Friday, October 22, 2010
Utusan Borneo bertarikh 13 September 2010 – KGS MAHU SYARAT PENGAMBILAN CALON GURU DILONGGARKAN
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar dalam ruangan Berita dalam akhbar Utusan Borneo bertarikh 13 September 2010 – KGS mahu syarat pengambilan calon guru dilonggarkan.
KPM sentiasa menitikberatkan kualiti dan kriteria yang telah ditetapkan dalam pemilihan calon guru. Ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti perguruan selaras dengan Teras 5 : Memartabatkan Profesion Keguruan di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP).
KPM juga mengamalkan dasar kesamarataan bagi membolehkan calon yang layak memohon kursus perguruan yang ditentukan tanpa mengira kaum dan lokaliti calon.
Syarat kelayakan akademik yang ditetapkan bagi Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) ialah mendapat cemerlang dalam dalam mana-mana tiga matapelajaran dan kepujian dalam tiga matapelajaran termasuk Bahasa Melayu, Sejarah dan satu matapelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris.
Bagi memberi lebih banyak peluang dan keutamaan kepada calon-calon di kawasan pedalaman termasuklah dalam kalangan kaum Penan, KPM telah melaksanakan temu duga terbuka di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak bagi ambilan Jun 2010 yang lalu.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment