"Anugerah
Sekolah Harapan Negara" merupakan pengiktirafan dan penghargaan
Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap segolongan guru (secara kolektif), di
sebuah sekolah, iaitu, satu unit institusi asas pendidikan, di atas dedikasi
serta pengorbanan mereka sebagai pendidik terhadap pembangunan pendidikan
umumnya serta pembinaan warganegara khususnya.
Penganugerahan
ini mengiktirafkan model sekolah contoh dalam konteks semasa yang dapat
dimanfaatkan oleh sekolah-sekolah lain untuk menilai secara ikhtisas tentang
pencapaian, cabaran dan hambatan yang dialami oleh para pendidik di sekolah
berkenaan dalam melaksanakan tanggungjawab pendidikan dalam konteks masa ini.
OBJEKTIF
PENGANUGERAHAN
"
Memberi pengiktirafan kepada peranan guru masa kini yang telah dan sedang
berusaha untuk mempertingkatkan mutu pendidikan negara sebagai langkah ke arah
pembinaan warganegara yang berguna.
"
Memupuk, mengembang serta menyuburkan perasaan perpaduan di kalangan guru-guru
bagi mencapai tahap profesion keguruan yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab mereka dalam konteks semasa.
"
Memberi penilaian secara objektif terhadap sumbangan guru-guru dalam
melaksanakan Dasar dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya penganugerahan ini
akan mencetuskan semangat bersaing yang sihat dan berkesan.