Dato’
Haji Omar Mohd Hashim merupakan tokoh pendidikan, penulis dan ahli sejarah di
Malaysia. Beliau dilahirkan di Dinding, Perak pada 1935 .Beliau menjadi
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (1985-1990) dan Tokoh Guru Pulau
Pinang (1991). Beliau belajar di Sekolah
Permatang Bertam, Pulau Pinang.Selain itu belajar pendidikan Arab / Islam di
Daeratul Wataniah, Kepala Batas ; Penang Free School dan Universiti Malaya
(Singapura) pada 1960.
Omar
Mohd Hashim bekerja sebagai guru siswazah di beberapa sekolah menengah dan
menjadi Pegawai Peperiksaan ; Pengarah Pendidikan Sabah dan Johor; Pengarah
Lembaga Peperiksaan (LP) dan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan (EPRD) dan
terakhir sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (1985-1990).
Beliau
antara tokoh yang bertanggungjawab menukar peperiksaan SPM/MCE daripada
Cambridge pada tahun 1978. Semasa melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan
beliau turut memantapkan persekolahan Menengah Melayu dan Bahasa Melayu
menerusi sistem peperiksaan umum. Selepas
bersara, beliau dilantik menganggotai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
(1990-1992); Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kemudiannya
Pengerusi (SPR) dan bersara wajib terakhir pada 11 November 2000. Antara tugas
beliau di SPR ialah operasi pembersihan daftar pemilih secara besar-besaran
pada tahun 1991; kedua, kajian semula untuk mengemaskini secara menyeluruh
semua akta dan peraturan-peraturan pilihanraya yang dipakai; dan ketiga,
menetapkan cuma satu hari untuk pembuangan undi bagi seluruh negara.
Beliau
aktif dalam Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) dan sejak 1989 mengantikkan TYT
Tun Hamdan Syeikh Tahir. Tun Hamdan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau
Pinang.PSM berperanan sebagai pembangunan penulisan sejarah dalam kehidupan dan
pembangunan negara. Antaranya ialah aktiviti penerbitan, penyelidikan, khidmat
rundingan, pemuliharaan, juga menganjurkan seminar-seminar yang ditaja bersama
universiti, arkib dan muzium, juga membabitkan ramai para guru, pensyarah serta
peminat sejarah. Jurnal Malaysia Dari Segi Sejarah dan monograf-monograf
disebar luar dalam dan luar negeri dan menjadi bahan rujukan utama pengkaji
sejarah Malaysia moden. Beliau bersama PSM berjaya mendirikan ibu pejabat PSM
iaitu “Wisma Sejarah” yang siap pada tahun 2003 dengan belanja RM20 juta .
Minat
beliau dalam penulisan dikesan melalui majalah-majalah mahasiswa seperti Bahasa
(PBMUM), Suara Islam, dan Pelajar (SPMS).Terdapat 321 karangan, makalah, ucapan
dari 1952 hingga 1998 . Beliau juga menulisan buku Pertentangan (1968),
Pengisian Misi Pendidikan (1991) dan Pendidikan: Persoalan dan Harapan (1993).
Beliau
pernah menjadi Ahli Panel ‘Anugerah Sastera Negara’ (1972-1977), dan Ahli Panel
‘Hadiah Sastera’ (1984- 1990), di samping menjadi salah seorang pengasas
Persatuan Penulis Nasional (PENA).
Omar
Mohd Hashim juga menjadi Timbalan Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Aminuddin
Baki (1965-); Ahli Majlis Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (1985-1990);
Ahli Majlis Universiti Malaya sehingga 1989; Ahli Majlis Pentadbir Kolej Tuanku
Abdul Rahman (1985-1990); Ahli Lembaga Dewan Bahasa dan Pustaka (1985-1991);
Ahli Lembaga Pengurusan RECSAM (1985-1990); Ahli Lembaga Majlis Peperiksaan
Malaysia (1984-1990), Ahli Lembaga Pentadbiran Royal Military College
(1984-1990); Ahli Jemaah Universiti Malaya (1991-1997), Pengerusi Jawatankuasa
Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia (1993-2000), Ahli Lembaga
Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme (IKSEP) sejak 1994, Ahli Penasihat Arkib
Negara Malaysia sejak 1990 dan pengerusinya pada 2003, Ahli Pemegang Amanah WWF
(1990-1998).
Selain
itu, beliau juga menjadi Timbalan Presiden Persatuan Pendidikan Penilaian
Antarabangsa (IAEA) di Princeton, USA (1981-1991). Anugerah yang diterima ialah PPM (1974), JSM
(1978), DSPN (1988) dan JMN (1990), Tokoh Guru Pulau Pinang (1991) dan Fellow
Terutama Institut Aminuddin baki (1999).