Pada tahun ini, bagi mengiktiraf kecemerlangan pelajar lepasan SPM Tahun 2012, semua pelajar cemerlang yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ dan ke atas akan ditawarkan Bursary (bantuan kewangan) secara automatik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latarbelakang.Bursary (bantuan kewangan) meliputi yuran pengajian dan elaun sara hidup sebanyak RM430 sebulan serta tempat/kursus bagi pelajar-pelajar cemerlang SPM mengikuti program-program persediaan di dalam negara yang disediakan oleh KPM. Pelajar cemerlang SPM boleh melayari Aplikasi Online Bursary Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2012 untuk mendaftar, membuat semakan dan mengemaskini maklumat pada 25 Mac 2013 (Isnin).
Sekian, terima kasih.
Sila Layari : http://apps.moe.gov.my/bursaryspm/
No comments:
Post a Comment