Social Icons

-

Monday, July 18, 2011

Sekolah Agama Rakyat

Definisi SAR
Sekolah Agama Rakyat (SAR) ialah sekolah yang didiri di atas tanah wakaf (bukan milik persendirian) atau tanah milik kerajaan yang diluluskan dan disenggara oleh sekumpulan individu dari kalangan rakyat bagi membolehkan preoses pengajaran dan pembelajaran agama islam dilaksankan.


Syarat-syarat Am
  • SAR Tidak Sepenuh Masa yang melaksanakan KAFA
  • Berdaftar dengan JAIN/MAIN sebagai SRAR
  • Mempunyai Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) yang dilantik oleh rakyat dan diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri
  • Tidak disenggara oleh KPM atau mana-mana Kerajaan Negeri


Program Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri adalah satu usaha murni kerajaan untuk membantu dan memperkasakan sekolah-sekolah agama di Malaysia. Program ini pernah dicadangkan pada tahun 2002 oleh YB Menteri Pelajaran dan dicadangkan semula oleh Jawatankuasa Khas Tan Sri Murad pada Ogos 2004.


Konsep

1. Berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

2. Ditadbir oleh KPM

3. Pemilika tanah dan bangunan dikekalkan

4. Kurikulum agama negeri dikekalkan

5. Menerima pelbagai kemudahan


Tujuan

1. Mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran

2. Mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran

3. Mempertingkatkan kualiti pengurusan sumber manusia

4. Mempertingkatkan kualiti prasarana dan kemudahan


KELEBIHAN DIDAFTARKAN SEBAGAI SABK

1. Kepada sekolah

a.Menerima bantuan sumbangan bagi urusan pentadbiran sekolah

b.Menerima bantuan modal bagi menampung keperluan pembangunan fizikal sekolah

c.Meneriama bantuan isentif (SAR sahaja) setelah Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani

d.Menerima guru terlatih sekiranya guru sedia ada tidak mencukupi

e.Kurikulum agama dan pelaksanaan Sijil Tinggi Agama (STAM) dikekalkan

2. Kelebihan kepada guru dan kakitangan

a.Berpeluang diserap ke dalam perkhidmatan kerajaan

b.Berpeluang menikmati gaji dan elaun yang setaraf dengan kelayakan

c.Berpeluang mendapat kenaikan pangkat

d.Berpeluang mendapat kemudahan kerajaan

e.Berpeluang mengikuti kursus ikhtisas

f.Berpeluang melanjutkan Pelajaran

g.Berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti KPM

3. Kelebihan kepada murid

a.Berpeluang mendapat bantuan

b.Berpeluang bersaing dengan murid-murid aliran perdana

c.Berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti anjuran KPM

d.Berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah KPM yang terbaik

e.Berpeluang mendapat pendidikan yang lebih berkualiti


Syarat Pendaftaran

1.Sudah berdaftar dengan Jabatan Agama Negeri (JAIN)

2.Melaksanakan sesi persekolahan sepenuh masa

3.Menggunapakai dwi-kurikulum (kurikulum agama dan kurikulum kebangsaan)

4.Mempunyai murid sendiri yang mengambil peperiksaan awam KPM

5.Mendapat persetujuan semua pihak yang berkepentingan terhadap sekolah

6.Mempunyai bangunan sendiri

7.Bangunan dibina di atas tapak tanah yang berstatus wakaf

8.Memenuhi syarat keselamatan, kesihatan dan perancangan Pihak Berkuasa Tempatan

9.Bilangan murid melebihi 150 orang

10.Tidak menanggung hutang


Cara Memohon

1.Menghantar surat permohonan dan salinan keputusan mesyuarat Ahli Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) atau pihak berkuasa agama negeri kepada BPI(Bahagian Pendidikan Islam)

2.Menghantar profail sekolah, senarai nama ahli lembaga Pengelola Sekolah, guru, kakitangan dan murid beserta salinan dokumen geran tanah, pelan sekolah dan Sijil Pendaftaran sekolah yang disahkan

3.Menyemak dan mempersetujui draf MoU yang dimemukakan oleh KPM

4.Menghantar surat persetujuan terhadap draf MoU kepada KPM

5.Menandatangani dokumen MoU

6.Mengisi borang pendaftaran sekolah


No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara