1.
PENYATAAN DASAR
1.1 Semua jawatan GBC perlu diisi mengikut kuota yang ditetapkan kerajaan
melalui proses-proses yang ditetapkan.
1.1 Pemilihan Guru Besar Cemerlang yang diuruskan oleh Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.11/2007 yang
dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 1 Julai 2007 dan
keputusan Mesyuarat Pelaksanaan Guru Besar Cemerlang Gred DGA38 di
Sekolah Rendah dan Sekolah Kluster (Sekolah Rendah) bertarikh 26 Julai 2007.
2
TUJUAN
2.1 Menyelaraskan
pencalonan GBC DGA38 yang dicalonkan oleh semua negeri, berdasarkan kekosongan
jawatan untuk dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) bagi
tujuan pengisian jawatan.
3
PELAKSANAAN DASAR
Berpandukan
syarat-syarat pencalonan berikut:
3.1
Calon perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap.
-
Borang GBC38/07/A (Pind.1/08).
3.2 Telah
dinaikkan pangkat ke Gred DGA34 tidak kurang 3 tahun (termasuk
sekurang-kurangnya 1 ½ tahun pengalaman sebagai guru besar).
3.3 Calon
memperoleh Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang
cemerlang
bagi tempoh tiga (3) tahun terkini.
3.4 Calon
yang belum menduduki / belum lulus Penilaian Tahap Kecekapan (TK4) atas gred
hakiki DGA34 boleh memohon untuk pertimbangkan.
3.5 Calon
bebas dari hukuman tatatertib.
3.6 Telah
mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuatkuasa.
3.7 Lulus
tapisan Keutuhan Badan Pencegah Rasuah. (Lampiran T1)
3.8 Diperakukan
oleh Ketua Jabatan.
3.9 Mempunyai tempoh berkhidmat sekurang-kurangnya dua (2) tahun sebelum tarikh
bersara wajib pada tarikh tutup pencalonan.
3.10 Berjaya
menunjukkan prestasi pengurusan yang cemerlang dalam semua aspek. Calon lulus
penilaian / pemantauan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.
3.11 Bagi
Penyelia / Pengelola yang tidak pernah menjadi Guru Besar hendaklah telah
memegang jawatan tersebut sekurang-kurangnya selama tiga tahun (3 tahun).
4
KAEDAH PELAKSANAAN
Berpandukan penilaian aspek
berikut:
4.1
Kepimpinan Pengurusan Kurikulum : 20%
4.2
Kepimpinan Pengurusan Sumber Manusia : 10%
4.3
Kepimpinan Pengurusan Hal Ehwal Murid : 10%
4.4
Kepimpinan Pengurusan Kokurikulum : 10%
4.5
Pentadbiran Pejabat : 15%
4.6
Pengurusan Kewangan/Bajet : 15%
4.7
Penampilan Kualiti dan Peribadi : 10%
4.8
Kemahiran Perhubungan Awam : 10%
5
TARIKH KUATKUASA
1 Julai
2007
6
RUJUKAN
6.1 Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007.
6.2
Keputusan Mesyuarat Pelaksanaan Guru Besar Cemerlang Gred DGA38 Di Sekolah
Rendah dan Sekolah Kluster bertarikh 26 Julai 2007.
6.3 Surat
Siaran Bahagian Sekolah KPM, Bil KP(BS/PSR)8502/14/005/(5) bertarikh 24 Ogos
2007.
6.4
Surat Siaran Bahagian Sekolah KPM, Bil KP(BS/PSR)8502/14/005/(18) bertarikh
24 September 2007.
6.5 Surat
Siaran Bahagian Sekolah KPM, Bil KP(BS/PSR)8502/14/005/(32) bertarikh 6 Mac
2008.
LAMPIRAN
- Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.11/2007, para 4, 5 dan 6 adalah berkaitan dengan urusan naik pangkat Guru Besar Cemerlang DGA38 ;
Para 4;
“Mengambil kira perkembangan
semasa perkhidmatan pendidikan di bawah KPM iaitu dasar terbaru pewujudan
Sekolah Kluster dan konsep Guru Besar Cemerlang di sekolah rendah, maka
kerajaan memutuskan supaya ditambah satu lapisan gred baru bagi skim
perkhidmatan PPPLD untuk jawatan Guru Besar Cemerlang Sekolah Rendah dan Guru
Besar Sekolah Kluster (Sekolah Rendah) di sekolah-sekolah di bawah KPM.”
Para 5;
“Perubahan yang telah
dipersetujui oleh kerajaan ialah untuk menambah satu lagi lapisan gred kepada
lapisan gred sedia ada. Ini menjadikan skim perkhidmatan PPPLD yang diubah ini
mengandungi empat (4) lapisan gred iaitu Gred DGA29, DGA32, DGA34 dan Gred
DGA38. Perbekalan-perbekalan lain dalam skim perkhidmatan berkuat kuasa
adalah dikekalkan.”
Para 6;
“Pewujudan lapisan gred baru Gred
DGA38 dalam skim perkhidmatan PPPLD ini adalah khusus untuk digunakan sebagai
jawatan Guru Besar Cemerlang Sekolah Rendah dan Guru Besar Sekolah Kluster
(sekolah rendah) di bawah KPM. Jawatan Gred DGA38 ini tidak boleh digunakan
bagi maksud selain di atas.”
- Kuota yang telah diluluskan bagi pelantikan Guru Besar Cemerlang Gred DGA38 adalah sejumlah 1,700 jawatan.
- GARIS PANDUAN BAGI ASPEK YANG DINILAI (GURU BESAR)
1.
KEPIMPINAN PENGURUSAN KURIKULUM : 20%
a. Keadaan pentadbiran kurikulum yang berkesan melambangkan pengurusan yang pakar
dalam bidang kurikulum.
b. Keberkesanan dan kecekapan perlaksanaan program kurikulum yang inovatif di
sekolah
c. Keberkesanan pengurusan panitia mata pelajaran.
d. Kejayaan perlaksanaan program meningkatkan budaya kondusif untuk pengajaran dan
pembelajaran.
e. Kejayaan menyelesaikan masalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran.
2.
KEPIMPINAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA : 10%
a. Pelaksanaan program perkembangan sumber manusia secara berkesan.
b. Keberkesanan pelaksanaan penyelesaian masalah profesional dan peribadi staf.
c. Memperlihatkan keberkesanan program orientasi staf baru.
d. Merancang, melaksana dan menilai program kemajuan sumber manusia secara
berterusan.
e. Memperlihatkan keberkesanan mewujudkan suasana kerja yang mesra, harmonis dan
produktif.
3.
KEPIMPINAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID : 10 %
a. Memperlihatkan keberkesanan pelaksanaan program pengurusan hal ehwal murid
secara menyeluruh.
b. Memperlihatkan keberkesanan menyelesaikan masalah peribadi, salah laku dan
kebajikan murid.
c. Memperlihatkan keberkesanan pelaksanaan program kecemerlangan murid dalam
kurikulum dan kokurikulum.
4.
KEPIMPINAN PENGURUSAN KOKURIKULUM : 10%
a.
Memperlihatkan keberkesanan pelaksanaan program kokurikulum sekolah.
b.
Kejayaan program kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa.
5.
PENTADBIRAN PEJABAT : 15%
a. Kejayaan pengurusan hal-hal rutin dengan berkesan secara keseluruhan
b. Memperlihatkan pengurusan pejabat yang teratur, kemas dan menarik.
c. Memperlihatkan pengurusan secara berkesan dalam mengendalikan perkhidmatan
sokongan berkait dengan pembelajaran pelajar seperti bekalan buku teks dan
biasiswa.
d. Memperlihatkan pengurusan yang berkesan dalam perkhidmatan pelanggan (murid,
guru, ibu bapa dan masyarakat).
e. Keberkesanan pelaksanaan program pembangunan fizikal,keceriaan dan pengurusan
penyelenggaraan sekolah.
6.
PENGURUSAN KEWANGAN / BAJET : 15%
a. Pengurusan kewangan meliputi perancangan dan agihan perbelanjaan sekolah secara
teratur, kemas dan sejajar dengan peraturan dan Arahan Perbendaharaan.
b. Tidak ada kecacatan dalam laporan Audit Sekolah.
c. Berusaha menambahkan sumber kewangan dengan mematuhi tatacara kewangan.
7.
PENAMPILAN DAN KUALITI PERIBADI : 10%
a.
Menepati masa
b.
Kemahiran berkomunikasi
c.
Bersifat terbuka
d.
Prihatin dan penyayang
e.
Kesihatan fizikal dan emosi
f.
Kreatif dan inovatif
g.
Positif dan proaktif
8.
KEMAHIRAN PERHUBUNGAN AWAM : 10%
a. Memperlihatkan keberkesanan perlakuan perhubungan awam secara menyeluruh.
b. Memperlihatkan keberkesanan pelaksanaan program khas atau istimewa melalui
PIBG, Persatuan Bekas Murid, Wakil Rakyat, Agensi
Kerajaan dan Swasta serta masyarakat sekeliling untuk kepentingan pendidikan.
No comments:
Post a Comment