertaan projek/tugasan juga perlu dilengkapi dengan penghantaran Borang Penyertaan danAkujanji Karya Asli yang lengkap.
- Tempat PertamaRM3,000 + Trofi + Sijil PenghargaanTempat KeduaRM2,000 + Sijil PenghargaanTempat KetigaRM1,000 + Sijil PenghargaanTempat KeempatRM800 + Sijil PenghargaanTempat KelimaRM600 + Sijil Penghargaan
Kategori Institut Pendidikan Guru (IPG) & Kolej Matrikulasi
- Tempat PertamaRM3,500 + Trofi +Sijil PenghargaanTempat KeduaRM2,500 + Sijil PenghargaanTempat KetigaRM1,500 + Sijil PenghargaanTempat KeempatRM1,000 + Sijil PenghargaanTempat KelimaRM800 + Sijil Penghargaan
Tarikh-tarikh penting
- 10 Ogos 2012Penyertaan dibuka1 September – 7 Oktober 2012Tempoh Penghantaran Projek/Tugasan oleh Sekolah/IPG yang mengambil bahagian7 Oktober 2012Tarikh Tutup Penyertaan7 Oktober – 22 Oktober 2012Penilaian Peringkat pertama- Pemilihan peserta separuh akhir (5 kumpulan dari setiap kategori)29 Oktober 2012Penilaian Peringkat Kedua - Pembentangan dan pengumuman 3 kumpulan terbaik dari setiap kategori30 – 31 Oktober 2012Penyampaian hadiah pemenang semasa MyGOSSCON 2012
Maklumat lanjut, sila rujuk Garis Panduan Penyertaan
SKEMA MARKAH
KRITERIA | GARIS PANDUAN | MARKAH |
Kreativiti dan kegunaan untuk pendidikan | Kreativiti dalam persembahan dan isi kandungan. Penggunaan teknologi atau metodologi secara inovatif Ciri-ciri / fungsi yang ketara Teknik penggayaan yang kreatif Menggunakan pelbagai teknologi untuk menghasilkan inovasi dan penyelesaian yang berkesan | 30% |
Kualiti dan keaslian | Keaslian konsep atau pelaksanaan dari segi rekabentuk. Penggunaan teknikal Ciri-ciri struktur | 30% |
Aplikasi multimedia OSS | Penggunaan perisian multimedia OSS | 20% |
Teknik Persembahan | Teknik pembentangan kumpulan yang menarik dan komprehensif | 20% |
Jumlah Skor | 100% |
No comments:
Post a Comment