Social Icons

-

Sunday, March 31, 2013

IKLAN KEKOSONGAN GURU DI SEKOLAH INTEGRITI DAN SEKOLAH HENRY GURNEY

Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41, DG44(KUP) dan DG48 (KUP) di Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney seperti lokasi berikut :-
  • Sekolah Integriti Kajang
  • Sekolah Integriti Muar
  • Sekolah Integriti Kluang
  • Sekolah Integriti Kota Kinabalu
  • SHG Melaka
  • SHG Keningau

Sila klik di sini dan di sini untuk maklumat lanjut.

Cara Memohon
  • Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan berikut :-
  • Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil/dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) dan dihantar melalui Pengetua/Guru Besar kepada:
PENGARAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS
ARAS 2, BLOK E2, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA 
  • Sila tuliskan OPSYEN MATA PELAJARAN di sebelah atas kiri sampul surat permohonan.
  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 April 2013 .

CATATAN: Hanya calon-calon yang layak sahaja selepas tapisan akan ditempatkan ke Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney berkenaan. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas Tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Friday, March 29, 2013

TEMA HARI GURU 2013 Dan Huraiannya.... sila klik di sini

Salam Satu Malaysia,
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2013
telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh  YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:

GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Pengambilan pelajar ke Institut Pendidikan MARA (IPMa) Sesi Julai 2013

Pengambilan pelajar ke Institut PendidikPermohonan kini dibuka dari 1 Mac hingga 7 April 2013  >> Sila layari http://apponline.mara.gov.my/upimonline untuk maklumat lanjut

Permohonan Tajaan JPA Tahun 2013 Kepada Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 Di Bawah Program Khas (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea)

Permohonan Tajaan JPA Tahun 2013 Kepada Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 Di Bawah Program Khas (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea)  

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan ini akan dibuka secara atas talian mulai 25 Mac 2013 (Isnin) Jam 5:00 petang sehingga 1 April 2013 (Isnin)

Permohonan Biasiswa Sukan 2013

Dimaklumkan bahawa Permohonan Biasiswa Sukan (BS)  2013 kini telah dibuka.
Sila muat turun borang dan panduan permohonan yang dilampirkan untuk diedarkan kepada semua pelajar yang layak.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Unit HEM/Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing setelah mendapat pengesahan pengetua pada atau sebelum  31 Mac 2013 untuk tindakan selanjutnya.
Terima Kasih.

Muat Turun
Borang Biasiswa Sukan
Panduan Kod Borang

PERMOHONAN PRAUNIVERSITI DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA SECARA ONLINE

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membuka peluang kepada murid-murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak untuk mengikuti program Prauniversiti di Sekolah Sukan Malaysia.
Sehubungan dengan itu, murid-murid lepasan SPM yang layak dan berminat boleh memohon secara atas talian (on-line) mulai 4 Februari hingga 31 Mac 2013. 

Thursday, March 28, 2013

IKLAN JAWATAN KOSONG PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 DI SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Nama Jawatan : Pembantu Tadbir Gred N17
Kementerian : Kementerian Pelajaran Malaysia
Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan : Kumpulan Sokongan
Taraf Jawatan : Pekerja Sambilan Harian
Sila muat turun untuk maklumat lanjut :

PENCARIAN BAKAT PELAJAR PINTAR CERDAS

PENCARIAN BAKAT PELAJAR PINTAR CERDAS
Sukacita dimaklumkan bahawa Saringan Pertama Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas Saringan Peringkat Pertama Ujian PERMATAPintar UKM1 akan bermula dari 1 Februari hingga 30 Mei 2013. Ujian tersebut terbuka kepada semua kanak-kanak dan remaja berumur 8 hingga 15 tahun dan boleh diakses secara atas talian di laman web http://www.permatapintar.edu.my. Rujuk Objektif Program.

PELAWAAN MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN DI UNIT KOKURIKULUM, SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN, JABATAN PELAJARAN JOHOR

PELAWAAN MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN DI UNIT KOKURIKULUM, SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN,  JABATAN PELAJARAN JOHOR 
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang berminat untuk mengisi jawatan Penyelia  Kanan  Kokurikulum  ( DG34 )  dan   Penyelia  Kokurikulum ( DG 32 )   di Unit Kokurikulum,  Sektor Pembangunan kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Johor.   Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut :
i. Mempunyai latarbelakang kegiatan kokurikulum yang menggalakkkan
ii. Bersedia menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan kebertanggungjawaban
iii. Mempunyai kemahiran ICT adalah sangat membantu
 
3. Mereka yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan, sila hantar resume yang lengkap  berserta  gambar  saiz passport melalui email k.mohamadtahir@yahoo.com sebelum 30 Mac 2013.   Calon-calon   yang   berjaya   sahaja  akan  dihubungi  melalui  telefon  untuk menghadiri sesi temuduga.
 
4.  Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Haji Kamarudin B. Haji Mohamad Tahir ditalian 0197166241 
 
Sekian terima kasih.

PROGRAM BURSARY PELAJAR CEMERLANG SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2012

Pada tahun ini, bagi mengiktiraf kecemerlangan pelajar lepasan SPM Tahun 2012, semua pelajar cemerlang yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ dan ke atas akan ditawarkan Bursary (bantuan kewangan) secara automatik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latarbelakang.Bursary (bantuan kewangan) meliputi yuran pengajian dan elaun sara hidup sebanyak RM430 sebulan serta tempat/kursus bagi pelajar-pelajar cemerlang SPM mengikuti program-program persediaan di dalam negara yang disediakan oleh KPM. Pelajar cemerlang SPM boleh melayari Aplikasi Online Bursary Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2012 untuk mendaftar, membuat semakan dan mengemaskini maklumat pada 25 Mac 2013 (Isnin).
Sekian, terima kasih.

Permohonan Mengikuti Pengajian di Institusi Pengajian Tinggi di Timur Tengah Bagi Sesi 2013/2014

SYARAT PERMOHONAN KE UNIVERSITI DI MESIR

1.           Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:
1.1       Perubatan, Pergigian & Farmasi
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi 8 Kepujian dengan mendapat sekurang-kurangnya B4 (SPM sebelum tahun 2009) atau(SPM tahun 2009 dan selepasnya) dalam Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah
Borang Permohonan Pengajian Mesir BORANG KPT/PERUBATAN/MESIR/2013 boleh dimuat turun disini (SILA KLIK DI SINI)                
2.           Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:
2.1    Pengajian Islam
Mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat MAQBUL dengan syarat sijil STAM tidak melebihi 3 tahun
DAN
Lulus Imtihan Qabul (IQ)
Borang Permohonan Pengajian Islam di Univerti Al-Azhar, Mesir BORANG KPT/AL-AZHAR/2013-i boleh dimuat turun disini (SILA KLIK DI SINI)              
2.2    Pengajian Qiraat
Mempunyai Diploma Qiraat dengan syarat sijil / diploma tidak melebihi 3 tahun
Borang Permohonan Pengajian Islam (Qiraat) di Universiti Al-Azhar, Mesir BORANG KPT/AL-AZHAR/2013 boleh dimuat turun disini (SILA KLIK DI SINI)          
3.           Semua pemohon yang memenuhi syarat perlu menghadiri Program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara anjuran KPT yang akan dikendalikan oleh Biro Tatanegara

SYARAT PERMOHONAN KE UNIVERSITI DI JORDAN

1.           Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Jordan peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:
1.1       Perubatan & Pergigian
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Purata Peratusan Markah  sekurang-kurangnya 90% bagi keseluruhan mata pelajaran SPM  termasuk lima (5) mata pelajaran sains (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, dan Matematik Tambahan)
ATAU
Memperolehi sekurang-kurangnya A- bagi semua mata pelajaran di peringkat SPM termasuk mata pelajaran Bahasa Arab
1.2       Pengajian Islam
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya kepujian (Gred B+) dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan mata pelajaran yang berkaitan dengan Pengajian Islam
DAN
memperolehi kepujian bagi mata pelajaran yang lain di peringkat SPM
Borang Permohonan Pengajian Jordan BORANG KPT/JORDAN/2013 boleh dimuat turun disini (SILA KLIK DI SINI)               
2.           Semua pemohon yang memenuhi syarat perlu menghadiri Program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara anjuran KPT yang akan dikendalikan oleh Biro Tatanegara

SYARAT PERMOHONAN KE UNIVERSITI DI MAGHRIBI

1.           Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Maghribi peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:
1.1    Pengajian Islam        
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) Kepujian; dan mendapat gred B bagi subjek Bahasa Arab. Pelajar yang tidak mempunyai keputusan SPM 2012 TIDAK LAYAK untuk memohon.
Borang Permohonan Pengajian Maghribi BORANG KPT/MAGHRIBI/2013 boleh dimuat turun disini (SILA KLIK DI SINI)            
2.           Semua pemohon yang memenuhi syarat perlu menghadiri Program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara anjuran KPT yang akan dikendalikan oleh Biro Tatanegara

Borang permohonan serta dokumen sokongan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Bahagian ini pada atau selewat-lewatnya 31 MEI 2013 (Jumaat)di alamat berikut;

Pengarah
Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4 No 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 PUTRAJAYA

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian:
03-8870 6622 – Mariatul Zahira Binti Yahya
03-8870 6611 – Siti Zubaidah Binti Che Daud

Bantuan Biasiswa Pengajian 1Malaysia (BP1M)

Makluman : Bantuan Biasiswa Pengajian 1Malaysia (BP1M)

Kementerian Pengajian Tinggi telah dimaklumkan terdapat satu laman web yang mendakwa menyediakan satu skim biasiswa yang diberi nama Bantuan Biasiswa Pengajian 1Malaysia (BP1M). Laman web tersebut adalah:
Sehubungan itu, Kementerian ingin menegaskan bahawa skim tersebut tidak pernah diwujudkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Pelajar dan ibu bapa adalah dinasihatkan untuk tidak terpengaruh dengan skim yang ditawarkan tersebut.

Biasiswa Karangkraf

* Pembiayaan yuran pengajian sepenuhnya? Peluang pekerjaan selepas tamat pengajian? Rebutlah peluang dan kelebihan yang diberikan bagi membantu meringankan beban yang dipikul.
Karangkraf bersedia membantu merealisasikan impian anda untuk menyambung pelajaran ke peringkat Diploma dan juga Ijazah. Kami mengalu-alukan permohonan bagi pelajar yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tnggi terpilih di bawah tajaan kami. Biasiswa Karangkraf ini akan diberikan kepada pelajar yang berkelayakkan sahaja.
Kelayakkan Pemohon antaranya:
  • Warganegara Malaysia dan berumur kurang dari 25 tahun
  • Keputusan cemerlang dalam SPM (Minimum 8 Kepujian), STPM/Matrikulasi/Diploma atau yang setara dengannya perlulah PNKG sekurang-kurangnya 3.0
  • Aktif dalam sukan & aktiviti ko-kurikulum
  • Fasih & boleh menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris
  • Tidak terlibat dan terikat dengan mana-mana dana Pendidikan atau pinjaman pendidikan yang lain.
Permohonan adalah terbuka sepanjang tahun. Kemasukan pelajar bergantung kepada Institusi Pengajian Tinggi terpilih.
Kaedah Permohonan:
Borang permohonan boleh dimuat turun melalui menu pilihan “Mohon Sekarang!” atau daripada Sekretariat Dana Pendidikan Karangkraf (SDPK). Permohonan yang lengkap bersama dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah di hantar kepada:

Sekretariat Biasiswa Karangkraf
Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd
Lot 25, Premis No 1, Jalan Renggam 15/5
Off Persiaran Selangor, 40200 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
No tel: 03 - 5101 7501
Fax : 03 - 5101 7588
* Tertakluk kepada Perjanjian Dana Pendidikan Karangkraf

Sunday, March 17, 2013

TAWARAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti lampiran berikut. Permohonan secara atas talian boleh dibuat mulai 22 Mac 2013.
Sekian, terima kasih.

Muat Turun
IKLAN PISMP JUN 2013

Wednesday, March 13, 2013

Contoh RPH Mata Pelajaraan KSSR

Attachments:
Download this file (CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU.doc)CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU.doc[ ]33 Kb03/13/13 13:15
Download this file (Contoh RPH Bentuk Buku Rekod Mengajar.pdf)Contoh RPH Bentuk Buku Rekod Mengajar.pdf[ ]73 Kb03/13/13 13:13
Download this file (CONTOH RPH DST PPD.doc)CONTOH RPH DST PPD.doc[ ]42 Kb03/13/13 13:15
Download this file (Contoh RPH Matematik KSSR 2013.doc)Contoh RPH Matematik KSSR 2013.doc[ ]46 Kb03/13/13 13:16
Download this file (Contoh Standard Penulisan Rancangan Harian KSSR Tahun 1,2 Dan 3 Bagi Matape~.pdf)Contoh Standard Penulisan Rancangan Harian KSSR Tahun 1,2 Dan 3 Bagi Matape~.pdf[ ]63 Kb03/13/13 13:13
Download this file (PEMPLET EMK.pdf)PEMPLET EMK.pdf[ ]1531 Kb03/13/13 13:14
Download this file (RPH ENGLISH KSSR.doc)RPH ENGLISH KSSR.doc[ ]29 Kb03/13/13 13:17
Download this file (RPH PENDIDIKAN ISLAM KSSR T3.pdf)RPH PENDIDIKAN ISLAM KSSR T3.pdf[ ]417 Kb03/13/13 13:17

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 
Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara