Social Icons

-

Saturday, September 15, 2012

Pengetua Cemerlang


PEMILIHAN PENGETUA CEMERLANG
1. PENYATAAN DASAR
Konsep kenaikan pangkat Pengetua Cemerlang adalah hasil daripada peluasan pemakaian konsep kenaikan pangkat Guru Cemerlang.  Ia merupakan suatu laluan bagi PPPS yang menyandang jawatan sebagai Pengetua Sekolah Menengah yang boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke Gred DG52, Gred DG54 dan JUSA C secara khas untuk Penyandang (KUP).  Laluan kenaikan pangkat ini adalah berdasarkan kepada kuota yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa dan tidak tertakluk kepada kekosongan jawatan.

2. TUJUAN
2.1. Tujuan utama kerajaan memperkenalkan dasar kenaikan pangkat Pengetua Cemerlang ialah sebagai suatu insentif kepada Pengetua-Pengetua yang mempunyai kepakaran, berpotensi tinggi dalam pengurusan pendidikan serta telah menunjukkan mutu kepimpinan yang cemerlang untuk terus dikekalkan sebagai Pengetua-pengetua sekolah menengah tanpa hilang kekananan ataupun peluang kenaikan pangkat.
2.2. Dengan adanya satu kelompok Pengetua Cemerlang yang berfungsi sebagai pakar dan pentadbir sekolah yang berkaliber, adalah dijangkakan mereka dapat dijadikan contoh dan teladan kepada Pengetua-Pengetua dan guru-guru lain untuk terus member perkhidmatan yang sebaik mungkin bagi memartabatkan lagi proses P&P di peringkat sekolah.

3. PELAKSANAAN DASAR
3.1. Konsep kenaikan pangkat Pengetua Cemerlang secara KUP ini mula dilaksanakan pada tahun 1995.  Pelaksanaannya bermula di Gred DG1 di bawah SSB yang setaraf dengan Gred DG54 di bawah SSM.  Pada 5 Ogos 2004, konsep Pengetua Cemerlang ini telah diperluaskan sehingga ke JUSA C.  Selain daripada itu, konsep ini juga telah diselaraskan mengikut gred dan syarat-syarat kenaikan pangkat di bawah SSM.
3.2. Pada 26 September 2006, Mesyuarat LKPPP telah bersetuju untuk memanjangkan konsep Pengetua Cemerlang kepada Pengarah-Pengarah di IPG dan KM serta meluluskan kuota baru Pengetua Cemerlang Gred DG52 (KUP).
3.3. Pada tahun 1995, kuota Pengetua Cemerlang Gred DG1 (KUP) yang diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP)  adalah sebanyak 180.  Pada tahun 2004, LKPPP meluluskan lima (5) kuota Pengetua Cemerlang JUSA C dan kuota ini telah menjadi Sembilan (9) pada tahun 2008.  Seterusnya LKPPP juga mewujudkan kuota untuk Gred DG52 dan menambah kuota bagi Gred DG54.  Pada 16 Mei 2009, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah mengumumkan penambahan bilangan kuota Pengetua Cemerlang iaitu Pengetua Cemerlang JUSA C dengan 20 jawatan, DG54 sebanyak 475 jawatan dan DG52  kekal 400 jawatan.
3.4. Dasar Bagi Laluan Kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Pegawai Cemerlang Secara Khas Untuk Penyandang (KUP)
3.4.1. Punca kuasa ialah daripada mesyuarat Lembaga Naik Pangkat pada 26 Jun 2008 telah memutuskan agar 10% daripada kuota Pengetua Cemerlang KUP diagihkan kepada pegawai-pegawai yang sedang bertugas di bahagian-bahagian KPM, JPN dan PPD.
3.4.2. Tarikh mula dilaksanakan ialah pada tahun 2009 selaras dengan keputusan dengan mesyuarat Lembaga Naik Pangkat Bil 1 2009 pada 21 Januari 2009.
3.4.3. Kuota yang diluluskan ialah seperti berikut :
3.4.3.1. JUSA C – 1
3.4.3.2. DG54 – 20
3.4.3.3. DG 52 – 40
3.5. Urus Setia Pemilihan Pegawai Cemerlang ialah Unit Pengurusan Sumber Manusia, KPM.

4. KAEDAH PELAKSANAAN
4.1. Peranan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
4.1.1. Mengeluarkan Surat Siaran / Iklan permohonan calon Pengetua Cemerlang kepada JPN dan Bahagian-bahagian Kementerian.
4.1.2. Membuat pemantauan, penilaian dan pemilihan calon yang layak berdasarkan Proses kerja seperti Lampiran A.
4.1.3. Mewujudkan Jawatankuasa Pemilihan Pengetua Cemerlang (Lampiran B) dan membuat pemilihan berdasarkan kriteria penilaian ialah seperti Lampiran C.
4.1.4. Memperakukan calon-calon yang layak kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

4.2. Peranan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
4.2.1. Menentukan calon memenuhi syarat pemangkuan.
4.2.2. Menyediakan kertas cadangan pemangkuan.
4.2.3. Meluluskan cadangan pemangkuan untuk pertimbangan Lembaga Kenaikan Pangkat.
4.2.4. Mengemukakan Kertas Cadangan kepada urus setia Lembaga Naik Pangkat  kepada JPA.
4.2.5. Mengemukakan kelulusan dari Lembaga Naik Pangkat.
4.2.6. Mengeluarkan arahan penempatan kepada calon melalui Ketua Jabatan.

4.3. KRITERIA PELAKSANAAN
4.3.1. Pada umumnya, seseorang Pengetua perlu memenuhi syarat-syarat tertentu sebelum dipertimbangkan untuk pemangkuan Pengetua Cemerlang Gred DG52 (KUP), Gred DG54 (KUP) dan JUSA C (KUP).
4.3.2. Syarat-syarat tersebut terbahagi kepada dua (2) iaitu syarat-syarat umum dan syarat-syarat khusus.
4.3.3. Syarat-syarat umum pemangkuan Pengetua Cemerlang adalah seperti berikut :
4.3.3.1. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan LNPT tiga (3) tahun terakhir;
4.3.3.2. Bebas daripada tindakan tatatertib;
4.3.3.3. Telah mengisytiharkan harta;
4.3.3.4. Lulus tapisan keutuhan SPRM;
4.3.3.5. Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan;
4.3.3.6. Lulus PTK yang ditetapkan mengikut gred-gred yang berkaitan seperti berikut:
4.3.3.6.1. Pemangkuan ke Gred DG52 (KUP) : Lulus TK4 di gred DG48:serta
4.3.3.6.2. Pemangkuan ke Gred DG54 (KUP) : Lulus TK5 di Gred DG52; dan
4.3.3.7. Diperakukan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan.
4.3.4. Manakala syarat-syarat khusus untuk urusan pemangkuan Pengetua Cemerlang adalah seperti berikut :
4.3.4.1. Bagi Gred DG52 (KUP):
4.3.4.1.1. Telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 hakiki; dan
4.3.4.1.2. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 3 tahun sebagai Pengetua di Gred DG48 Hakiki
4.3.4.2. Bagi Gred DG54 (KUP) telah dinaikkan pangkat ke Gred DG52 (KUP)/ DG 52 Hakiki

5. TARIKH KUATKUASA
Pewujudan laluan kenaikan pangkat bagi Pengetua Cemerlang adalah pemanjangan daripada konsep kenaikan pangkat Guru Cemerlang yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada tahun 1994. Bahagian Sekolah dilantik sebagai Urus Setia berdasarkan surat arahan daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia bertarikh 24 September 1994.



LAMPIRAN A
PROSES KERJA PELAKSANAAN URUSAN PEMANGKUAN PENGETUA  CEMERLANG
BIL.
PERKARA
TINDAKAN
1.
Surat siaran dan borang pencalonan dihantar kepada JPN dan Bahagian KPM
BPSH
2.
JPN dan  Bahagian KPM mengenal pasti calon yang layak mengikut syarat yang ditetapkan
JPN/BHG KPM
3.
JPN dan Bahagian KPM membuat penyelarasan dan penyemakan borang pencalonan serta analisa
JPN/BHG KPM
4.
JPN dan Bahagian KPM mengemukakan senarai pencalonan yang lengkap berserta dokumen kepada BPSH
JPN/BHG KPM
5.
BPSH membuat penyelarasan dan penyemakan borang pencalonan serta analisa pencalonan
BPSH
6.
Penilaian borang pencalonan oleh JK Penilaian pencalonan
BPSH
7.
Mesyuarat Panel Pemilihan Bil.1
JK PANEL
8.
Pemantauan oleh Panel Pemilihan
JK PANEL
9.
Mesyuarat Panel Pemilihan Bil. 2
JK PANEL
10.
Perakuan ke Lembaga Naik Pangkat JPA oleh BSM
BPSM
11.
Lembaga Naik Pangkat bersidang dan membuat keputusan
BPSM
12.
Urusan penempatan Pengetua Cemerlang
BPSM


LAMPIRAN B

JK PANEL PEMILIHAN CALON PENGETUA CEMERLANG KPM
1.         Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia – Pengerusi
2.         Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan )
3.         Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (OP)
4          Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (DPP)
5.         Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (PPK)
6.         Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
7.         Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia


JK PENCALONAN PERINGKAT NEGERI/BAHAGIAN
1.         Pengerusi – Pengarah JPN/Pengarah Bahagian KPM
2.         Timbalan Pengerusi – Timbalan Pengarah JPN/Bahagian KPM
3.         Ahli – Ketua Nazir Negeri/Ketua Sektor


LAMPIRAN  C
KRITERIA PEMILIHAN CALON :
1. Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi 3 tahun terkini  dengan wajaran tahun pertama (20%), kedua  (35%) dan ketiga/terkini (45%). Jumlah purata markah LNPT bagi 3 tahun terkini ialah 40 % daripada keseluruhan penilaian.
2. Markah penilaian borang pencalonan (Lampiran A) ialah 30 % daripada keseluruhan penilaian berdasarkan aspek berikut :
2.1       Sumbangan profesional (penulisan ilmiah dan kertas kerja)
2.2       Khidmat kepakaran (pakar rujuk, penceramah, fasilitator)
2.3       Keanggotaan dalam pertubuhan (pengerusi/AJK)
2.4       Pencapaian Sekolah Dari Segi Kurikulum
2.5       Pencapaian Sekolah Dari Segi Kokurikulum
3.        Markah penilaian panel pemantauan (Lampiran B) ialah 30 % daripada keseluruhan penilaian yang berdasarkan aspek kurikulum, HEM, Kokurikulum, sumber manusia, kewangan, pentadbiran, perhubungan awam, kualiti peribadi serta pengetahuan & kemahiran.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara