Social Icons

-

Sunday, April 8, 2012

Universiti Sains Malaysia (USM)



Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan sebuah universiti awam di Malaysia. Kampus utamanya terletak di George Town,Pulau Pinang. Terdapat tiga kampus lain iaitu satu di Seberang Perai dan satu lagi di Kelantan dan satu "offshore" kampus yang menawarkan kursus sains perubatan di Uttar Pradesh, India.  USM mempunyai jumlah pelajar sekitar 29,789 orang pada 2006. Ini menjadikannya ia sebuah universiti terbesar di Malaysia dari segi bilangan pelajar.

Moto:
Kami Memimpin "We Lead"

Ditubuhkan pada:    
1969

Jenis:  
Awam

Canselor:       
DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalulail

Naib canselor:           
Profesor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak

Lokasi:
            George Town, Malaysia

Kampus:         
Kampus Induk (Georgetown, Pulau Pinang),
Kampus Kesihatan (Kubang Kerian, Kelantan),
Kampus Kejuruteraan (Nibong Tebal, Pulau Pinang)

Penggabungan:         
ASAIHL

Laman sesawang:      


Universiti Sains Malaysia merupakan salah sebuah daripada lima universiti yang bertaraf universiti penyelidikan intensif di Malaysia. Ini jelas mencapai misi dan visinya menjadi universiti bertaraf dunia melalui program penyelidikan bertaraf dunia dengan perancangan dan pelaksanaan aktiviti R&D. Universiti ini mendapat sokongan daripada kakitangan akademik dan sumber manusia yang cemerlang untuk menjayakan misinya. Pada 2006, USM mempunyai kira-kira 30,000 pelajar termasuk 7,000 orang bertaraf pascasiswazah. Jumlah pensyarah seramai 1,600 orang. Ini bererti nisbah pensyarah-pelajar ialah 1:23.

USM telah ditubuhkan sebagai universiti kedua di Malaysia pada 1969 dan pertama kali dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang. Pada masa yang sama, ia beroperasi di Bukit Gelugor, Pulau Pinang. Pada 1971, kampus USM dialihkan ke kawasan yang berkeluasan 239.4 hektar, yang mana ia merupakan bekas kawasan berek tentera.

Dari sudut lain, Universiti Sains Malaysia diberikan mandat untuk menjaga, mempromosi, dan menguruskan pendidikan tinggi dalam bidang yang mencakupi sains tulen, sains aplikasi, sains farmasi, sains bangunan dan teknologi, sains masyarakat, kemanusiaan, dan pendidikan dalam bentuk penyelidikan, kemajuan, dan penyebaran ilmu pengetahuan.

Di samping kampus utama terletak di Minden, USM mempunyai dua kampus lain; Kampus Kejuruteraan di Seri Ampangan, Nibong Tebal, Seberang Perai dan Kampus Kesihatan di Kubang Kerian, Kelantan.

Kampus Kesihatan mula beroperasi sebagai Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada Ogos 1983. Kampus ini berkembang setelah Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) dipindahkan dari kampus induk ke lokasi sekarang seluas 72.84 hektar. Keseluruhan PPSP berpindah dari kampus induk pada Jun 1990. Setelah itu, dua buah pusat pengajian baru ditubuhkan iaitu Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) dan Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK).

Kampus Kejuruteraan yang juga asalnya terletak di kampus induk sebelum dipindahkan ke Tronoh, Negeri Perak, berpindah ke Nibong Tebal pada 1997 secara berperingkat-peringkat. Tapak itu kini digunakan oleh Universiti Teknologi Petronas.

USM menawarkan kemudahan yang cemerlang bagi menjayakan penyelidikan dan pendidikan sama ada penyelidikan tempatan ataupun luar negeri. Tugas universiti ini mengutamakan pengajaran, penyelidikan, dan pengelolaan, yang mana ia memberi penekanan kepada pembangunan sumber manusia dan kapasiti bangunan, pengetahuan dan industri yang kompetitif. Tujuan utama R&D ialah memfokuskan kepada minat dalam pencapaian akademik dan kerelevanan latihan. IRPA merupakan sumber penting kepada R&D di USM. Walau bagaimanapun, mengikut tahap penyelidikan, universiti menyediakan sejumlah dana untuk perbelanjaan operasi tahunan seperti latihan insentif dan penyelidikan jangka pendek. Dana tambahan sering merujuk kepada penyelidikan besar, anugerah, dan perundingan yang dimenangi oleh anggota kakitangan akademik.


Kawasan penyelidikan
Kawasan penyelidikan merupakan kekuatan istimewa di USM yang melibatkan sains kaji otak,saraf dan minda(neurosains), persekitaran yang bertemakan sains kehidupan, budaya, perubatan dan farmasi, pemprosesan bahasa semula jadi dan bantuan terjemahan komputer, teknologi maklumat, teknologi makanan, sains polimer dan teknologi, bioteknologi, pendidikan jarak jauh, sistem informasi geografikal, struktur analisis, sains bahan, kejuruteraan, permukaan kimia, dan visi robotik. Pulau Pinang mempunyai kemudahan penyelidikan yang cemerlang untuk pencarian usaha sama, yang meliputi pencemaran pantai, ekosistem bakau, dan pengairan marin.


Graduan
USM menawarkan tiga jenis cara belajar melalui program graduasi, melalui penyelidikan, ataupun kombinasi antara kerja khusus dan penyelidikan, ataupun kerja khusus. Pada 2007, terdapat 6,687 pelajar dari pelbagai program pendidikan pada tahap sarjana dan kedoktoran. Sebanyak 1,424 daripada mereka merupakan penuntut luar negeri daripada lebih 40 buah negara. Majoriti penuntut luar negeri berasal dari Asia Tenggara.Prasiswazah

Semua pelajar prasiswazah program ijazah di USM memerlukan minimum tempoh belajar sepenuh masa selama tiga tahun. Ijazah kejuruteraan, sains kesihatan, farmasi, perubatan, dan pergigian memerlukan minimum tempoh belajar selama 4-5 tahun. Kebanyakan prasiswazah diajar dalam Bahasa Malaysia tetapi golongan prasiswazah yang baru diajar dalam Bahasa Inggeris, terutama kursus melibatkan sains. Pelajar antarabangsa akan ditunjukkan tahap kemahiran bahasa kebangsaan (bahasa Malaysia) untuk memenuhi kriteria kemasukan pelajar.


Program kursus lain
USM menawarkan program kursus khas untuk pelajar luar negeri, dan mereka boleh mengambil satu atau dua semester. Para pelajar akan ditimbangkan sebagaimana pelajar sepenuh masa dan akan menikmati kelebihan dalam akademik mahupun kemudahan fizikal. Universiti dan komuniti akan memberikan kelebihan yang sama-rata walaupun berbeza budaya untuk menjadikan ia sesuai dalam peringkat antarabangsa.

USM juga mempunyai pelbagai pusat pengajian. Ia ditubuhkan pada 1971 untuk memberi peluang kepada seorang dewasa yang bekerja untuk memperoleh kelayakan daripada universiti ini. Kebanyakan pelajar mampu membahagikan masa antara kursus graduasi dan waktu bekerja. Ia mempunyai empat program graduasi untuk dipelajari seperti Ijazah Sains, Ijazah Sains Sosial, Ijazah Seni, dan Ijazah Pengurusan.


Pusat Pengajian Berdasarkan Teknologi
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  • Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan
  • Pusat Pengajian Teknologi Industri
  • Pusat Pengajian Sains Perubatan
  • Pusat Pengajian Sains Pergigian
  • Pusat Pengajian Sains Kesihatan
  • Pusat Pengajian Sains Farmasi

Pusat Pengajian Seni Liberal
  • Pusat Pengajian Seni
  • Pusat Pengajian Komunikasi
  • Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
  • Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
  • Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
  • Pusat Pengajian Pengurusan

Pusat Pengajian Sains Tulen
  • Pusat Pengajian Sains Kajihayat
  • Pusat Pengajian Sains Kimia
  • Pusat Pengajian Sains Matematik
  • Pusat Pengajian Sains Komputer
  • Pusat Pengajian Fizik
Pusat Pengajian Sains Perubatan
  • Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT)


Desasiswa
Kampus Utama:
  • Aman Damai
  • Bakti Permai
  • Cahaya Gemilang
  • Fajar Harapan
  • Indah Kembara
  • Restu
  • Tekun
  • Saujana
  • Rumah Antarabangsa
Kampus Kejuruteraan:
  • Jaya
  • Lembaran
  • Utama
Kampus Kesihatan:
  • Murni
  • Nurani

Aktiviti di USM

USM mempunyai kemudahan kepada pelajar seperti perpustakaan, penginapan, sukan, dan aktiviti rekreasi. Universiti ini menawarkan asrama kepada sekurang-kurangnya 75% daripada bilangan keseluruhan pelajar. Tempat penginapan itu dikenali sebagai perkampungan pelajar atau asrama (Desasiswa), dan ia terletak berhampiran kawasan kampus. Kafeteria turut menawarkan harga berpatutan dan boleh ditemui di sekitar kawasan universiti.

USM menyediakan kemudahan sukan seperti padang bola sepak, gelanggang badminton, gelanggang tenis, padang hoki, padang ragbi, padang sofbol, gelanggang skuasy, dan gelanggang bola keranjang. Aktiviti kebudayaan turut dijayakan di universiti ini.

Pada 2010, USM mencatat sejarah apabila pasukan kelab bola sepak kakitangannya, USM FC menjadi pasukan universiti pertama bermain dalam Liga Perdana Malaysia.

Kedudukan

Universiti Sains Malaysia berada pada kedudukan ke-111 mengikut Kedudukan Universiti Dunia 2004 yang diterbitkan oleh the Times Higher Education Supplement. Walau bagaimanapun, ia terus terkeluar daripada senarai 200 universiti terbaik di dunia pada 2005. Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Dzulkifli Abdul Razak berkata terdapat penambahan ukuran baru dalam proses penilaian yang melibatkan sumbangan yang kukuh bagi menentukan kedudukan universiti:
“          Kedudukan kita yang jauh ketinggalan dianggap berpunca daripada kenyataan bahawa kita adalah universiti yang agak muda dibandingkan dengan UM yang berusia 100 tahun. Mereka telah membina reputasi kukuh pada masa tersebut.    ”

Prof. Dzulkifli menyatakan mengenai pemberian nisbah di universiti Malaysia:
“          Lebih setahun yang lalu kita telah menggandakan penuntut kita. Kini, USM mempunyai 35,000 penuntut termasuklah 28,000 siswa tetapi bilangan pensyarah kira-kira 1,400 tidak tidak bertambah beriringan. ”

Di Malaysia, USM mendapat tempat terakhir dalam Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Awam (Setara) 2007 bagi kategori universiti penyelidikan. Secara keseluruhan pula, USM memperoleh skor 3 (baik). Bagaimanapun pada 2008, USM telah dinaikkan taraf ke Universiti APEX yang menjadi peneraju utama ke arah kecemerlangan pendidikan di Malaysia. Namun demikian, USM menjadi satu-satunya universiti di Malaysia yang kedudukannya merosot dalam Times Higher Education-QS World University Rankings 2008 apabila jatuh dari tangga 307 kepada 313. Pada tahun 2009, setelah USM berusaha dengan tekun, ia diletakkan di nombor 114 mengikut THES-QS World University Rankings 2009 di dalam bidang Life Sciences & Biomedicine. Kedudukan ini adalah yang paling tinggi untuk sebuah universiti di Malaysia di bidang Sains Kehidupan dan Bioperubatan. Kedudukan pada tahun 2010 di antara universiti negara-negara Asia di bawah kategori yang sama meletakkan universiti ini di tahap nombor 20 iaitu yang paling tinggi di Malaysia mengikut kedudukan 2010.

Jadual berikut menunjukkan kedudukan Universiti Sains Malaysia mengikut THES - QS World University Rankings yang diterbitkan oleh Times Higher Education Supplement (THES) dan Quacquarelli Symonds (QS).
Tahun Kedudukan
2011    335
2010    309
2009    314
2008    313
2007    307 (Terakhir dalam RU)
2006    -
2005    >200
2004    111

Filem dan televisyen

Terdapat beberapa filem yang difilemkan di atau sekitar kampus USM, termasuk:

    Ali Setan (1985)
    Soalnya Siapa (2002)
    Anak Mami The Movie (2002)

Terdapat rancangan televisyen yang menggunakan kampus USM sebagai lokasi penggambaran, termasuk:

    Layang-layang Terputus Talinya

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara