Social Icons

-

Friday, June 29, 2012

RM49j naik taraf makmal sekolah dengan kelengkapan F1


MELAKA 29 Jun - Kementerian Pelajaran membelanjakan sebanyak RM49 juta untuk menaik taraf kemudahan makmal reka cipta di 114 sekolah menengah di seluruh negara dengan kelengkapan perkakasan Formula Satu (F1) yang diimport khas dari United Kingdom sebagai memperkasa kemahiran reka cipta di kalangan pelajar.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pada tahun ini sahaja RM500,000 diperuntukkan bagi keperluan penyelenggaraan dan pembaikan kecil perkakasan F1 yang telah rosak dan usang. - BERNAMA

Tuesday, June 26, 2012

Pelanjutan Tempoh Permohonan Online Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) & Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Tahun 2013


Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan online Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) & Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran dan Sarjana Tahun 2013 dilanjutkan sehingga 20 Julai 2012 (Jumaat). Borang permohonan yang telah lengkap diisi  hendaklah dicetak dan dikemukakan ke Bahagian Tajaan Pendidikan pada atau sebelum 27 Julai 2012 (Jumaat).

Terima kasih.

Diterbitkan Oleh: Bahagian Tajaan Pendidikan

ASEAN DRAWING CONTEST TO CELEBRATE ASEAN 45 th ANNIVERSARY


Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori umur iaitu 6 hingga 12 tahun dan 13 hingga 18 tahun dan akan di adakan dalam 2 (dua) peringkat. Pusingan pertama akan diadakan di peringkat kebangsaan manakala pusingan ke-dua akan diadakan di peringkat antarabangsa.Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6 julai 2012.
Penyertaan perlu disertakan bersama borang pendaftaran pertandingan yang lengkap kepada Sekretariat Kebangsaan di alamat :-
 
Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia ,
Kementerian Luar Negeri,Jabatan ASEAN,
No 1,Jalan Wisma Putra,
Presint 2,
62602 Putrajaya
 
selewat-lewatnya pada 6 Julai 2012(Jumaat)
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini,sila hubungi pegawai di Bahagian ini,Cik Umathevi Ponnusamy di talian 03-88846107).

Monday, June 25, 2012

Permohonan Kursus Dalam Perkhidmatan Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani Ambilan 2012 - Tambahan


Permohonan Online Kursus Dalam Perkhidmatan Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani Ambilan 2012 untuk calon tambahan dibuka mulai 25 Jun 2012. Calon yang berminat boleh melayari url http://apps.moe.gov.my/abpg/dapj2012/ untuk membuat permohonan.

PROJEK Bintang Cemerlang

PROJEK Bintang Cemerlang telah memberi kesan positif terhadap prestasi sekolah-sekolah terlibat melalui akademik, seni dan sukan yang direka untuk melahirkan pemimpin masa depan yang serba boleh, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Menurutnya, sejak 2008, Program kerjasama antara Sentul Raya Sdn. Bhd. (SRSB), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memberi manfaat kepada sekolah yang mengambil bahagian dan para pelajarnya.

"Projek Bintang Cemerlang berupaya merapatkan jurang perbezaan yang wujud dalam kalangan murid terlibat antaranya seperti tahap pendapatan keluarga yang rendah, persekitaran rumah yang tidak kondusif untuk belajar serta kekurangan kewangan keluarga untuk membiayai peralatan persekolahan anak-anak," katanya pada majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan dan Piala Datuk Bandar 2011 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Anugerah kali kelima ini adalah sebahagian daripada Projek Bintang Cemerlang, iaitu usaha pembaharuan bandar bagi membantu para pelajar dari kumpulan berpendapatan rendah.
Hadir sama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dan Pengarah Eksekutif SRSB, Datuk Yeoh Seok Kian.

Pada majlis itu, seramai 71 pelajar dipilih menerima Anugerah Pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), 69 bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Manakala 94 pelajar lagi menerima Anugerah Sukan/Kokurikulum.

Di samping anugerah kecemerlangan kepada pelajar, sekolah-sekolah turut diberi pengiktirafan melalui Anugerah Sekolah Terbaik dengan hadiah wang tunai bernilai RM5,000, RM3,000 dan RM2,000 bagi sekolah yang paling cemerlang di tempat pertama, kedua dan ketiga.

Anugerah ini terbahagi kepada dua kategori iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah.
Tiga pemenang terbaik sekolah rendah ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar, SK La Salle Sentul 1 dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chi Man.

Manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Sentul, SMK Seri Permaisuri dan SMK Padang Tembak pula mengungguli kategori sekolah menengah.

Sementara itu, Seok Kian berkata, program ini juga meneraju beberapa aktiviti yang boleh mempertingkatkan motivasi pelajar untuk meraih kecemerlangan dalam pendidikan seperti; Kem Jati Diri - yang merupakan program bina upaya dan potensi diri pelajar yang terlibat; Seminar Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM serta Kem Kesedaran Alam Sekitar Eco Drum Circle.

"Aktiviti-aktiviti yang digerakkan melalui Projek Bintang Cemerlang ini bermatlamat untuk membimbing pelajar yang berada dalam situasi serba kekurangan secara terbimbing menerusi penyediaan pelbagai peluang pendidikan melalui pengalaman melebihi ruang lingkup pembelajaran dalam bilik darjah," ujarnya.

Sunday, June 24, 2012

Roda Tajwid bantu pelajari al-Quran



PUTRAJAYA: Kesusahan anak muridnya mempelajari hukum tajwid al-Quran mendorong seorang guru, Hashimah Md Yusoff, 40, menghasilkan Roda Tajwid bagi memudahkan proses pembelajaran itu.

Usaha guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Presint 9 (2), di sini itu bukan saja terbukti membantu meningkatkan prestasi muridnya, bahkan diiktiraf pada peringkat kebangsaan selepas menjadi naib johan pertandingan Guru Inovatif Kebangsaan 2011 baru-baru ini.
Hashimah yang berasal dari Melaka, berkata idea menghasilkan Roda Tajwid bermula dua tahun lalu selepas mendapati muridnya keliru dengan pelbagai hukum tajwid diajar, selain terpaksa merujuk pelbagai buku untuk memahaminya.

“Saya kemudian mengumpulkan semua sukatan pelajaran hukum tajwid ini dan menyusunnya dalam bentuk roda interaktif yang memudahkan murid menguasainya.

“Ternyata murid saya berminat mempelajarinya kerana ia bersifat ‘play learning’ dan kini, ada daripada mereka mendapat markah dua kali ganda berbanding sebelum ini,” katanya ketika ditemui ketika program Jejak Inovasi Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Karnival Perpaduan di sini, semalam.

Roda Tajwid adalah alat bantuan mengajar tajwid pertama di Malaysia yang mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran. 
Roda Tajwid memerlukan pelajar memusingkan roda kertas bagi memadankan hukum tajwid dengan huruf yang dicari serta warna sepadan untuk mengenal pasti nama hukum dan cara bacaan.

Hashimah berkata, Roda Tajwid akan dibukukan serta dijangka berada dalam pasaran hujung tahun ini, selain dipasarkan ke Indonesia, Singapura dan Thailand.

“Alhamdulillah, sambutan awal yang saya terima sangat menggalakkan dan saya juga bercadang untuk menghasilkan Roda Tajwid dalam bentuk e-pembelajaran,” katanya.

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, dalam ucapan perasmian program itu, berkata rakyat perlu membudayakan sikap kreativiti dan inovasi khususnya di kalangan kanak-kanak bagi merealisasikan hasrat kerajaan melahirkan modal insan berkualiti ke arah negara berpendapatan tinggi. 

“Pelbagai pengiktirafan disediakan kerajaan untuk memupuk minat golongan muda menghasilkan idea yang menggalakkan inovasi termasuk Anugerah Inovasi Negara dan Perdana Menteri," katanya. Ucapan beliau dibacakan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia, Mohd Aziph Mustafa.

Sekolah Amanah / Trust School


Sekolah Amanah adalah sekolah awam yang diurus secara bersama di antara pihak swasta dengan pemimpin sekolah kerajaan, di bawah kawal selia KPM. Sekolah Amanah akan diberi lebih kebebasan dalam membuat keputusan dan dengan itu dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan prestasi pelajar.

Sekolah Amanah bermatlamat untuk membawa perubahan kepada prestasi sekolah tanpa mengira pencapaian semasa: daripada sederhana kepada baik, baik kepada lebih baik.

Sekolah Amanah akan dipilih daripada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sedia ada di seluruh negara (contohnya, rendah dan menengah, bandar, pinggir bandar dan luar bandar).

Sekolah yang dipilih merangkumi sekolah berprestasi rendah, sederhana dan cemerlang dengan harapan untuk meningkat prestasi di semua peringkat. Sekolah Amanah bertujuan untuk mempercepatkan proses penambahbaikan dalam melahirkan pelajar dan sekolah yang cemerlang tanpa mengira tahap permulaan.

Sekolah Amanah akan mempunyai lebih autonomi dalam membuat keputusan berkaitan kurikulum, kewangan dan sumber manusia bagi menggalak inovasi dan menjadi lebih responsive terhadap keperluan komuniti sekolah. Autonomi yang diberi merangkumi kebebasan memilih kandungan kurikulum, pengagihan peruntukan mengikut keperluan, penyediaan insentif berasaskan prestasi dan pemilihan guru dan kakitangan bukan guru.

Sekolah Amanah dikehendaki mencapai prestasi yang telah ditetapkan dalam tempoh lima tahun. Pihak KPM akan mengambil alih pengurusan dari penajasekiranya sekolah gagal mencapai prestasi yang ditetapkan. (RMKe-10).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan 10 buah sekolah berprestasi rendah, sederhana dan tinggi serta merentasi pelbagai latar belakang sosioekonomi sebagai Rangkaian Sekolah Amanah Yayasan Amir mulai tahun depan.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, program di bawah tajaan Yayasan Amir, sebuah yayasan di bawah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) itu bertujuan meningkatkan pembangunan modal insan untuk melahirkan pemimpin masa hadapan.

Menurutnya, sekolah perintis yang terpilih ialah lima buah di Johor iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Uda 2; SK Kampung Layau, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kangkar, Pulai; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semenchu dan SMK Gelang Patah.

Tambah beliau, lima buah lagi sekolah ialah di Sarawak iaitu SM Sains Kuching; SMK Bandar Kuching (2); SK Tabuan; SK Empila, Samarahan dan SK Combine.
‘‘Sekolah Amanah adalah sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan terpilih yang diurus secara usahasama oleh sektor swasta dan pentadbir-pentadbir sekolah di bawah naungan Kementerian Pelajaran.

‘‘Dari segi pengurusan sekolah, kementerian akan memberikan kebebasan kepada pentadbir, guru-guru dan pihak swasta dalam bidang-bidang tertentu seperti kurikulum, kewangan dan perolehan, pengurusan staf serta carta aliran pelaporan di samping menyediakan garis panduan akauntabiliti bagi mengelak pertindihan tugas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Rangkaian Sekolah Amanah Yayasan Amir di sini hari ini. Hadir sama Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar dan Pengerusi Yayasan Amir, Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda.

Menurut Muhyiddin, memandangkan projek berkenaan masih di peringkat awal, hanya 10 buah sekolah dipilih bagi mempermudahkan urusan memantau sekolah yang ada dalam satu negeri.

‘‘Jika di seluruh negara mungkin soal pemantauan dan untuk menentukan standard, kualiti pengajaran dan pengurusan itu akan lebih sukar. Justeru di peringkat awal ini, kita pilih dua buah negeri dulu (Johor dan Sarawak),” katanya.

Beliau berkata, pemilihan Sekolah Amanah tidak tertumpu kepada sekolah berprestasi tinggi sahaja kerana kerajaan mahu meningkatkan prestasi sekolah lemah dan sederhana dalam bidang akademik dan bukan akademik murid.

Katanya, satu pasukan petugas bersama bagi memperincikan lagi butiran mengenai perundangan dan pentadbiran, pengurusan sumber manusia, pembiayaan, operasi dan komunikasi telah ditubuhkan antara Kementerian Pelajaran dan Khazanah.

Menurutnya, banyak lagi syarikat swasta akan dipilih bagi memperluaskan lagi program Sekolah Amanah ke seluruh negara.

‘‘Kita tidak hadkan jumlah sekolah untuk program ini, beberapa buah syarikat termasuk institusi perbankan juga berminat. Inisiatif Khazanah ini akan dijadikan penanda aras bagaimana Sekolah Amanah hendak ditadbirkan,” katanya.



Thursday, June 21, 2012

Bahana bermain 'Spirit Of Coin' 20 orang pelajar dirasuk.



Bahana bermain 'Spirit Of Coin' 20 orang pelajar SMK Simunjan No.1, 94800 Simunjan, Sarawak telah dirasuk. 

Hal ini telah menyebabkan pihak pengurusan asrama menghubungi keluarga pelajar-pelajar yang dirasuk kerana ketidakmampuan untuk merawat anak-anak mereka yang dirasuk. 

Dan hari ini bertambah seorang lagi dirasuk semenjak Jumaat lalu. Kebanyakkan pelajar berada dalam ketakutan untuk menghuni asrama.

Semuanya bermula apabila beberapa orang pelajar perempuan bermain 'Spirit of Coin' bagi tujuan memanggil roh mereka yang telah meninggal dunia. 

Hal ini menyebabkan beberapa orang penghuni asrama menjerit dan meracau menyebabkan pihak pengurusan sekolah campur tangan bagi meredakan keadaan. 

Pihak pengurusan asrama telah meminta bantuan beberapa orang ustaz bagi memulihkan keadaan pelajar yang seolah dirasuk.

Keadaan menjadi aman seketika apabila mereka yang histeria ini berjaya dipulihkan tetapi menyerang semula. 

Berikutan usaha memulihkan pelajar tidak berjaya, pengurusan sekolah mengarahkan mereka pulang ke rumah masing-masing semalam. 

Keputusan menghantar balik dibuat disebabkan keadaan semakin teruk walaupun pelbagai ikhtiar dilakukan bagi memulihkan mereka. 

Difahamkan pelajar terbabit masih belum pulih sepenuhnya dan cuba merawat mengikut kepercayaan masing-masing.

Pemainan 'Spirit of the coin' ini digunakan dalam beberapa ritual kononnya untuk berhubung dan berbual dengan roh orang yang sudah meninggal dunia. 

Ia dimainkan dengan dilengkapi papan atau kertas dikenali 'Ouija' yang bertulis huruf A hingga Z selain angka kosng hingga sembilan.

Selain itu terdapat perkataan 'Yes', 'No', 'Home'an Good Bye' pada papan atau kertas berkenaan dan setiap pemain akan 'menjemput' atau memanggil roh secara rambang. - HM

Wednesday, June 20, 2012

Kekosongan Jawatan Programme Support Officer (Publications) di Sekretariat SEAMEO, Bangkok, Thailand

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat SEAMEO telah menawarkan jawatan Programme Support Officer (Publications) yang bakal dikosongkan pada 1 April 2013. Pegawai-pegawai di Bahagian mahupun Institusi/sekolah yang mempunyai pengalaman dalam Bidang Report Writing dan/atau Penerbitan/Kerja-Kerja Editorial serta mahir menggunakan komputer terutamanya Perisian Desktop Publishing, Illustration dan Photo Retouching/Manipulativeadalah dipelawa untuk mengisi jawatan tersebut.
Bersama-sama ini disertakan :
            a.         Borang Permohonan (SEAMES/AF/PS)
b.         Post Description Programme Support Officer (Publications)
            c.         Privileges of Professional Staff at SEAMEO Secretariat
d.         Extract from SEAMES Staff Regulation and Staff Rules- Duties, Obligation and Privileges
Dokumen berkaitan yang telah lengkap diisi, bolehlah dimajukan ke Setiausaha Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, KPM pada atau sebelum 27 Julai 2012 untuk tindakan lanjut. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-88846107.
Muat turun
Borang Permohonan

Belasah guru


KUALA TERENGGANU: Seorang guru sebuah sekolah menengah di Chalok, Setiu, menerima lima jahitan di kepalanya apabila dibelasah seorang pelajar tingkatan lima yang berselisih faham dengannya, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, guru berusia dalam lingkungan 30-an itu dikatakan menegur pelajar berkenaan, menyebabkan remaja berkenaan berang dan bergegas pulang ke rumahnya sebelum mengambil sebatang cota.

Tidak lama kemudian, pelajar berusia 17 tahun terbabit kembali ke sekolah yang terletak kira-kira empat kilometer dari rumahnya bersama abangnya berusia 21 tahun dan seorang rakan abangnya berusia lingkungan 20-an.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Rohaizat Abd Ani, berkata pelajar itu kemudian terus memukul gurunya di bahagian kepala dengan cota berkenaan menyebabkan guru lelaki terbabit rebah dalam keadaan kepalanya berlumuran darah.

Beliau berkata, orang ramai termasuk pengawal keselamatan sekolah yang menyedari kejadian kemudian membantu meleraikan pergaduhan itu dan guru berkenaan dikejarkan ke Hospital Setiu.

“Akibat kecederaan itu, guru berkenaan menerima lima jahitan di kepala. Dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu pada petang kejadian.

“Susulan laporan itu, polis menahan pelajar bersama dua lelaki terbabit. Siasatan kita juga mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah atau rekod jenayah lampau,” katanya.

Rohaizat berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan ketiga-tiga suspek direman tiga hari bermula semalam.

Program Empower ECER tingkat pencapaian akademik

SETELAH mengubah kehidupan hampir 10,000 penduduk pantai timur, Program Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) telah diperluaskan ke Raub, Pahang baru-baru ini untuk meningkatkan pencapaian akademik dan memperkasakan penduduk tempatan dengan kemahiran berguna bagi membantu mereka menjana pendapatan yang lebih tinggi.

Menteri Pelancongan, Datuk Sri Dr Ng Yen Yen ketika merasmikan program itu berkata, inisiatif berkenaan bukan sahaja akan membantu mengimbangi jurang antara kawasan bandar dan luar bandar tetapi ia juga seiring dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang bermatlamat untuk mewujudkan masyarakat yang berpendapatan tinggi di kalangan semua rakyat di negara ini.

"Program empower ECER bersama dengan program pembangunan modal insan lain yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan di Raub terbukti menunjukkan rekoda yang memberangsangkan dalam memupuk belia tempatan yang merupakan masa depan negara," kata Ahli Parlimen Raub itu.

Program empower mula diperkenalkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) pada 2010 dengan objektif untuk meningkatkan sumber modal insan di ECER melalui Latihan Kemahiran Akademik untuk pelajar sederhana dan lemah, serta Latihan Kemahiran & Keusahawanan untuk orang dewasa.

Ia kini dilaksanakan di lima daerah di Pahang iaitu, Bentong, Temerloh, Lipis, Cameron Highlands dan Raub; Kemaman di Terengganu; serta Jeli dan Bachok di Kelantan.

Di Raub, seramai 400 pelajar sederhana dan lemah telah menyertai kursus Latihan Kemahiran Akademik sejak Januari 2012 bagi membantu mereka membuat persediaan untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan datang.

Manakala 500 orang dewasa pula telah mendaftar untuk program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan yang akan meningkatkan kebolehpasaran mereka di kalangan bakal majikan atau membolehkan mereka memulakan perniagaan sendiri.
Sehingga kini, ECERDC telah berjaya memenuhi petunjuk prestasi utama (KPI) 100 peratus lulus dalam keputusan UPSR, PMR dan SPM pada tahun 2010 dan 2011.
Secara keseluruhan, ia merekodkan peningkatan sebanyak 30 peratus dalam pencapaian akademik bagi pelajar yang mendaftar di bawah Program Latihan Kemahiran Akademik.
Selain itu, ECERDC mensasarkan 80 peratus kejayaan dalam penempatan pekerjaan untuk para peserta dengan pendapatan tambahan antara RM800 dan RM1,500 sebulan.

Meningkat mutu akademik luar bandar

SEKRETARIAT Malaysia Prihatin (SMP) melalui Biro Pendidikannya mengadakan kerjasama dengan Utusan Melayu (M) Berhad dalam usaha melaksanakan Program Kecemerlangan Akademik SMP-Utusan Malaysia bagi memberi peluang pendidikan kepada para pelajar di kawasan luar bandar.
Pengurus Besar SMP, Noraini Nordin berkata, objektif utama penganjuran program adalah untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar kurang berkemampuan dari kawasan luar bandar yang berpotensi untuk berjaya dalam peperiksaan.

"Program ini akan diadakan di enam lokasi masing-masing tiga di Negeri Sembilan dan Perak yang akan memberi penekanan khusus terhadap bimbingan serta latihan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Menurut Noraini, pengisian program akan dikendalikan oleh Unit Pendidikan Utusan Malaysia meliputi sesi motivasi bersama Dr. Ismail Zain, teknik menjawab soalan peperiksaan bagi subjek pilihan UPSR, PMR dan SPM.

Program selama satu hari itu akan bermula di Linggi, Negeri Sembilan pada 30 Jun yang melibatkan kira-kira 200 calon PMR dari kawasan berkenaan.

"Ia akan diteruskan dengan sesi sama bagi calon PMR dari sekolah-sekolah sekitar Taiping, Perak pada 1 Julai yang turut melibatkan 200 peserta.

"Para peserta yang dipilih untuk mengikuti program merupakan pelajar dari sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang kurang mendapat perhatian," jelasnya.

Beliau menambah, Program Kecemerlangan Akademik bagi calon-calon UPSR dan SPM di kedua-dua negeri berkenaan akan diadakan sepanjang Ogos hingga September.

"Program ini bakal diperluaskan ke seluruh negara pada masa akan datang dalam usaha pihak kami untuk membantu meningkatkan mutu pendidikan negara.

"Diharapkan agar program ini mampu memberi faedah berguna kepada pelajar-pelajar yang terlibat serta membantu mereka mendapat pendidikan terbaik sama seperti pelajar-pelajar lain yang berkemampuan," ujarnya.

Jelasnya, para pelajar yang menyertai program ini akan terus dipantau oleh SMP walaupun selepas tamat program bagi memastikan mereka mendapat bimbingan yang sewajarnya dalam bidang akademik.

Pada program itu, para pelajar akan dibekalkan dengan buku nota, alat tulis serta sijil penyertaan selain khidmat bimbingan daripada tenaga pengajar bertauliah.

Tiada batasan pendidikan Tinggi


KUALA LUMPUR 19 Jun - Majlis Amanah Rakyat (Mara) menerusi aspek pendidikannya akan terus membuka peluang kerjasama dengan institusi pengajian tinggi ternama di luar negara bagi memastikan kecemerlangan para pelajarnya.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, untuk itu semua institusi-institusi pendidikan di bawah Mara tidak boleh meletakkan batasan dalam kalangan pelajarnya untuk meneruskan pengajian di luar negara.

Contohnya, ujar beliau, Mara telah memberi peluang kepada sembilan pelajar melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Cambridge berikutan hasil kerjasama yang berjaya diwujudkan sejak tahun lalu.

"Selain itu, usaha beberapa Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Kolej Mara mengendalikan program pembelajaran International Baccalaureate (IB) membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara," katanya pada majlis sambutan Hari Pendidik Mara 2012 di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh dan Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad.

Pada majlis itu, bekas Ketua Pengarah Mara, Datuk Mohd. Mydin Mohd. Sheriff dipilih sebagai tokoh pendidik Mara 2012 sebagai menghargai jasanya dalam membantu pendidikan Mara terus cemerlang sehingga hari ini.

Mohd. Shafie berkata, Mara kini semakin berpuas hati dengan pencapaian pendidikannya terutama apabila sasaran kerajaan melihat pendidikan di kalangan bumiputera meningkat bakal terlaksana sejajar dengan agenda kerajaan menjelang 2020.

Tuesday, June 19, 2012

Pemudah akan diperluas ke seluruh negara

PUTRAJAYA 19 Jun - Pertandingan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah), Cabaran: Kembali ke Sekolah akan diperluas ke seluruh negara untuk menggalakkan pelajar melahirkan idea kreatif.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, berkata, program tersebut membolehkan generasi muda membiasakan diri dengan budaya inovasi dan kreatif agar golongan itu sentiasa peka serta berani bersuara.

Katanya, sumbangan idea kreatif dan penuh inovasi pelajar-pelajar itu secara tidak langsung dapat memantapkan lagi sistem pelajaran negara.

"Program ini telah menerima sambutan yang baik dengan 198 penyertaan diterima dari pihak sekretariat.

"Daripada jumlah itu, Pemudah telah mengenal pasti 24 atau 12 peratus idea bernas yang boleh dilaksanakan di sekolah-sekolah. Idea-idea ini dipilih berdasarkan kreativiti, inovasi dan keberkesanan serta impak kepada sistem pembelajaran," katanya.

LELAKI D TUMBUK KERANA TUKAR SIARAN EURO 2012



GEORGETOWN: Akibat menukar saluran televisyen (TV) ketika perlawanan bola sepak Euro 2012 berlangsung, seorang lelaki cedera dipukul pelanggan lain di sebuah pusat hiburan di Lebuh Naning, di sini, yang tidak puas hati dengan tindakan lelaki itu, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.10 pagi itu, lelaki berusia 30-an terbabit menukar saluran televisyen ketika perlawanan di antara pasukan Russia dan Greece, menyebabkan pengunjung pusat hiburan itu tidak berpuas hati.


Jurucakap polis berkata, berlaku pertengkaran antara lelaki berkenaan dengan beberapa pengunjung sehingga tercetus pergaduhan yang berlarutan hingga ke luar pusat hiburan terbabit.

Menurutnya, polis yang dimaklumkan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian dan berjaya meleraikan pergaduhan berkenaan. 


Lapor Harian Metro

PROGRAM SUB KEPAKARAN / POST DOKTORAL


OBJEKTIF
Menyediakan biasiswa kepada pensyarah-pensyarah di IPTA melanjutkan pengajian di peringkat Sub-Kepakaran Perubatan dan Pasca Kedoktoran di dalam dan luar Negara bagi :

  1. Meningkatkan mutu pengajaran dan pendidikan di IPTA melalui latihan berterusan dalam pelbagai kepakaran bagi seseorang pensyarah
  2. Menyokong pelaksanaan rancangan latihan sedia ada yang dijalankan oleh IPTA
  3. Menggalakan seseorang pensyarah mempunyai 2 bidang kepakaran yang berlainan dalam memantapkan pembangunan modal insan.

GOLONGAN SASARAN
Pensyarah yang  telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1)  tahun selepas dianugerahkan PhD atau Sarjana Kepakaran dan tidak pernah mengikuti pengajian peringkat Pasca Kedoktoran/Sub-Kepakaran

PERINGKAT PENGAJIAN
Sub Kepakaran
Pasca kedoktoran

TEMPAT PENGAJIAN
Semua universiti dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan.

IKATAN  PERANJIAN
Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuat kuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian.

SYARAT
  1. Warganegara Malaysia;                                                                            
  2. Telah disahkan dalam jawatan;                                                           
  3. Bebas daripada tindakan tatatertib;                                                   
  4. Berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun selepas dianugerahkan PhD atau Sarjana Kepakaran;
  5. Diperakukan oleh pihak majikan;                                                       
  6. Tempoh kursus tidak melebihi 2 tahun;
  7. Lulus dengan jayanya Kursus Khas Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara; dan                                          
  8. IELTS/TOEFL dikecualikan .

                                                    
PERMOHONAN / PERTANYAAN

Anda boleh mengemukakan permohonan melalui pegawai biasiswa / pegawai Hal Ehwal Pelajar di pusat pengajian masing-masing.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Unit Skim Latihan Akademik IPTA
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Talian Utama

03 – 8870 6000(samb.)
Faks03 – 8870 6839

KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PENGARAH (PPPS GRED DG41) DI BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.


Semua,
Ketua-ketua Sektor JPN Johor.
Pegawai Pelajaran Daerah Negeri Johor.
Pengetua & Guru Besar Sekolah Negeri Johor.

Tuan/Puan,

PERMOHONAN BAGI MENGISI JAWATAN PENOLONG PENGARAH (PPPS GRED DG41) DI BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Bersama ini disertakan surat daripada BPKhas, KPM yang menerangkan maksudnya sendiri.

3. Permohonan hendaklah melalui ketua jabatan masing-masing dan dihantar ke alamat :

Pengarah,
Bahagian Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 2, Blok E2,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putarajaya.


Sekian terima kasih.
LAMPIRAN
 Surat BPKhas, KPM (Surat)
 Borang Permohonan PPPS DG41 (Borang)

Monday, June 18, 2012

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN JURULATIH SENI GRED 26-44


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk mengisi jawatan Jurulatih Seni Gred 29-44 (Jawatan Terbuka) Secara Kontrak di Sekolah Seni Malaysia.
Sila download dokumen-dokumen yang berkaitan di bawah..

Sekian terima kasih

Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP)

Tujuan penubuhan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) ialah untuk menerima, mengumpul dan menguruskan dana supaya dapat memberikan perkhidmatan dan bantuan untuk meningkatkan taraf hidup golongan miskin dan yang memerlukan dalam pelajaran, kesihatan, kebajikan dan sosial serta ekonomi penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Selain memberikan perkhidmatan dan bantuan untuk meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah di dalam pelajaran dan sosio-ekonomi penduduk Wilayah Persekutuan, YWP berhasrat untuk menjadi sebuah yayasan negeri yang kukuh dan berinovatif serta dapat menyumbangkan perkhidmatan dan bantuan kewangan terutamanya dari segi pendidikan dan pelajaran.

Yayasan Wilayah Persekutuan telah ditubuhkan pada 9 April 1986. Dari mula penubuhan sehingga tahun 1995, YWP diletak dan ditadbirkan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan diletakkan pula di bawah Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang, Jabatan Perdana Menteri. Pada awal tahun 1996, YWP telah membuat perlantikan pegawai dan kakitangan secara sepenuh masa bagi mengurus tadbir perjalanan YWP ini.

Objektif utama YWP ialah untuk menerima, mengumpul dan menguruskan dana supaya dapat memberikan perkhidmatan dan bantuan untuk meningkatkan taraf hidup golongan miskin dan yang memerlukan dalam pelajaran, kesihatan, kebajikan dan sosial serta ekonomi penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Memberikan perkhidmatan dan bantuan untuk meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah di dalam pelajaran dan sosio-ekonomi penduduk Wilayah Persekutuan.


VISI
Yayasan Wilayah Persekutuan berhasrat untuk menjadi sebuah yayasan negeri yang kukuh dan berinovatif serta dapat menyumbangkan perkhidmatan dan bantuan kewangan terutamanya dari segi pendidikan dan pelajaran. Selain itu, YWP juga memainkan peranan aktif dalam aspek untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi golongan miskin dan berpendapatan rendah yang memerlukan khususnya wargakota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan selaras dengan misi kerajaan untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan taraf pendidikan rakyat di ketiga-tiga wilayah tersebut.

MISI
Ke arah menjadikan YWP sebagai sebuah yayasan negeri yang kukuh, mampu menjana dan menguruskan dana dengan cekap dan efektif serta mengagihkan secara saksama bagi meningkatkan taraf hidup penduduk Wilayah Persekutuan melalui pembangunan modal insan secara holistik.


PROGRAM YURAN PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA KEPADA PENJAWAT AWAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Y.Bhg Datuk /Dato’ /Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menawarkan Program Yuran Pengajian Secara Separuh Masa Kepada Penjawat Awam selaras dengan pengumuman yang telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri pada pembentangan bajet 2012 yang lalu.

Program Yuran Pengajian ini hanya ditawarkan pada tahun 2012. Penawaran ini terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Pelaksana/Kumpulan Sokongan lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di KPM. Pegawai boleh mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran di 20 universiti awam dalam negara. Pegawai yang terpilih mengikuti program ini akan ditaja yuran pengajian sebagaimana yang dituntut oleh pihak universiti dan akan dibayar setelah pegawai mendaftar dan mengikuti pengajian di universiti berkenaan.

Program ini merupakan usaha Kerajaan menyokong pembelajaran berterusan di kalangan penjawat awam untuk menghasilkan modal insan yang dapat memberikan perkhidmatan terbaik setanding tuntutan dan cabaran semasa. Kerajaan tidak menjanjikan sebarang jaminan kenaikan pangkat atau lantikan ke jawatan yang lebih tinggi setelah pegawai menamatkan pengajian di bawah penajaan ini.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Pelaksana/Kumpulan Sokongan gred 40 dan ke bawah lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di KPM bagi semua peringkat pengajian.
Nota : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma dan Anggota Kumpulan Pelaksana/Kumpulan Sokongan seperti Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Pengurusan Murid adalah layak memohon program ini bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau Kedoktoran;
(c) Pegawai telah menerima tawaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran pada tahun 2012 secara separuh masa di IPTA. Bagi pegawai yang sedang mengikuti pengajian, hendaklah mempunyai minimum tiga (3) semester baki pengajian pada September 2012;
(d) Telah berkhidmat secara tetap tidak kurang daripada (3) tahun;
(e) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;
(f) Berumur tidak melebihi 50 tahun pada 31 Disember 2012;
(g) Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85 peratus bagi tempoh 3 tahun berturut-turut (2009, 2010 dan 2011) genap satu tahun kalendar. Sekiranya pegawai pernah diluluskan cuti belajar dalam tempoh tersebut, sila kemukakan LNPT tahun sebelum/selepas tempoh cuti belajar;
(h) Bebas dari tindakan tatatertib, bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada kes mahkamah;
(i) Pegawai telah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan untuk mengikuti pengajian secara separuh masa;
(j) Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai;
(k) Mengikuti pengajian dalam bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan. Semakan bidang-bidang yang diiktiraf boleh dibuat di portal e-SISRAF iaitu http://pengiktirafan.jpa.gov.my/;
(l) Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang lain bagi pengajian yang diikuti;
(m) Telah menyelesaikan atau sedang membuat pembayaran balik pinjaman pelajaran secara ansuran (sekiranya berkaitan) bagi pinjaman yang ditaja oleh agensi Kerajaan; dan
(n) Tidak tersenarai dalam senarai hitam biasiswa/pinjaman pelajaran Kerajaan.


TAWARAN
Iklan tawaran akan dibuka mulai Julai 2012 sehingga Ogos 2012. Pegawai yang berminat boleh membuat permohonan melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran www.moe.gov.my.

SENARAI UNIVERSITI AWAM TEMPATAN DI MALAYSIA
BAGI PROGRAM YURAN PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA
KEPADA PENJAWAT AWAM

1. Universiti Malaya
2. Unversiti Sains Malaysia (USM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Putra Malysia (UPM)
5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
6. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
10. Universiti Utara Malaysia (UUM)
11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
12. Universiti Tun Husein Onn Malaysia (UTHM)
13. Universiti Malaysia Melaka (UTeM)
14. Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP)
15. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
16. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
17. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
20 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Sekian,terima kasih.

Bahagian Tajaan Pendidikan

Friday, June 15, 2012

SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTRA (SLAB) /SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

PROGRAM SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTRA (SLAB) /SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

OBJEKTIF
  1. Meningkatkan kualiti anggota akademik berkelayakan PhD atau setaraf bagi mencapai 75% di Universiti Penyelidikan (RU) dan 60% di Universiti Bukan Penyelidikan pada tahun 2015.
  2. Merupakan sebagai salah satu strategi untuk memperkasakan pengajian tinggi negara bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pengajian tinggi serantau.
  3. Menambahkan keperluan tenaga pengajar yang mendesak mengikut keperluan disiplin, menyokong pelaksanaan rancangan latihan sedia ada yang dijalankan oleh IPTA.
  4. Meningkatkan mutu pengajaran dan pendidikan di IPTA melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.
 
GOLONGAN SASARAN
  • Tutor, felo dan pensyarah di IPTA

PERINGKAT PENGAJIAN
  • Ijazah Kedoktoran atau setaraf

TEMPAT PENGAJIAN
  • Semua universiti dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan

IKATAN PERJANJIAN
  • Setiap calon mempunyai dua ikatan perjanjian iaitu bersama IPTA selaku majikan dan KPT bagi pihak Kerajaan dan tempoh kontrak berkuat kuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian.
  • Kedua-dua perjanjian berjalan serentak kecuali jika pegawai mempunyai baki tempoh kontrak dari perjanjian yang terdahulu atau pemindahan kontrak dari penaja lain seperti JPA, maka baki kontrak tersebut perlu diselesaikan terlebih dahulu bermula dari tarikh pegawai melapor diri selepas menamatkan pengajian.
  • Kegagalan disebabkan pelanggaran perjanijan, tindakan ganti rugi akan dikenakan.

SYARAT
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak lebih daripada 45 tahun untuk peringkat pengajian Sarjana dan 43 tahun bagi peringkat PhD;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.0 ke atas atau Kelas Dua Atas;
  • Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja;
  • Tiada ikatan perjanjian dengan pihak-pihak lain;
  • Lulus Tapisan Keselamatan Kerajaan;
  • Permohonan diperakukan oleh pihak universiti;
  • Bebas dari tindakan mahkamah atau tindakan tatatertib;
  • Menyediakan kertas cadangan pengajian (proposal);

Syarat Tambahan Bagi Permohonan Pengajian di Luar Negara:
  • Mendapat tawaran tempat pengajian dan diterima masuk ke universiti yang mempunyai ranking atau rating yang ditetapkan;
  • Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris sama ada TOEFL 600 (paper based) atau 240 (computer-based) atau 92 (internet-based) atau IELTS sekurang-kurangnya lulus band 6.5
  • Lulus dengan jayanya Kursus Khas Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara.

PERMOHONAN / PERTANYAAN
Anda boleh mengemukakan permohonan melalui pegawai biasiswa / pegawai Hal Ehwal Pelajar di pusat pengajian masing-masing.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Unit Skim Latihan Akademik IPTA
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya

Talian Utama
03 – 8870 6000 (samb.)

Faks
: 03 – 8870 6839

 Rujukan :http://www.mohe.gov.my/portal/

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara