KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO mahu golongan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) aktif dan serius membabitkan diri dalam politik.
Beberapa Exco pergerakan itu berkata, ia hanya boleh dilakukan dengan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).
Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan pergerakan itu, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, golongan muda dan terpelajar di IPT sewajarnya diberi ruang yang cukup untuk berpolitik kerana merekalah generasi pelapis kepada kepimpinan negara.
Kata beliau, kecenderungan pelajar di pusat pengajian tinggi memilih media alternatif yang propembangkang menyebabkan mereka memilih parti pembangkang selepas tamat pengajian.
"Dengan ada kelonggaran terhadap akta berkenaan, pergerakan Pemuda dilihat akan berpeluang mendekati golongan itu secara lebih efisien.
"Inilah cabaran besar kita, inilah perkara yang perlu difikirkan untuk Model Baru Politik seperti yang ditekankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak... kita mahu Kementerian Pengajian Tinggi meminda akta itu," katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
Friday, October 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment