Social Icons

-

Saturday, July 16, 2011

Kementerian Pelajaran Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia ialah sebuah kementerian yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Matlamatnya ialah untuk:

* melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu

* melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan

sejahtera

* menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara

* memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Menteri Pelajaran Malaysia yang pertama ialah Tun Abdul Razak, dengan Menteri terkini merupakan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Visi & Misi


Visi :

Sekolah Unggul Penjana Genarasi Terbilang

Misi:
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Matlamat:
• Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.
• Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
• Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
• Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Bahagian
BABahagian Akaun
BADBahagian Audit Dalam
BASBahagian Audit Sekolah
BBTBahagian Buku Teks
BDHABahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa
BKEWBahagian Kewangan
BKPBahagian Khidmat Pengurusan
BKKBahagian Kokurikulum & Kesenian
BMBahagian Matrikulasi
BPBahagian Pembangunan
BPPKBahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi
BPKBahagian Pembangunan Kurikulum
BPGBahagian Pendidikan Guru
BPIBahagian Pendidikan Islam
BPKhasBahagian Pendidikan Khas
BPSwastaBahagian Pendidikan Swasta
BPTVBahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
BPMBahagian Pengurusan Maklumat
BPSBPSKBahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
BPSHBahagian Pengurusan Sekolah Harian
BPSMBahagian Pengurusan Sumber Manusia
BPPDPBahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
BPPABahagian Perolehan dan Pengurusan Aset
BPsKBahagian Psikologi dan Kaunseling
BSBahagian Sukan
BTBahagian Tajaan Pendidikan
BTPBahagian Teknologi Pendidikan
IABInstitut Aminuddin Baki
IPGMInstitut Pendidikan Guru Malaysia
JNJKJemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
LPLembaga Peperiksaan
MBKMMajlis Buku Kebangsaan Malaysia
UKKUnit Komunikasi Korporat
Badan Berkanun
DBPDewan Bahasa dan Pustaka
ITNMInstitut Terjemahan Negara Malaysia
MPMMajlis Peperiksaan Malaysia
Jabatan Pelajaran Negeri
JPNJOHJabatan Pelajaran Johor
JPNKEDJabatan Pelajaran Kedah
JPNKELJabatan Pelajaran Kelantan
JPNLABJabatan Pelajaran Labuan
jpnmelJabatan Pelajaran Melaka
JPNPELJabatan Pelajaran Negeri Perlis
JPNPPJabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang
JPNSJabatan Pelajaran Negeri Sembilan
JPNPAHJabatan Pelajaran Pahang
JPNPERJabatan Pelajaran Perak
JPNSABJabatan Pelajaran Sabah
JPNSARJabatan Pelajaran Sarawak
JPNSELJabatan Pelajaran Selangor
JPNTERJabatan Pelajaran Terengganu
JPNKLJabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan
JPNPUTPejabat Pelajaran WP Putrajaya

Piagam Pelanggan


PRESTASI PIAGAM PELANGGAN

Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia Jan - Dis 2010

PIAGAM PELANGGAN

Kami, warga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak negara, masyarakat dan individu serta memenuhi matlamat pendidikan negara seperti berikut:


PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN


Pembangunan

Menguruskan perolehan kerja KPM dengan amanah, adil dan cekap:

  1. Mengeluarkan surat setuju terima kepada petender yang berjaya dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tutup tender;
  2. Mengemukakan dokumen kontrak kepada kontraktor dan jabatan pengguna dalam tempoh satu bulan daripada tarikh ditandatangani;
  3. Mengembalikan Cagaran Keselamatan setelah syarat-syarat kontrak disempurnakan sebulan kuatkuasanya tamat; dan
  4. Mempamerkan nombor kelompok selepas sebulan daripada tarikh invois diterima bagi bekalan peralatan.


Kewangan

  1. Memastikan agihan waran peruntukan Belanja Mengurus kepada Program/ Aktiviti dilaksanakan dalam tempoh 7 hari bekerja;
  2. Menerima dan menimbangkan Permohonan Pakej yang lengkap dalam tempoh 10 hari bekerja; dan
  3. Memastikan pembayaran Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dikreditkan ke dalam akaun sekolah/ Pejabat Pelajaran Negeri (PPD) dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan diterima.


Pengurusan Aset

Menguruskan permohonan pelantikan dalam tempoh 2 minggu bagi pelantikan seperti berikut:

  1. Pegawai Aset;
  2. Pegawai Pemeriksa Harta Modal dan Inventori;
  3. Lembaga Pemeriksa Pelupusan;
  4. Jawatankuasa Penyiasat; dan
  5. Pegawai Pemverifikasi Stok.


Pengurusan Sumber Manusia

Memproses urusan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bagi laluan hakiki, cemerlang dan time-based serta Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) bagi laluan hakiki dan time-based untuk dikemukakan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh perakuan lengkap diterima.


Tajaan Pendidikan

Mengeluarkan surat kelulusan cuti belajar kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dalam tempoh tiga (3) minggu selepas permohonan lengkap diterima.


Pembayaran Bil dan Invois

Memastikan bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan (bagi dokumen yang lengkap).


Pengurusan Aduan

  1. Mengemukakan maklumbalas kepada isu-isu yang berkaitan KPM melalui media dalam tempoh tiga (3) hari selepas siaran;
  2. Menghantar surat akuan terima kepada pengadu dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh aduan diterima; dan
  3. Memberi maklum balas aduan kepada pelanggan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah keputusan penuh diterima.

DASAR PEMBANGUNAN PENDIDIKAN


Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

  1. Menghasilkan perancangan dasar dan pembangunan pendidikan, laporan penyelidikan dan penilaian pendidikan, dan analisis data pendidikan bagi memenuhi keperluan penggubal dan pemutus dasar dalam masa yang ditetapkan:
  2. Menggubal dasar pendidikan bagi memenuhi keperluan sistem pendidikan dalam tempoh enam (6) bulan;
  3. Menghasilkan laporan pencapaian Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dalam bentuk Kad Laporan dua (2) kali setahun; dan
  4. Menyediakan data dan maklumat pendidikan yang kemas kini, tepat serta sahih sebanyak dua (2) kali setahun.
  5. Membekalkan data dan maklumat pendidikan yang dipersetujui oleh pihak pengurusan atasan kepada individu, agensi dalam dan luar KPM serta pertubuhan antarabangsa dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja; dan
  6. Memberi keputusan terhadap cadangan penyelidikan pendidikan selewat-lewatnya empat belas (14) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.


Lembaga Peperiksaan

Mengurus PeperiksaanAwam berdasarkan kepada Kurikulum Kebangsaan KPM dan mengumumkan keputusan yang sah dalam tempoh empat (4) bulan selepas peperiksaan serta mengeluarkan sijil dalam tempoh enam (6) bulan selepas keputusan peperiksaan.


Pembangunan Kurikulum

Memastikan khidmat kepakaran dan runding cara berkaitan kurikulum diberi dalam tempoh lima (5) hari bekerja.


Teknologi Pendidikan

Memastikan semua sekolah mencapai tahap minimum tiga (3) bintang berdasarkan Smart School Qualification Standards (SSQS) pada tahun semasa.


Pengurusan Buku Teks

Memastikan pembekalan buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) sampai ke sekolah sebelum sesi tahun baru persekolahan bermula.

OPERASI PENDIDIKAN

  1. Mengeluarkan surat tawaran kemasukan murid dalam tempoh maksimum:
  2. 30 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran bagi sekolah harian, teknik, sukan, seni dan khas;
  3. Mengumumkan keputusan pemilihan dan penempatan murid ke Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) melalui laman web KPM dalam tempoh 45 hari selepas keputusan UPSR diumumkan; dan
  4. Mengumumkan keputusan pemilihan dan penempatan murid ke Tingkatan 4 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) melalui laman web KPM dalam tempoh 45 hari selepas keputusan PMR diumumkan.
  5. Memastikan penempatan dan pertukaran guru dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja sebelum tarikh lapor diri;
  6. Mengurus pengecualian wajib bagi kanak-kanak/murid berkeperluan khas dalam tempoh enam puluh (60) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;
  7. Mengeluarkan status permohonan penubuhan sekolah swasta dan sekolah antarabangsa yang memenuhi terma dan syarat dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja;dan
  8. Mendaftarkan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) selepas 30 hari memorandum persefahaman ditandatangani.

PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN

  1. Memastikan tidak kurang 80% daripada kursus-kursus peningkatan profesionalisme guru yang dirancang untuk guru-guru dalam perkhidmatan dapat dilaksanakan setiap tahun;
  2. Memastikan dalam tempoh enam (6) bulan pertama guru permulaan yang dikeluarkan dari Institut Pendidikan Guru (IPG) memenuhi 80% kehendak pelanggan berdasarkan instrumen penilaian dari aspek kualiti diri; pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran; kebolehan mengurus kokurikulum; dan kemampuan mengurus tugas-tugas di sekolah;
  3. Memastikan sekurang-kurangnya 80% program latihan yang didaftarkan dalam dokumen Program Latihan IAB pada tahun berkenaan dilaksanakan;
  4. Memastikan tidak kurang 80% pengetua dan guru besar yang baru dilantik dalam tempoh satu tahun mendapat latihan pengurusan dan kepimpinan sekolah di Institut Aminuddin Baki (IAB);
  5. Mengemukakan Laporan Penarafan Kendiri Sekolah berasaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) bagi sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Y.B. Menteri Pelajaran dalam bulan Oktober setiap tahun;
  6. Memastikan penempatan dan pertukaran guru dimaklumkan dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum tarikh lapor diri;
  7. Memaklumkan calon yang berjaya dan tidak berjaya mengikuti latihan di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran; dan
  8. Mengurus pengambilan calon guru pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan dalam tempoh 90 hari bekerja selepas pengiklanan.


No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara