Profesor Datuk Dr Ibrahim Bajunid . Beliau
dinobatkan sebagai penerima anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010 pada
majlis pelancaran perayaan Hari Guru ke-39 peringkat kebangsaan di Kuantan,
Pahang pada 16 Mei 2010.
Beliau merupakan perunding dalam membuat dasar
kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) terutama bidang
pendidikan. Beliau adalah mantan Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB).Beliau
adalah Penasihat Kebangsaan/Perunding Asia-Eropah Pembelajaran Sepanjang Hayat
di Malaysia dan kini terlibat dalam beberapa projek penyelidikan dan mengawasi
beberapa pelajar peringkat Sarjana dan Kedoktoran.
Ibrahim juga menganggotai Lembaga Penasihat
Akademik di beberapa pusat pengajian tinggi negara dan beliau telah menulis lebih
daripada lima ratus rencana dan penulisan ilmiah yang merangkumi isu penting
dalam pembangunan nasional yang berkaitan dengan pendidikan, modal insan,
intelektual dan sosial.
Pada
16 Mei 2010, beliau terpilih sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010 sempena
Sambutan Hari Guru ke-39 di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kuantan, Pahang.
Anugerah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin
Yassin. Turut hadir dalam majlis itu ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri
Adnan Yaakob dan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
Empat
bekas guru yang turut menerima anugerah pendidikan ialah Awang Mohamad, 59,
Encharang Agas, 66, Datuk Chuang Keng Kung, 72, dan Ainun Jamilah Mohd Ali, 60.
Kesemua pemenang berkenaan masing-masing menerima wang tunai RM10,000, piala
serta sijil penganugerahan.