Social Icons

-

Friday, March 30, 2012

Borhan bin Md. Yaman



Datuk Wira Haji Borhan bin Md Yaman dilahirkan pada 12 Julai 1930 di Kampung Lubuk Redan, Melaka. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Lubuk Redan dari tahun 1935 hingga 1941 dan Sekolah Melayu Kuala Sungai Baru dari tahun 1941 hingga 1946. Beliau menerima altihan formal keguruan melalui Kursus T.U.O.S (Teacher Under Others Scheme) 1948 - 1951 di Maktab Perguruan Bahasa, Johor Bahru. Beliau pernah bertugas sebagai guru di Sekolah Melayu Kuala Sungai Baru (1946 - 1951). Sekolah Melayu Lubuk Redan (1952 - 1954), Sekolah Melayu Parit Melaka (1954 - 1956), Sekolah Melayu Limbongan (1956 - 1957), SMJK Pay Fong (1959 - 1961), SMJK Yok Bin (1962 - 1964) dan Sekolah Hendry Gurney (2) Bandar Hilir, Melaka (1974 -1984). Kementerian Pembangunan Negara dan Bandar pernah melantik beliau sebagai Pengelola Pelajaran Dewasa Negeri Melaka dari tahun 1964 hingga 1970.

Datuk Wira Haji Borhan adalah seorang pejuang kemerdekaan dan berjiwa patriotik. beliau menyemai semangat patriotik melalui karya-karyanya yang tersiar di akhbar dan majalah semenjak zaman prakemerdekaan lagi. Antara sajak ciptaannya ialah Rela Membela (1951), Pemuda Seruanku (1952), Tunaikan Kewajipan (1953), Lambang Kota Melaka (1954), Penganjur (1954) dan Manifesta Palsu (1954). Di samping itu beliau juga menulis artikel dalam beberapa penerbitan seperti Panduan Hidup (1952), Buku Bacaan di Sekolah Melayu (1952) dan Kecerdasan Akal Wanita (1953). Antara media massa yang banyak menyiarkan karyanya ialah Majalah Guru dan Akhbar Merdeka. Sifat gemar membacanya mendorong beliau menyediakan ruang perpustakaan mini dirumahnya yang mengandungi sebanyak 2,160 buku koleksi semenjak zaman mudanya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia.

Atas jasanya yang telah ditaburkan, beliau telah dianugerahi pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N) pada tahun 1963. Darjah Mulia Seri Melaka (D.M>S.M) pada tahun 1980 dan Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) pada tahun 2001. Jabatan Pelajaran Melaka juga telah mengiktirafnya sebagai Tokoh Guru Negeri Melaka pada tahun 1989. Beliau juga menerima Anugerah Tokoh Budaya Negeri Melaka pada tahun 1997 dan Anugerah Dharma Bakti Gapena pada tahun 2002.i

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara