KUALA LUMPUR 21 Okt. – Tabung Pendidikan Penang Free School menyasarkan kutipan dana sejumlah RM250,000 pada tahun permulaan pelancarannya yang dilakukan malam ini.
Presiden Old Frees Association (OFA) Kuala Lumpur dan Selangor, Datuk Kamil Khalid Ariff berkata, tabung itu bertujuan memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar miskin yang cemerlang dan memerlukan di sekolah itu untuk meneruskan pengajian di peringkat universiti.
Bercakap kepada pemberita pada majlis pelancaran yang dihadiri kira-kira 700 bekas pelajar sekolah itu di sini, Kamil berkata, OFA yang mempunyai kira-kira 1,000 anggota aktif menganjurkan pelbagai kegiatan sosial dan budaya untuk faedah sekolah itu serta anggota persatuan yang menetap di sekitar ibu negara dan Selangor.
Pada majlis itu, sejumlah RM150,000 dana berjaya dikumpulkan sumbangan dari tiga syarikat korporat.
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan tabung berkenan sempena majlis makan malam ulang tahun ke-194 sekolah itu.
Turut berangkat Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid. – BERNAMA
Friday, October 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment