Social Icons

-

Saturday, October 9, 2010

Bajet vokasional lebih tinggi

SYDNEY: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mahu permohonan jumlah peruntukan bagi pendidikan vokasional dalam Bajet 2011 ditambah selaras dengan usaha kerajaan untuk mengarusperdanakan pendidikan vokasional di negara ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau tidak berpuas hati dengan jumlah peruntukan yang dikemukakan Kementerian Pelajaran dalam cadangan bajet pendidikan vokasional bagi kementerian itu.


“Saya sudah diberi taklimat mengenai program kita untuk dua tahun akan datang.


“Saya kurang berpuas hati dengan apa yang mereka cadangkan dalam bajet kali ini kerana peruntukan untuk vokasional nampaknya tidak mencukupi,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Institut TAFE NSW di sini semalam.


Beliau kini dalam lawatan kerja lima hari ke Sydney dan Melbourne. Muhyiddin berharap jumlah peruntukan lebih banyak daripada yang biasa diperoleh kerana transfomasi pendidikan vokasional adalah kritikal dan perlu dilakukan segera.


Timbalan Perdana Menteri berkata, transformasi mengenai latihan vokasional perlu dibuat berdasarkan keperluan industri bagi memenuhi permintaan dalam pasaran kerja.


“Kita sekarang telah memulakan transformasi untuk bangunkan bidang vokasional tapi peratusan jumlah pelajarnya masih rendah iaitu lebih kurang 10 peratus saja daripada jumlah keseluruhan pelajar kita. Ini tidak dapat menampung keperluan tenaga mahir.


“Oleh itu di peringkat kementerian, kita mula mengorak langkah untuk memasuki bidang vokasional secara besar-besaran. Sasaran kita daripada 10 peratus yang kita ada sekarang ini kita nak tambahkan kepada 20 peratus,” katanya.


Muhyiddin berkata, beliau kini menunggu kementerian mengemukakan laporan lengkap mengenai rancangan menstrukturkan semula pendidikan vokasional yang dijangka diserahkan kepadanya bulan depan.


Mengenai kerjasama dengan Institut TAFE, katanya, kementerian dan pengurusan institut itu akan memperhalusi bentuk kerjasama yang dapat dijalin.

“Kita berminat berkongsi kepakaran TAFE dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan merangka kurikulum dan memastikan graduan menepati keperluan industri,” katanya.

Ditanya kemungkinan pendidikan vokasional dimulakan lebih awal termasuk di peringkat sekolah rendah, beliau berkata, perkara itu akan dikaji dengan terperinci.


“Ada pandangan kata kita mulakan dari peringkat lebih awal dan kita belum buat keputusan sama ada seawal UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah),” katanya.


Terdahulu, Muhyiddin dan pegawai kanan Kementerian Pendidikan diberi taklimat mengenai pendidikan teknikal dan vokasional yang diamalkan di Institut Tafe oleh Pengarah TAFE NSW David Riordan.- Bernama


myMetro: 8 Oktober 2010

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara