Social Icons

-

Wednesday, September 15, 2010

Guru dipenjara 15 tahun, dua sebatan

KUANTAN 15 Sept. - Seorang guru muzik hanya berkesempatan meraikan Hari Raya Aidilfitri selama enam hari apabila dia hari ini dihukum penjara 15 tahun dan sebatan dua kali atas kesalahan melakukan seks luar tabii dan mencabul seorang pelajar perempuan, tiga tahun lalu.

Abdul Wahid Mohd. Haneepa, 43, dikenakan hukuman tersebut selepas Mahkamah Tinggi di sini menerima rayuan pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskannya daripada ketiga-tiga tuduhan yang dihadapinya.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan sebatan dua kali terhadap tertuduh bagi tuduhan seks oral dan penjara lima tahun bagi setiap dua tuduhan mencabul mangsa.

Beliau bagaimanapun memerintahkan ketiga-tiga hukuman itu berjalan serentak bermula hari ini.

Dalam penghakimannya, Akhtar berkata, tertuduh tidak wajar dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen kerana kesalahan yang dilakukannya adalah serius.

''Tertuduh juga telah melakukan perbuatan tersebut lebih daripada sekali dan mengambil kesempatan sebagai seorang guru.

''Saya lihat tidak terdapat sebarang faktor yang mendorong untuk meringankan hukuman ke atas tertuduh,'' katanya.

Abdul Wahid sebelum ini telah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di akhir kes pendakwaan tetapi selepas pendakwa raya mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi, kes itu dikembalikan semula ke mahkamah tersebut dan dia diperintah membela diri.

Guru sekolah menengah yang telah berkhidmat selama 16 tahun itu bagaimanapun sekali lagi dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di akhir kes pembelaan.

Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Abdul Wahid disabitkan kesalahan memaksa mangsa berusia 14 tahun ketika kejadian untuk melakukan seks oral di dalam bilik muzik sekolahnya kira-kira pukul 5.30 petang pada pertengahan April 2007.

Dakwaan terhadapnya yang diwakili peguam bela Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar dibuat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Tertuduh juga disabitkan dengan dua kesalahan mencabul mangsa yang sama mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kira-kira pukul 5.30 petang pada Mac dan awal April 2007 di tempat yang sama.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara