PELAWAAN MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN DI UNIT KOKURIKULUM, SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN, JABATAN PELAJARAN JOHOR
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang berminat untuk mengisi jawatan Penyelia Kanan Kokurikulum ( DG34 ) dan Penyelia Kokurikulum ( DG 32 ) di Unit Kokurikulum, Sektor Pembangunan kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Johor. Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut :
i. Mempunyai latarbelakang kegiatan kokurikulum yang menggalakkkan
ii. Bersedia menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan kebertanggungjawaban
iii. Mempunyai kemahiran ICT adalah sangat membantu
3. Mereka yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan, sila hantar resume yang lengkap berserta gambar saiz passport melalui email k.mohamadtahir@yahoo.com sebelum 30 Mac 2013. Calon-calon yang berjaya sahaja akan dihubungi melalui telefon untuk menghadiri sesi temuduga.
4. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Haji Kamarudin B. Haji Mohamad Tahir ditalian 0197166241
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment