Latar Belakang
Beliau telah dilahirkan pada 16 Januari 1954 di Tangkak Johor. Beliau mempunyai 9 orang adik beradik dan menjadi anak ke 5 daripada 9 orang adik beradik. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Asiah Binti Nori dan telah dikurniakan 4 orang anak di mana 2 lelaki dan 2 lagi adalah perempuan. Kediaman beliau adalah di Taman Pelangi, Tangkak Johor.
Sejarah Pendidikan
Beliau telah memulakan pelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Lelaki Bandar Tangkak kini di kenali SK Sri Tangkak dari tahun 1961 - 1966. Kemudian telah menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Tun Mamat, di Tangkak dari tahun 1967 - 1971. Kemudian bersekolah di Sekolah Menengah Dato' Sri Amar Di Raja, Muar dari 1974 - 1976. Melanjutkan pengajian di menara gading di sebuah universiti terkemuka iaitu Universiti Malaya (B.A. Hons) dari tahun 1974 - 1976 dan melanjutkan pelajaran di peringkat diploma pendidikan di universiti yang sama pada tahun 1977.
Sejarah Perkhidmatan
Beliau telah ditempatkan mengajar di SMK Tengku Temenggong Ahamd, Kundang Ulu, Muar sebagai guru siswazah
No comments:
Post a Comment