Social Icons

-

Saturday, July 16, 2011

Institut Pendidikan Guru Malaysia



Institut Pendidikan Guru merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang melatih bakal-bakal guru sekolah rendah dan menengah. Di Malaysia, semua Institut Pendidikan Guru (IPG) ini dikelolakan oleh Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) yang bertempat di Cyberjaya. Institut Pendidikan Guru ini bakal mempunyai kampus induk seperti UiTM yang kini masih lagi dalam proses pembinaan.
Pengenalan
Institut Pendidikan Guru yang dahulunya dikenali sebagai maktab perguruan merupakan sebuah institusi pendidikan yang melatih bakal - bakal guru. Bakal - bakal guru ini terdiri daripada pelajar Kurusus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK), Kursus Dalam Cuti (KDC), Kursus dalam Perkhidmatan (KDP), Program Pensiswazahan Guru (PPG), Open University Malaysia (OUM) dan Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI). Pelajar KPLSPM yang dipilih oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk kemasukan ke IPG ini telah dipilih berdasarkan beberapa temuduga dan ujian.Pelajar KPLSPM yang lulus peringkat persediaan sahaja akan ditawarkan untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG yang telah mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhajaya Pendidikan Pelajaran.
Sejarah
Sejarah pendidikan guru di tanah air bermula dengan penubuhan institusi berikut;
1. 1878 - The Malay High School, Singapura
2. 1922 – Sultan Idris Training College, Tanjung Malim – melatih guru-guru Sekolah Melayu. Kini, maktab perguruan ini telah bertukar kepada Universiti Perguruan Sultan Idris atau lebih dikenali dengan singkatan UPSI.
3. 1935 – Women Teachers’ Training College, Melaka : maktab ini telah melatih guru-guru perempuan terutamanya dalam bidang Sains Rumah Tangga. Kini, maktab perguruan ini telah ditukar kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
4. 1951 – Malayan Teachers’ Training College, Kirkby, Liverpool, England : Kerajaan Malaysia (Malaya) telah mengambil alih sebuah pusat latihan guru British untuk melatih guru Tanah Melayu di England dengan hasrat untuk melahirkan tenaga pengajar tempatan yang mantap dari segi latihan guru dan fasih berbahasa Inggeris. Maktab ini telah ditutup pada tahun 1962 apabila kerajaan Britain mengambil semula tapak maktab ini kini ia merupakan kawasan perumahan dan pusat komersial. Maktab ini telah melatih 1500 guru antara 1952 hingga 1962. Salah satu peristiwa bersejarah yang berlaku di tempat ini adalah peristiwa pengisytiharan kemerdekaan Malaya oleh Y.A.M Tuanku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
5. 1955 – Malaysian Teacher Training College (MTT), Brinsford Lodge,Wolverhampton, England : Bekas sebuah kilang di Britain ini pernah menjadi sebuah kolej latihan untuk guru Malaysia pada 1955 hingga 1964. Pusat latihan perguruan ini telah melatih 300 guru dalam pelbagai matapelajaran.
Perkembangan maktab perguruan di Malaysia berlaku dengan pesat apabila ia mengalami perubahan besar pada abad ke 21 dan melalui peristiwa berikut ;
1. 2004 - 27 maktab perguruan dan 1 English Language Teaching Centre telah ditubuhkan. Nama maktab perguruan kemudiannya telah ditukar kepada Institut Pendidikan Guru selepas ia dinaik taraf.
2. 2005 - Jemaah Menteri telah meluluskan 27 Maktab Perguruan dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) yang boleh menganugerahkan ijazah Sarjana Muda Perguruan dan B.Ed. pada 13 Julai 2005
3. 2006 - Pengisytiharan naik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru. Pengisytiharan ini memberikan satu perubahan besar kepada institusi keguruan dengan bermulanya Program Pensiswazahan Guru yang dijalankan di IPG seperti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Selain itu, IPG juga mula menjalankan latihan praperkhidmatan yang boleh memberi pengiktirafan ijazah Sarjana Muda kepada guru sekolah rendah melalui Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSM) seperti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan B.Ed TESL.
4. 2008 - Pindaan Akta Pendidikan 1996, yang membenarkan maktab perguruan dinaik taraf ke Institut Pendidikan Guru Malaysia telah diluluskan oleh Dewan Rakyat 25 Ogos 2008
5. 2008 - Dewan Negara telah meluluskan pindaan Akta Pendidikan 1996, Bab 9 Seksyen 42- 49 tersebut pada 4 Disember 2008.
6. 2009 – Y.A.B Menteri Pelajaran, Dato’ Hishamuddin Tun Hussein telah mengisytiharkan secara rasmi semua Institut Perguruan di Malaysia dikenali dengan nama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan IPG Kuala Terengganu ditukar nama kepada IPGM Kampus Dato’ Razali Ismail pada 16 Januari 2009, sempena memperingati mantan Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Razali Ismail yang telah meninggal dunia pada 28 November 2008.
7. 2010 - Pentadbiran Institut Pendidikan Guru diasingkan daripada Bahagian Pendidikan Guru dan IPG Kampus diselenggara sepenuhnya oleh Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia di Cyberjaya.
Senarai IPG Kampus yang dinaiktaraf
Terdapat 27 Institu Pendidikan Guru Kampus yang dinaiktaraf daripada maktab perguruan. Berikut merupakan senarai maktab perguruan yang dinaik taraf;
1. Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (MPPMM) kini IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
2. Maktab Perguruan Kota Bharu (MPKB) kini IPG Kampus Kota Bharu
3. Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (M4P) kini IPG Kampus Pulau Pinang
4. Maktab Perguruan Kuala Terengganu (MPKTBR) kini IPG Kampus Dato' Razali Ismail
5. Maktab Perguruan Raja Melewar (MPRM) kini IPG Kampus Raja Melewar
6. Maktab Perguruan Batu Lintang (MPBL) kini IPG Kampus Batu Lintang
7. Maktab Perguruan Tuanku Bainun (MPTB) kini IPG Kampus Tuanku Bainun
8. Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim (MPSAH) kini IPG Kampus Tuanku Bainun
9. Institut Bahasa Melayu Malaysia (IPBMM) kini IPG Kampus Bahasa Melayu
10. Institut Perguruan Bahasa - bahasa Antarabangsa kini IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
11. Institut Perguruan Darulaman (IPDA) kini IPG Kampus Darulaman
12. Maktab Perguruan Persekutuan Perlis (MP3P) kini IPG Kampus Perlis
13. Maktab Perguruan Ipoh (MPIPOH) kini IPG Kampus Ipoh
14. Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) kini IPG Kampus Ilmu Khas
15. Maktab Perguruan Sultan Mizan (MPSMB) kini IPG Kampus Sultan Mizan
16. Maktab Perguruan Islam (MPI) kini IPG Kampus Pendidikan Islam
17. Maktab Perguruan Teknik (MPT) kini IPG Kampus Pendidikan Teknik
18. Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (MPTI) kini IPG Kampus Temenggong Ibrahim
19. Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan (MPTAA) kini IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
20. Maktab Perguruan Tun Hussien Onn (MPTHO) kini IPG Kampus Tun Hussien Onn
21. Maktab Perguruan Rajang (MPRAJANG) kini IPG Kampus Rajang
22. Maktab Perguruan Sarawak, Miri (MPSM) kini IPG Kampus Sarawak
23. Maktab Perguruan Tun Abdul Razak (MPTAR) kini IPG Kampus Tun Abdul Razakv
24. Maktab Perguruan Tawau (MPTAWAU) kini IPG Kampus Tawau
25. Maktab Perguruan Gaya (MPGAYA) kini IPG Kampus Gaya
26. Maktab Perguruan Keningau (MPTB) kini IPG Kampus Keningau
27. Maktab Perguruan Kent (MPTB) kini IPG Kampus Kent
Terdapat juga beberapa maktab perguruan yang ditutup kerana lokasinya yang berada ditengah bandar, kemudahan infrastruktur yang ketara dan keluasan kawasan maktab yang terhad untuk pembangunan. Berikut merupakan senarai maktab perguruan yang ditutup;
1. Maktab Perguruan Teruntum (status tidak diketahui)
2. Maktab Perguruan Mohd. Khalid kini menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Mohd. Khalid
3. Maktab Perguruan Pasir Panjang kini menjadi Sekolah Sains Terengganu (SESTER)
4. Maktab Perguruan Seri Pinang kini dibiarkan kosong
5. Maktab Perguruan Seri Kota (status tidak diketahui)
6. Maktab Perguruan Kinta, Ipoh kini diambil alih Politeknik Ungku Omar
7. Maktab Perguruan Sains Bintulu kini diambil kembali oleh UPM Kampus Bintulu
Kampus
Selain kampus utamanya di Nilai, Negeri Sembilan, IPG mempunyai 28 kampus cawangan dan sebuah English Language Teaching Centre. Boleh dikatakan IPG mempunyai cawangan di semua negeri di Malaysia. Kampus-kampus tersebut adalah :-
B
1. Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
2. Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
3. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
D
1. Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
2. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail
G
1. Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
I
1. Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
2. Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
K
1. Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
2. Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
3. Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
P
1. Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
2. Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
3. Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
4. Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
5. Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
R
1. Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang
2. Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
S
1. Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri
2. Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
3. Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
T
1. Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
2. Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim
3. Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
4. Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun
5. Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussien Onn
Lagu IPG
IPG Malaysia
Institut Pendidikan Guru
Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika kerja
Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasi
Bangsa negara tercinta
Berwibawa berintegriti
Keunggulan peribadi
Berteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa
Kami bangga menjadi guru
Kerjaya dihormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi
IPG Malaysia berikrar
Membentuk guru berkualiti
Penyayang berakhlak mulia
Mendokong visi misi IPG
Visi
IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru
Misi
IPG melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia
Objektif dan Fungsi
1. Meningkatkan penguasaan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pengajaran pembelajaran pendidik guru;
2. Memperteguhkan penyelidikan, pembangunan dan inovasi;
3. Memperkasa program pendidikan guru secara berterusan;
4. Mengamalkan nilai profesional perguruan melalui domain diri, profesional dan sosial;
5. Memantapkan pengurusan dam pembangunan sumber manusia;
6. Memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan yang memenuhi kepuasan pelanggan;
7. Menyediakan infrastruktur dan infostruktur yang memenuhi standard SOA IPG;
8. Memperkaya dam mempelbagaikan pengalaman pelajar; dan
9. Meningkatkan penglibatan pendidik guru dalam aktiviti komuniti
Budaya IPG
Budaya IPG adalah suatu jenama untuk membentuk dan melahirkan guru yang mengamalkan tujuh dimensi budaya berikut [6] :
* Budaya Ilmu
1. Pembelajaran sepanjang hayat
2. Berilmu pengetahuan luas, mendalam dan terkini (syumul)
3. Menguasai, mengamal, menghayati, dan berkongsi ilmu
4. Menjana, mencetus, mengembang dan menyumbang ilmu
5. Mengamalkan penyelidikan
* Budaya Kepimpinan
1. Kebolehan membuat keputusan
2. Pemikiran reflektif
3. Menghayati Visi dan Misi IPG serta aspirasi negara
4. Mempunyai idea-idea yang bernas
5. Bermotivasi tinggi untuk menggerakkan perubahan
6. Berupaya menyelesaikan masalah
7. Menjalin kejelekitan di antara warga IPG
8. Membimbing warga IPG ke arah pengurusan kendiri yang berkesan
9. Menjadikan pembelajaran sebagai keutamaan
10. Menetapkan ekspektasi dan pencapaian yang tinggi
11. Mengorientasikan kurikulum dengan piawai pencapaian
12. Mewujudkan komuniti belajar sepanjang hayat
13. Menyediakan pelbagai cara untuk mentafsir dan menilai pembelajaran
14. Menyediakan sumber dan sistem untuk membantu dan menyokong pembelajaran
15. Kesetiaan kepada organisasi
* Budaya Kerja Profesional
1. Mendokong Visi dan Misi organisasi
2. Meletakkan kerja sebagai amanah dan ibadah
3. Bersikap proaktif, kritis, kreatif, dan inovatif
4. Optimis dan komited dalam pekerjaan
5. Mementingkan kualiti dan menepati piawaian yang ditentukan
6. Kepuasan pelanggan sebagai sasaran utama kerja
7. Menepati masa, cekap, tepat, dan mematuhi prosedur
8. Menitikberatkan kerja sepasukan dalam menjayakan aktiviti organisasi
* Budaya Akhlak dan Moral
1. Sentiasa bersyukur
2. Merendah diri (tawadhuk)
3. Redha dengan Qada dan Qadar
4. Taqwa
5. Ikhtiar dan Doa
6. Mematuhi etika
* Budaya Penyayang
1. Keprihatinan dengan makhluk
2. Sayang akan diri, keluarga, dan masyarakat
3. Sayang akan profesion
4. Sayang akan warga dan organisasi
5. Sayang akan alam sekitar
6. Sayang akan negara
* Budaya Hidup Sihat
1. Kesihatan dan kecergasan fizikal
2. Kematangan emosi
3. Ketenangan rohani dan bertaqwa
4. Keterbukaan minda, positif, matang, dan rasional
5. Persekitaran mesra
* Budaya Estetika
1. Kehalusan budi
2. Keunggulan peribadi
3. Kesempurnaan kerja
4. Kecantikan dan keindahan seni dan karya
5. Keindahan kebudayaan dan bangsa
6. Keindahan persekitaran
Struktur Organisasi
1. Sektor HEP dan Hubungan Luar
2. Sektor Kewangan, Pembangunan dan Aset
3. Sektor Khidmat Pengurusan
4. Pusat Pembangunan Akademik
5. Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi
Alamat Kampus Induk
Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1 Enterprise Building 3 Blok 2200
Jalan Persiaran APEC Cyber 6
63000 Cyberjaya
Nombor telefon: 03-83126600
Nombor faks: 03-83126655

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara