Social Icons

-

Thursday, March 29, 2012

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia


Sejarah KPPK
Pada tanggal 27 Jun 1974, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (National Union of the Teaching Profession) atau ringkasnya, KPPK telah ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi. Penubuhan KPPK adalah hasil gabungan dua buah kesatuan guru iaitu National Union of Teachers (NUT) dan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan (KKGSK). Presiden pertama KPPK ialah Allahyarham Tuan Haji Ahmad Bin Haji Abdul Rahman dan saudara Aloysius Mathews sebagai Setiausaha Agung.

Keunikan KPPK
Keahlian KPPK terdiri daripada pelbagai kategori guru-guru dari semua jenis peringkat sekolah. Tidak dapat dinafikan hari ini di Asia, KPPK merupakan kesatuan yang diiktiraf dengan bilangan keahlian 160,000 orang ahli (2010) di 12 cawangan.  KPPK merupakan kesatuan kebangsaan dan cawangan-cawangan KPPK membantu mengelolakan aktiviti di peringkat cawangan. Kaedah ini membolehkan KPPK bergerak secara berkesan dan aktif. Setiap cawangan mempunyai pejabat, AJK Cawangan dan bangunan sendiri.

KPPK sebagai sebuah kesatuan pembela kaum guru dan pembela profesion perguruan, sentiasa prihatian terhadap perkhidmatan para guru, perhubungan kerjaya, keistimewaan khas serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan profesion perguruan.
KPPK juga berusaha meningkatkan kebajikan ahli-ahli dari segi sosial dan kebendaan menurut lunas undang-undang sebagai kesatuan sekerja. Di samping membantu kaum guru memahami peranan mereka dalam memenuhi hasrat Falfasah Pendidikan Negara, KPPK juga berusaha untuk meningkatkan imej dan martabat profesionalisme guru.

KPPK sentiasa komited dan bertanggungjawab terhadap skim gaji, perkhidmatan laluan kerjaya, keistimewaan khas serta perkara-perkara berkaitan dengan Profesion Keguruan.
           
Objektif
Menjadikan Kesatuan Sekerja yang cekap dalam memperjuangankan hak Guru-Guru serta berupaya memberi perkhidmatan yang cemerlang


Wawasan
Ke Arah Kecemerlangan Profesion Pendidikan.


Misi
Merancang dan melaksanakan pelbagai program ke arah melahirkan kaum pendidik yang inovatif, dinamik dan progresif selaras dengan wawasan untuk meningkatkan martabat profesion pendidikan.
Melindungi dan memperjuangkan hak-hak kaum pendidik.
Menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat yang berkualiti dan cekap.


KEJAYAAN KPPK
Gaji yang sama rata bagi guru wanita, ganjaran guru pakar / cemerlang, baiki nisbah guru / murid, kenaikan pangkat secara Time-Based dan lain-lain faedah untuk ahli-ahli KPPK.

Rentetan Kejayaan KPPK
  1. Jawatan tetap dan berpencen.    
  2. Kenaikan pangkat secara Time-Based.
  3. Gaji sama bagi guru wanita.
  4. Cuti untuk peperiksaan bagi guru-guru PJJ.
  5. Pariti gaji.
  6. Elaun Pengetua / Guru Besar.
  7. Baiki nisbah guru / murid.
  8. Keberkesanan Majlis Bersama Jabatan (MBJ).
  9. Kelonggaran syarat lulus Peperiksaan Am.
  10. Hadiah Pergerakan Gaji (HPG).
  11. Peluang kenaikan pangkat.
  12. Kadar elaun warden dipertingkatkan.
  13. Kemudahan perumahan / perubatan.
  14. Gaji bagi guru sandaran terlatih yang bercuti bersalin.
  15. Status tetap kepada guru wanita.
  16. Imbuhan tetap keraian.
  17. Peningkatan status guru dari Kumpulan C kepada Kumpulan B.
  18. Memendekkan tempoh Kursus Induksi.
  19. Cuti Sambilan / cuti perkahwinan.
  20. Pengwujudan jawatan Penolong Kanan Ko-Kurikulum di sekolah-sekolah menengah gred A.
  21. Gaji Dua Skim
  22. Rancangan pelajaran dalam buku rekod guru. (Rekod Persediaan Mengajar)
  23. Kadar elaun tanggungjawab.
  24. Penempatan dan status guru PJJ.
  25. Peluang masuk universiti.
  26. Peningkatan status Sijil Perguruan Asas ke taraf Diploma.
  27. Ganjaran Guru Pakar / cemerlang.
  28. Hadiah Ganjaran Wang Tunai untuk Pengetua / Guru Besar.
  29. Tempoh cuti belajar tanpa gaji diambil kira bagi tujuan faedah persaraan.
  30. Tuntutan anomali C8 ke B10 atau B10 ke B8.
  31. Pengwujudan jawatan kaunselor di sekolah-sekolah.
  32. Guru Biasa tidak perlu mengisi borang Sasaran Kerja Tahunan (SKT).
  33. Penggredan sekolah-sekolah rendah dan menengah.
  34. Kelonggaran syarat lulus Bahasa Malaysia.
  35. Perubahan ketara dalam PTK / Kursus Kenegaraan.
  36. Pelaksanaan lima hari bekerja seminggu.
  37. Pendekatan pelaksanaan dasar latihan sumber manusia  sektor awam tahun 2010 dan 2011.
  38. Kelonggaran syarat untuk urusan kenaikan pangkat PPPS gred DG44 ke gred DG48 secara “time-based” KUP bagi kumpulan Ex-PPPLD.
  39. Pindaan tarikh lantikan di gred DG41 bagi calon dimana tarikh kenaikan pangkat ke DGA32 secara “time-based” jatuh pada tarikh yang sama.
  40. Urusan kenaikan pangkat PPPS gred DG44 ke gred DG48 secara “time-based” KUP bagi bekas PPPLD tahun 2009.
  41. Urusan kenaikan pangkat PPPS gred DG41 ke gred DG44 secara “time-based” KUP bagi PPPLD yang telah dilantik sebagai PPPS gred DG41.
  42. Urusan Pemangkuan PPPS gred DG41 ke gred DG44 (Bidang Umum, Teknikal dan Bidang Pendidikan Islam) tahun 2009 / 2010 di Kementerian Pelajaran Malaysia.
  43. Bayaran bantuan khas RM500.00.
  44. Hadiah Kenaikan GajI.
  45. Pengiktirafan 6000 guru PPPLD ke PPPS di sekolah rendah pada tahun 2004.
  46. Buku teks percuma untuk anak guru.
  47. Membolehkan guru-guru bukan siswazah ditempatkan ke gred siswazah selepas melanjutkan pelajaran.
  48. Membantu guru pelatih yang telah menunggu berbulan-bulan ditempatkan di sekolah.
  49. Bantuan kemanusiaan kepada guru melalui Tabung Kebajikan KPPK.
  50. Bantuan kemanusiaan kepada pelajar-pelajar di negara yang melanda bencana alam melalui      sumbangan ahli-ahli seperti Indonesia, Nepal, Pakistan, India dan Haiti.

Cabaran 

  1. Mewujudkan Suruhanjaya Pendidikan untuk warga pendidik
  2. Mahkamah Tribunal untuk kes-kes anomali gaji.
  3. 5 hari kerja seminggu.
  4. Skim Gaji Bersepadu.
  5. Perubahan dasar dan polisi pendidikan untuk mencapai kualiti bertaraf antarabangsa.
  6. Menaikkan status guru melalui pemberian insentif dengan ganjaran yang lebih tinggi agar mereka terus kekal dalam Profesion Keguruan sehingga bersara.

 

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara