"Anugerah
Guru Inovatif" adalah sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada guru
yang telah menghasilkan usaha kreatif dan inovatif yang telah terbukti berjaya
dalam meningkatkan profesionalisme keguruan dan menjamin keberkesanan
pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah.
OBJEKTIF
PENGANUGERAHAN GURU INOVATIF
"
Mengenalpasti guru atau kumpulan guru yang telah melahirkan idea dan usaha
kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah.
"
Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru atau kumpulan guru yang
dikenalpasti sebagai kreatif dan dalam pelaksanaan kurikulum itu.
"
Menggalakkan guru berikhtiar mencari idea-idea baru dalam pelaksanaan kurikulum
untuk mencapai kecemerlangan dalam profesion guru.
"
Menyebarkan maklumat berkaitan dengan kreative dan inovasi dalam pelaksanaan
kurikulum bagi contoh teladan kaum guru dan pengetahuan umum.