SHAH ALAM: Gara-gara tidak hadir ke sekolah tanpa sebab, seorang
pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di Teluk Panglima Garang,
dekat Banting menerima padah apabila mendakwa mulutnya ditumbuk oleh
seorang guru lelaki, Khamis lalu.
Kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu menyebabkan bibir Muhammad
Hafiz Nazhah Mokhtar, 13, pecah dan membengkak menyebabkannya tidak
boleh menjamah makanan keras dan nasi sejak lima hari lalu.
Difahamkan, guru lelaki berusia 20-an itu tidak berpuas hati dengan
penjelasan mangsa mengenai kegagalannya hadir ke sekolah tanpa sebab
selama 10 hari sejak awal tahun lalu.
Ibu saudara mangsa, Latifa Johari, 42, berkata pada hari kejadian, anak saudaranya pulang ke rumah didiami bersama ibu dan neneknya di Kampung Teluk Panglima Garang dalam keadaan tali leher dan baju sekolah berlumuran darah.

Difahamkan, ketika kejadian ibu bapa mangsa tiada di rumah dan berada di luar kawasan atas urusan kerja.
No comments:
Post a Comment