KUALA LUMPUR: Dengan matlamat utama untuk melahirkan
generasi muda cerdik dan berbakat, satu program belajar secara dalam talian yang
dinamakan "Excellent, Brilliant, Successful, Intelligent, Smart, Youth dan Young" (E.B.S.I.S 2Y) dilancarkan hari ini untuk mencapai hasrat itu. Pelancaran portal pendidikan itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, pada perhimpunan
agung Pergerakan Puteri Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Program anjuran kerjasama Biro Penggerak Belia Puteri Umno dengan syarikat
Creative Dreams bertujuan melahirkan generasi muda cerdik, berbakat dan
cemerlang yang seterusnya mampu menjadi pewaris kepimpinan negara.
"Ia juga bertindak sebagai sebuah program yang mampu membantu generasi muda menjadi generasi celik IT (teknologi maklumat)," menurut kenyataan Puteri Umno mengenai pelancaran itu.
Turut hadir pada majlis itu isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul
Rahman.
Di bawah kerjasama itu, Creative Dreams bersetuju menyumbangkan kepada Biro Penggerak Belia RM400,000 berupa 500 portal pendidikan untuk diagihkan
kepada setiap negeri.
Portal pendidikan itu akan diserahkan kepada sekolah menengah terpilih dan diletakkan di bawah pemantauan dan pemerhatian Biro Penggerak Belia Puteri Umno. - BERNAMA
Wednesday, October 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment