Social Icons

-

Monday, August 6, 2012

ANUGERAH INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN PRODUK


ASAS ANUGERAH

1.  Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk merangkumi produk* berasaskan penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan di Malaysia dan telah dikomersialkan melalui syarikat berdaftar, memberi impak dari segi penjanaan ilmu ke arah peningkatan kualiti hidup, pembangunan industri dan pertumbuhan ekonomi Negara.

2.  Pemenang Anugerah ini boleh memohon semula pada tahun berikutnya dengan produk yang berbeza.

*Produk penyelidikan boleh merupakan rekabentuk, rekacipta, teknologi, perisian, formulasi atau proses yang didaftar sebagai harta intelek.


KRITERIA PENCALONAN PRODUK

Produk yang telah dikomersialkan dan menjana pendapatan (jualan kasar) kepada syarikat dan memberi pulangan (royalti, yuran pelesenan, bayaran perundingan) kepada universiti dan penyelidik. Yuran perkhidmatan dan amaun terimaan daripada penyelidikan kontrak tidak diambil kira sebagai jualan kasar/pendapatan pengkomersialan.

Untuk layak memohon, hasil jualan kasar mestilah sekurang-kurangnya RM500,000 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu).

 
KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN PRODUK

Pemilihan produk akan mengambil kira perkara berikut:
  1. Penerangan dari aspek teknikal, keaslian (originality) dan kepentingan kepada pengguna.
  2. Perlu mendapat perlindungan harta intelek dan mempunyai perjanjian pengkomersialan di antara universiti dan syarikat.
  3. Pernah menerima anugerah dari dalam dan/atau luar negara.
  4. Telah menjana hasil jualan kasar dan/atau pendapatan pengkomersialan kepada universiti dan penyelidik.
  5. Telah berjaya menembusi pasaran dalam dan/atau luar negara.
  6. Mempunyai elemen nilai tambah berbanding dengan produk yang sedia ada di pasaran.
  7. Memberi impak terhadap kualiti hidup, industri dan ekonomi negara.
  8. Mampu menjana peluang pekerjaan dan perniagaan baru.
  9. Terdapat usaha ke arah kelestarian perniagaan termasuk pengembangan pasaran, penambahbaikan produk dan pelaburan semula dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).
  10. Penerbitan berkaitan produk telah dihasilkan.
  11. Telah memperolehi dana untuk sekurang-kurangnya satu fasa berikut: penyelidikan, pembangunan atau pengkomersialan.

NILAI ANUGERAH

Nilai hadiah adalah RM20,000 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu) berserta piala dan sijil penghargaan daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Hadiah akan dikeluarkan atas nama pemohon yang akan membahagikannya kepada ahli kumpulan mengikut peratusan sumbangan masing-masing seperti yang tertera di dalam borang permohonan (warganegara Malaysia sahaja).

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara