Ahmad Kotot (lahir 10 Jun 1894 di Kampung
Licok, Mukim Tanjung Besar, Kuala Lipis, Pahang) merupakan penulis Melayu di
Malaysia sebelum Perang Dunia Kedua. Sebagai guru, wartawan dan penulis, beliau
menggunakan nama samaran seperti nama pena A.N.P., Damba, ABKA Pahang, Alif Ba
Ta, Ahmad Batu Talam, Anak Negeri Pahang, Intan Dikarang Di Negeri Pahang dan
Malim Karimun. Selepas bersara, beliau menetap di Kampung Damak, Jerantut.
Beliau
bersekolah di Sekolah Melayu Tanjung Besar, Kuala Lipis (1909-1914) dan lulus
darjah lima.Ahmad Kotot pernah menjadi guru sementara di Sekolah Melayu Tanjung
Besar dan Sekolah Melayu Batu Yon, Kuala Lipis. Dari 1916-1918 menerima latihan
perguruan di Maktab Perguruan Melayu Melaka. Beliau juga pernah menjadi guru
besar beberapa buah sekolah dari 1919 hingga 1941. Prof Abu Bakar Hamid
berpendapat bahawa nama Ahmad Kotot tidak dikenali mungkin kerana tidak berasal
dari Maktab Perguruan Tanjung Malim. Pengetua maktab tersebut ialah OT. Dussek
dan selalu sahaja berlaku 'perselisihan' dengan pengetuanya itu lantaran
semangat kebangsaan dan latar belakangnya dari kampung pedalaman. Dia keluar
dari maktab itu tanpa sebarang diploma. Sebagai guru, dia selalu dihantar ke
sekolah terpencil seperti di Kuala Lipis, Raub dan Jerantut namun tetap
mengikuti perkembangan persuratan.
Sejak
menjadi guru pada 1919, beliau menghantar berita-berita daerahnya untuk majalah
Lembaga Melayu yang diterbitkan di Singapura. Majalah ini menjadi bahan bacaan
kanak-kanak di sekolah-sekolah Melayu.Beliau menjadi ahli Persatuan Sahabat
Pena Malaya dan pernah mencadangkan agar 'Kamus Umum Melayu Raya' ditulis
.Beliau juga banyak menulis dalam Majalah Guru.
Pada
1950-an, dia menjadi wartawan sambilan dengan akhbar Berita Harian.Selepas
bersara, dia memulakan perniagaan kecil di Jerantut dan sering bercerita kepada
kanak-kanak dan 'tukang borak' kepada sesiapa sahaja yang sudi mendengarnya.
Beliau meninggal dunia pada 24 Januari 1993 pada usia 99 tahun.
Antara
cerpennya ialah Bapa Tiri dan Anak Tiri, Hikayat Perang Mambang dengan Usul di
Kota Gelangi Pahang dan Sejarah Tanjung Besar Kuala Lipis.
Yayasan
Pahang pada tahun 1984 telah menganugerahkan kepadanya Anugerah Sastera. Pada
tahun 1984 juga beliau dipilih menjadi Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan.
Dalam
Muzium Pahang di Kuantan ada sudut sejarah beliau sebagai penulis novel Pahang.
Dr Anwar Ridhwan dari DBP juga telah mengkaji tokoh ini dalam bukunya 'Ahmad
Kotot: Penulis Novel Hikayat'.
Berdasarkan
rekod perkhidmatannya, besar kemungkinan novel terkenalnya, Hikayat Percintaan
Kasih Kemudaan, mula ditulis sama ada dalam akhir perkhidmatannya di Sekolah
Melayu Batu Talam, Raub (1925) ataupun dalam tahun awal perkhidmatannya di
Sekolah Melayu Kampung Baru, Kuantan (1926).Novel ini diterbitkan pada 1927 di
Seremban oleh penerbit Al Matba'ah al Rauthah Al-Islam wa Syurakah dengan 1000
naskah dan diterbitkan semula oleh DBP pada 1975. Cetakan pertama novel ini
terdiri dari dua penggal . Penggal pertama 100 halaman diterbitkan pada 1927.
Penggal kedua setebal 169 halaman diterbitkan pada 1928. Novel-novel zaman itu
diterbitkan bberapa penggal.
Novel
ini adalah yang pertama dan satu-satunya novel yang berjaya diterbitkan.
Seperti lazim zamannya, novel ini mempunyai tajuk kedua iaitu 'Yazid asyik
berahi Akan Masyuknya Zamrud'.
Laporan
dari Majalah Guru menyatakan novel bertajuk 'Hikayat Malim Kerimun' sedang
dalam percetakan , tetapi menurut Ahmad Kotot novel itu tidak pernah
diterbitkan. Pada 1931, buku 'Hikayat Perang Mambang Dengan Usul di Kota
Gelanggi, Pahang' diterbitkan.Buku ini membentangkan cerita rakyat yang popular
di kampungnya. Pada 1936, bukunya 'Sejarah Tanjung Besar Kuala Lipis Pahang'
telah diterbitkan.
Novel
ini ditulis dalam tulisan Jawi tetapi pada 1975 , DBP telah menerbitkan semula
dalam tulisan Rumi. Kongres Persuratan Melayu seMalaya pada 1952 di Seremban
memutuskan untuk menjadikan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi dengan tidak
menghapuskan tulisan Jawi sehingga masa akan menentukannya. Pendita Zaaba
memainkan peranan penting ketika itu.
Sinopsis
novel
Ahmad
Kotot menerangkan tujuannya menulis novel ini ialah agar anak-anak muda suka
membaca dan mendidik pembacanya.[4] Pengenalan novel beliau ini berbeza dengan
teknik pengenalan dalam novel 'Hikayat Faridah Hanom' (1928) .Beliau memulakan
novel dengan bab 'Peringatan pengarang yang ikhlas' .
Novel
ini adalah sebuah novel ala Hikayat Faridah Hanom. Ia mengisahkan percintaan
seorang anak teruna bernama Yazid dengan seorang janda muda dan cantik bernama
Zamrud.Pertemuan bermula di sebuah majlis perkahwinan di kampungnya. Ramai
pemuda tergila-gila kepada janda muda ini dan pelbagai halangan terpaksa ditempuh.
Yazid terpaksa meyakinkan keluarganya agar menerima janda tersebut. Yazid
mencari helah untuk bertemu dan menduga hati janda tersebut dengan membeli kain
dari seorang makcik dan meminta Zamrud menjahitnya. Zamrud setuju , sebagai
tanda perkenalan mereka seterusnya.
Novel
ini menyelitkan syair pertemuan 'malam pertemuan pertama' sebagaimana 'Hikayat
Faridah Hanom' karya Sayid Syeikh al-Hadi . Selain itu terdapat tiga 'surat'
antara Yazid dengan ayahnya Haji Halim, surat kepada Malim Kerimun dan surat dari
Haji Halim kepada anaknya itu.