Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar Sin Chew Daily bertarikh 21 September 2010 – Kerajaan tidak melaksanakan panduan perancangan SJKC & Kerajaan diseru untuk merealisasikan janji membina 6 buah SJKC.
Pada dasarnya, KPM akan melihat permohonan pembinaan SJKC di sesuatu kawasan berdasarkan ‘case by case’. Dakwaan yang menyatakan bahawa “kerajaan patut mengikut Akta Pendidikan yang ditetapkan di mana sekolah pelbagai aliran termasuk SJKC patut dibina di kawasan penempatan penduduk melebihi 3000 orang” adalah tidak tepat kerana pernyataan tersebut tidak terdapat di dalam Akta Pendidikan 1996. Walau bagaimanapun, KPM telah menyediakan bantuan dalam bentuk peruntukan di bawah bantuan modal dan Pakej Ransangan Ekonomi kepada semua Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) termasuk SJKC.
Berhubung isu pembinaan 6 buah SJKC baru, tapak yang dicadangkan adalah tapak rizab sekolah kerajaan. Pada prinsipnya, tapak rizab ini adalah untuk pembangunan Sekolah Kebangsaan (National School) sahaja. Sehubungan itu, pihak yang berkepentingan untuk pembinaan SBK perlu mencari tapak sendiri dan menyediakan dana yang mencukupi untuk menampung kos pembinaan.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment