Social Icons

-

Friday, March 30, 2012

Abdul Aziz Tapa


Tan Sri Abdul Aziz Tapa merupakan ahli politik UMNO di Malaysia. Beliau dilahikan di Kampung Rim, Jasin, Melaka pada 13 Jun 1928, pada malam Hari Raya Haji. Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Jasin ketika berumur 7 tahun dan pada tahun 1938, beliau telah lulus peperiksaan darjah 6 dan seterusnya menjadi guru pelatih. Beliau sambung belajar di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) di Tanjung Malim, Perak tetapi sekerat jalan kerana Perang Dunia Kedua meletus. Aziz Tapa dihantar ke Port Dickson untuk menjalani latihan ketenteraan sebagai ‘Federated Malay State Volunteer Force’. Setelah tamat lathan di Kem Port Dickson, Aziz Tapa diserapkan menjadi Rejimen Polis (RP). Sebagai anggota sukarelawan, beliau tidak terikat dengan undang-undang tentera dan memilih untuk meninggalkan perkhidmatan tentera apabila tentera Jepun menguasai sepenuhnya Tanah Melayu dan Singapura. Beliau turut belajar di Sekolah Jepun dan mendalami Bahasa Jepun selama 3 bulan untuk menjadi seorang guru sains.

Beliau meneruskan semula pengajiannya di MPSI (1945-1947). Seterusnya belajar di Maktab Perguruan Ilmu Khas di Cheras, Kuala Lumpur jurusan seni lukis dan pertukangan tangan serta mengajar di beberapa buah sekolah rendah dan menengah di Melaka sebagai Guru Penolong Kanan dan Pengetua. Pada tahun 1974 beliau telah bersara dan menumpukan segala kegiatannya dalam bidang politik secara aktif. Pada tahun 1946 Aziz Tapa menyertai Persatuan Melayu Johor Cawangan Melaka pimpinan Dato’ Onn Jaafar. Sekiranya Malayan Union ditubuhkan, raja-raja Melayu tidak ada kuasa lagi. Dalam Kongres Melayu Ketiga pada 11 Mei 1946, UMNO telah ditubuhkan dengan rasminya. Dengan penubuhan UMNO, Persatuan Melayu Semenanjung Johor dengan sendirinya terbubar dan ahli-ahlinya termasuk Abdul Aziz menjadi ahli UMNO. Beliau bergerak cergas dalam kegiatan Pemuda UMNO Melaka sehingga tahun 1957.

Pada tahun 1972 apabila berlaku pemecahan bahagian, di mana Jasin menjadi bahagian yang tersendiri, beliau aktif semula di dalam politik selaku Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Jasin. Pada tahun 1974, Abdul Aziz dipilih menjadi Timbalan Ketua Bahagian Jasin dan pada tahun 1978 beliau dilantik menjadi Naib Ketua Bahagian. Beliau telah menjadi Bendahari UMNO Perhubungan Negeri Melaka selama 9 tahun berturut-turut (1978-1986).

Abdul Aziz Tapa dilantik sebagai Senator dari Jun 1975 - November 1977 . Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1978 Abdul Aziz menang bertanding atas tiket BN/UMNO di DUN Nyalas, Melaka dan dilantik sebagai Speaker DUN Melaka. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1982 Abdul Aziz menang lagi di Nyalas dan dilantik sebagai Exco Pengerusi Portfolio Pelajaran, Kebudayaan, Belia dan Sukan . Beliau menjadi Bendahari Barisan Nasional Negeri Melaka sejak tahun 1986.

Pada 1957, Kongres Kebudayaan Melayu yang pertama diadakan di Melaka. Selaku Bendahari Kongres, Abdul Aziz bekerja keras untuk mendapatkan sumber kewangan bagi membiayai perjalanan kongres. Sejak itu, beliau terus menumpukan kegiatan untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan melalui Persatuan Persuratan dan Kebudayaan khususnya Ikatan Persuratan Melayu yang telah dianggotainya sejak tahun 1952 lagi.

Beliau menempoh tiga zaman penjajahan iaitu zaman Jepun, zaman Bintang Tiga/komunis dan zaman Inggeris. Semasa Jepun, beliau bekerja membuat batas keledek dengan gaji seminggu empat sen. Apabila British kembali semula, beliau mengajar bahasa Melayu kepada isteri seorang pegawai daerah British, Puan Pauwell dengan bayaran RM150.

Aziz Tapa merupakan seorang yang kreatif.Beliau berbakat dalam seni lukis, seni bina dan reka, seni tari, seni dalam penulisan budaya sastera dan sebagainya. Beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Kebudayaan Kebangsaan (1972-1996), Ahli Lembaga Amanah Balai Seni Lukis Negara (1976-1988), Pengerusi Persatuan Peladang Malaysia (1979-1986) dan Ahli Lembaga Pengarah MARA (1975-1977). Beliau dianugerah Tokoh Guru Kebangsaan 1986.

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara