Social Icons

-

Saturday, November 12, 2011

Bahagian Psikologi dan Kaunseling

PENGENALAN

Bahagian Psikologi dan Kaunseling telah ditubuhkan secara rasmi pada 01 Mac 2008 ekoran penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Psikologi dan Kaunseling (BPsK) berperanan dalam memenuhi aspirasi merealisasikan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18/2005 : Aplikasi Psikologi dalam Pengurusan Sumber Manusia yang berbentuk penilaian, pembangunan personel, penyelidikan dan psikologi intervensi.

Bahagian Psikologi dan Kaunseling merupakan bahagian yang bertanggungjawab secara langsung dalam pembangunan kesejahteraan modal insan yang beramanah, berinteriti, produktif, kreatif serta inovatif dalam kontek Kementerian Pelajaran Malaysia. Inspirasi ini adalah selari dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

Perkhidmatan psikologi dan kaunseling adalah satu proses menolong yang sistematik (terancang) dan berterusan berasaskan prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling. Untuk mencapai matlamatnya, BPsK akan melaksanakan pelbagai jenis program berteraskan ilmu psikologi dan kaunseling yang berkaitan dengan perkhidmatan pembanguanan, pencegahan, pemulihan dan intervensi krisis.

Pelaksanaan perkhidmatan Bahagian Psikologi dam Kaunseling adalah melalui pendekatan khidmat sesi kaunseling, konsultasi, advokasi serta pelbagai jenis program penyelidikan, menganjurkan konvensyen, seminar, kursus, bengkel dan ceramah; menerbitkan risalah, modul dan jurnal mengenai hasil penyelidikan; mengujudkan program pemantauan dan latihan pemantapan kompetensi kaunselor organisasi; menyediakan kemudahan distress center dan membangunkan data-data warga KPM berkaitan pembangunan perkhidmatan psikologi dan kaunseling.

Fokus utama sistem penyampaian Bahagian Psikologi dan Kaunseling adalah selari dengan keperluan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang menekankan impak secara signifikan terhadap hasil dan kualiti kepada pelanggan berteraskan visi nasional “ 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”.


VISI

BERSAMA MENCIPTA KESEJAHTERAAN MODAL INSAN


MISI

MEMPERTINGKATKAN KESEJAHTERAAN MODAL INSAN MELALUI PENDEKATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING


PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Bahagian Psikologi dan Kaunseling berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk memenuhi piagam pelanggan seperti berikut:

Memastikan perkhidmatan sesi kaunseling dilaksanakan oleh kaunselor organisasi yang berdaftar dan mempunyai perakuan amalan selaras dengan akta kauselor 1998 (akta 580);

Memastikan pelanggan di kaunter akan dilayan dalam termpoh sepuluh (10) minit;

Memberi perkhidmatan kaunseling kepada warga kerja Kementerian Pelajaran Malaysia dalam tempoh satu (1) hari bekerja bagi kes baru selepas penerimaan permohonan tertakluk kepada persetujuan klien;

Memastikan laporan sesi kaunseling disediakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja atas permintaan;

Memastikan laporan ujian psikometrik disediakan dalam tempoh tiga (3) hari selepas diambil atas permintaan klien.


NILAI

Menghormati dan Menerima Klien Tanpa Syarat.

Menjaga Kerahsiaan Klien Pada Tahap Optimum.

Tidak Menghukum dan Melabel Klien.

Menanam Sifat Ikhlas, Jujur, Amanah dan Berintegriti (IJAB) Dalam Melaksanakan Tanggungjawab.

Mematuhi Etika Kaunselor Yang Digariskan Oleh Lembaga Kaunselor dan Badan-Badan Profesional Kaunseling Yang Lainnya.


OBJEKTIF

Menyediakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.

Memberi kesedaran kepada warga KPM akan Kepentingan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling dalam menguruskan kehidupan seharian.

Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan kaunselor organisasi ke tahap optimum dan berterusan.

Memberikan pendidikan kesihatan mental dan fizikal kepada warga KPM.

Membangunkan dan analisis keperluan aplikasi psikologi dan kaunseling berdasarkan data dan kajian secara kolaberatif .

Menyediakan pelan dan laluan kerjaya kepada kaunselor KPM selaras dengan rakan profesional yang lain.

Melaksanakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling berteraskan etika dan menepati peruntukan perundangan.

Melestarikan kelangsungan Perkhidmatan Kaunseling kepada stake-holder.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang : Bahagian Psikologi dan Kaunseling

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara